Rss Feed
Tweeter button
Facebook button
Technorati button
Jan 09

Live Update: 9 Jan ‘10, 9.33am MYT PST

Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Dikala saat kamu membaca catatan ini, aku dan keluarga mungkin sedang berkemas-kemas untuk keluar dari syurga idaman yang telah aku bina sejak sekian lama. Sedih meratapi nasib aku yang semakin hari semakin kelam. Dah banyak ikhtiar cuba aku lakukan. Namun kesemuanya gagal.

Tika mana kamu sedang enak dibuai mimpi, tika mana kamu asyik melayan karenah anak isteri, tika mana kamu kekenyangan sarapan pagi, aku dan keluarga sedang meratapi keperitan Continue reading »

Tagged with:
May 26

Memetik ulasan dari Utusan Malaysia pada hari ni aku dapat rasakan yang cubaan untuk mencemar kedaulatan negara ini nampaknya semakin berleluasa. Bukanlah niat aku untuk mengutuk sebilangan kaum mahupon bangsa di blog ini. Meskipun begitu, aku amat kesal dengan tindakan yang cuba mereka lakukan.

Sebagai bangsa di bumi bertuah, apa yang menjadi sejarah dan titik hitam dalam mencorakkan kemakmuran negara ini aku rasakan seolah-olah sedang dikitar semula. Peranan secara halus sedang diatur untuk mengorak langkah penawanan negara tercinta tanpa kita sedari. Aku tidak mahu mengulas panjang mengenai perkara ini. Cuma aku mahu kamu semua nilaikan kembali artikel yang aku petik dari Utusan Malaysia.

Hiris perasaan anggota ATM

SEREMBAN 25 Mei – Sebarang usaha membawa masuk bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng ke negara ini menghiris perasaan seluruh warga anggota dan bekas anggota serta keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha tersebut juga meningkatkan semula rasa kemarahan meluap-luap mereka terhadap Chin Peng dan PKM.

Pada masa ini, katanya, seluruh anggota, bekas anggota dan keluarga ATM serta pasukan keselamatan lain menolak sebarang usaha membawa masuk Chin Peng.

“Saya mewakili warga ATM, sama ada yang sedang bertugas atau yang telah tamat perkhidmatan, berasa amat terhiris jika keputusan dibuat untuk Chin Peng diberi taraf kewarganegaraan.

“Ini kerana lebih 50,000 anggota pertahanan termasuk tentera dan polis terkorban akibat angkara pengganas PKM. Jika ini berlaku, rasa terluka yang amat sangat di kalangan anggota dan keluarga ATM,” kata beliau. -[Selanjutnya]-

Secara ikhlas aku katakan, sememangnya aku rasa amat terkilan dan rasa tidak berpuas hati dengan tindakan ini. Langkah drastik perlu diambil dengan segera untuk mengekalkan kedaulatan negara tercinta. – Azman Ishak

Tagged with:
May 12

Masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan “Selamat Hari Ibu” untuk ibu tercinta (gambar) dan juga kepada semua ibu diseluruh dunia tak kira walau pelusuk mana mereka berada. Setiap pengorbanan ibu adalah begitu beharga. Dikesempatan ini aku memohon jasa baik kalian semua supaya mensedekahkan surah Al-Fatihah untuk ibu-ibu kita yang telah pergi selamanya. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dari Illahi hendaknya. Amin~

Pergi Takkan Kembali
Dalam kiraan aku sudah hampir 14 tahun ibu tercinta pergi meninggalkan aku untuk selamanya. Bila aku peramati kesah kisah tentang ibu dan anak derhaka… ianya membuatkan aku sering sebak. Sungguhpun ianya mungkin dalam cerita ataupun hanya sekadar cerpen penulisan. Sebak didada boleh menitiskan air mata. Kebanyakkan cerita pula menggunakan nama akhir Man. Agak sedikit tertekan antara peristiwa yang dilakonkan dengan kehidupan aku sendiri.

Perkara tersebut telahpun lama berlalu, di mana aruah ibuku meninggal akibat kanser. Boleh dikatakan, wajah ibuku hampir hilang dalam memoriku disebabkan ketika itu aku masih seorang budak yang tidak mengerti apa-apa. Tangisan ku menitis apabila mendapati aruah ibuku telah berada dalam dakapan ayahku sewaktu hayatnya berakhir. Sungguh, itu sahaja yang aku ingat tentang aruah ibuku. Tiada lagi memori kenangan aku bersama ibu tercinta.

Cemburu & Iri Hati
Terasa agak cemburu bilamana melihat anak-anak sekarang membesar dengan belaian manja dari seorang ibu. Namun apakan daya, aku memang tak pernah merasa belaian ibu selepas peristiwa tersebut. Ini membuatkan aku bertambah sebak, iri hati dan membesar tanpa dapat merasakan usapan manja, belaian rambut, ciuman manis seorang ibu sebelum melangkahkan kaki pergi ke sekolah. Hidupku terpaksa berdikari tanpa mengerti perasaan manja seorang anak

Related Posts with Thumbnails
Tagged with:


preload preload preload