Rss Feed
Tweeter button
Facebook button
Technorati button
Nov 04

Orang kita ni memang la macam tu… nak mencipta memang amatlah malas… Lebih cenderung aku katekan kepada tak tahu langsung. Contoh yang terdekat adalah aku… muahahaha…. ok ok.. kita teruskan kepada agenda. Aku sudah memintak kebenaran daripada Eddie (NoktahHitam) untuk memodifikasi Lite Theme ni. Atas kebenara beliau aku telah mengubah beberapa perkara dalam themes ni.

Nota: Sebelum anda membuat sebarang modifikasi template ini, aku harap kamu mendapat kebenaran daripada pencipta. Tak baik la… dah la orang bagi free, lepas tuh nko nak buat macam rete sendiri plak~

Moral: Jangan jadi CSS-RIPPERS (kalau nak belajar tak pe…)

Plug-In LibXML2Fix yang bermasalah.
Suka aku ingatkan, mungkin ada diantara kamu yang akan mengalami masalah untuk memasang template ini dan juga template Megazine yang lain sebabnya berpunca daripada error seperti dibawah.

Link anda sepatutnya:- <a href=”http://www.contoh.com” target=”_blank”>Contoh</a>

tetapi apabila bertukar template menjadi:- a href=http://www.contoh.com target=_blank Contoh a

Sekiranya anda mengalami masalah seperti di atas, maka anda memang perlukan plugin LibXML2Fix. Tapi harus di ingat, plugin ini sebenarnya juga mempunyai bugs, tetapi dapat diselesaikan oleh Eddie (NoktahHitam) dalam masa yang singkat semalam.

Terdapat pembaharuan dalam plugin tersebut dimana ianya telah diperbetulkan oleh si Eddie. Sila buka Plugin Editor anda dan carik perkataan:-

$HTTP_RAW_POST_DATA = str_replace( ‘&lt;’, ‘&#60;’, $HTTP_RAW_POST_DATA );
$HTTP_RAW_POST_DATA = str_replace( ‘&gt;’, ‘&#62;’, $HTTP_RAW_POST_DATA );
$HTTP_RAW_POST_DATA = str_replace( ‘&amp;’, ‘&#38;’, $HTTP_RAW_POST_DATA );

kemudian tambahkan satu lagi baris dibawahnya:-

$HTTP_RAW_POST_DATA = str_replace( ‘&quot;’, ‘&#34;’, $HTTP_RAW_POST_DATA );

…dan pastikan kamu save setelah selesai penambahan code ini.

Header Bewarna Merah kepada Warna Biru Awan
Aku ni bukanlah percaya pada perkara tahyul mahyul pasal tulisan nama bewarna merah (Kepercayaan Kaum Cina), tapi aku rasa kurang selesa apabila ejaan NAMA aku bewarna merah. Terus menampakkan aku ni seorang yang amat baran (memang pon) Jadi untuk menampakkan mesra pembaca, aku tukarkan kepada warna biru awan atau dalam bahasa CSS-nye LightSkyBlue.

Untuk membuat modifikasi kepada tulisan ini, anda perlu membuka themes editor dan seterusnya ke fail Stylesheet (style.css). Kemudian, carik perkataan ini:-

#header .text span

seterusnya masukkan code warna biru awan seperti dibawah ini.

#header .text span{ color:LightSkyBlue; font-size:56px; text-shadow:1px 1px 1px black; letter-spacing:-3px}

Mudah saja bukan? Dah selesai… Jangan lupa pulak save file tersebut.

READ MORE – Perkara yang ditunggu.
Aku ade bertanya kepada Eddie pasal perkara ni. Eddie cakap, dia sememangnya tidak meletakkan code READ MORE, Sebabnya??? Sekiranya kamu perhatikan, Post title dan juga Gambar entri itu sendiri akan link-back kepada keseluruhan page entry. Ade sesetengah pengguna suka pasal link READ MORE. Begitu juga dengan aku… dan dalam masa yang sama, aku inginkan ianya berfungsi.

Untuk totorial ini, kredit untuk @IceDnyior kerana membantu mengajar aku pasal code READ MORE dalam PHP. Baiklah, aku minta kamu buka themes editor dan terus ke fail Theme Function (functions.php). Daripada sini, sila perhatikan code:-

array_push($words, ‘[read more...]‘);

Sila gantikan barisan ini dengan:-

array_push($words, ‘<b>[<a href=' . get_permalink() . '>' . 'Baca selanjutnya...</a>]</b>’);

Cukup… itu sahaja yang kamu perlu lakukan. Amat mudah bukan. Penerangan sahaja panjang. Tapi kalau untuk ringkasan, sila perhatikan apa yang telah aku BLACK QUOTE-kan di sini.

P/S: Aku harap penerangan kali ni dapat melayakkan aku untuk menyertai pertandingan REVIEW dan PREVIEW yang dianjurkan oleh saudara Khairul (SembangKomputer.Com) hahaha… itupon kalau dia nak mencalonkan aku sebagai pemenang utama. Terima Kasih Malaysia~

Tagged with:
Jun 30

Salam ceria dan salam bahagia. Erm.. rasenya aku dah semakin minat untuk kembali mereka grafik-grafik untuk kegunaan blog. Pada fikiran aku sekarang ni, aku ingat ada lebih bagus kiranya aku mulakan kembali mencarik satu niche yang bermakna untuk blog ni. Sidebar Icon untuk versi TRANSFORMERS ini telah diilhamkan oleh sababat kita iaitu En. Zulfitri dalam komen beliau pada entri aku yang lepas. Continue reading »

Tagged with:
Mar 22

Wajah baru? Yup.. ape kate nkorang semua tengtang wajah baru blog ni?? Ini semua atas ilham kengkawan blogger. Aku amat berterima kasih kepada nkorang semua. Taste nkorang ni memang lain dari yang lain la. Terdetiknya untuk mengubah template ni pada dasarnya datang dari Marzuki Jalil. Die yang nasihat aku supaya tukar sket kaler template aku sebab nampak macam old pesyen~

Selain daripada Marzuki Jalil, aku juga mendapat tunjuk ajar daripada taiko-taiko berikut:-
1. En. Bat – Selaku ketua pengarang InfoMalaya.Com yang mengajar aku “the art of font”
2. En. Sham – Aeropama.Com yang memberi inspirasi FONT dan Header.

Ade juga secara langsung mahupon tak langsung melaui TwitterFOX yang aku akan online setiap malam walaupon aku sebok… hahaha.. antaranya adalah:-
1. Menteil – Kekadang aku mintak tunjuk ajar die gak terutama bab berkaitan dengan template.
2. JustKhai – Idea dan konsep iklan… die memang power~
3. Bro Zariel – Aku dengar die ade create template baru weh… nkorang dah usha blom?

…dan kepada yang lain yang aku lupe nak letakkan link pada entri ni… aku mintak maaf… aku rase ramai betoi pakar-pakar yang tampil memberi bantuan kepada aku malam ni.

Iklan dan lokasi

Untuk iklan dan kawasan strategik… memang aku menuntut dari JustKhai… aku suke susun atur yang die cadangkan untuk mempercepatkan proses generating Adverlets. Kalau tak silap aku.. Menteil juga ada mencadangkan tiga kawasan penting untuk meletakkan papan iklan pada blog. Apa yang penting, kedudukan mesti strategik, dan tidak mengganggu keselesaan pembaca.

Syrarat Pengiklanan Pertama:- Iklan yang diletakkan di Header Blog

Syarat Pengiklanan Kedua:- Diletakkan pada side bar.

Syarat Tambahan:- Aku letak kat footer blog. *tak ganggu kan???

Syarat Pengiklanan Ketiga:- Ada setiap post/entri secara automatik (template edit)

Walaupon pada dasarnya aku ni memang cukup rimas kalau blog terlampau banyak iklan. Tapi sekiranya penyusunan yang kemas dan tidak mengganggu pembacaan, perkara yang menjadi dasar pertama tadi mampu aku abaikan. Aku dah mencuba kaedah ini, dan mendapati akaun Adverlet aku bertambah dengan kadar yang lebih cepat berbanding dulu. Nkorang pulak macam mane?

Mungkin ade diantara nkorang yang rasa tak selesa dengan kehadiran iklan

Related Posts with Thumbnails
Tagged with:


preload preload preload