Rss Feed
Tweeter button
Facebook button
Technorati button
Aug 01






Direct post: Mochachino bersama Paratha Pizza
upload by: azmanishak

Erm rezeki pulak hujung-hujung bulan ni orang nak belanja. Aku ni memang pantang kalau dipelawe… Maklum la kan, bila hujung bulan semua "tennant" dok buat baik la sebab nakkan "sales report" untuk memudahkan tugas depa menerima bayaran komisyen dari HQ. Ini jam la nak "demand" makan sedap2. Kekeke..

P/S: Hari ni hari Sabtu. Besok dah hari Ahad, tapi kene kerja. Aku dah tak larat ni weh. Sengal betoi boss aku ni… Buduh… Aku penat la!

Jul 31






Direct post: Laporan keadaan traffik
upload by: azmanishak

Jangan kamu semua buat-buat tak tahu kan. Baru sekejap tadi aku ada bagi tau yang sekarang sedang berlansung PC Fair. Jadi, laluan masuk ke KLCC cuma yang mempunya pas bulanan sahaja dibenarkan masuk.

Pesanan aku… Ada baiknya kalau nak datang ke PC Fairs, kamu semua naik kemudahan awam. Kalau tak, lebam la jawabnya nak masuk parking KLCC ni.

Jul 31






Direct post: Mari kita skodeng…
upload by: azmanishak

Muahaha… Sebenarnya takda apa pun yang boleh didapati dalam gambarajah di atas. Keadaan kebosanan amat tak terkata. Jadi aku hanya mampu menulis. Sekarang ni lokasi kita: Menara Etiqa, Jalan Pinang. Jadi pilot lagi sekali. Bosan betoi!

P/S: Malam tadi bersembang dengan Qiilan a.k.a Roslan sampai pukui 12 lebey Tidok pun lambat, sekarang mula la mate pening-pening lalat. Hahaha…

P/S2: Dapat sms dan Email dari P1Wimax menyatakan yang mereka baru menerima bayaran bil semasa aku. Harap-harap bila balik rumah nanti, internet aku dah pulih. Sungguh tension kalau online pakai Celcom.

P/S3: Mungkin ada yang belum tahu yang sekarang ni ada PIKOM PC FAIRS, bertempat di KL Convension Center. Ini la masanya kamu nak buat "live blogging" dalam erti-kata "review" sebenar. Tapi aku rasa aku tak "entertain" kot. Takut terjebak beli menda yang bukan-bukan.

Jul 30






Direct post: Bosan tak terhingga…
upload by: azmanishak

Suram betoi suasana kat kedai mamak ni. Sungguh bosan. Malam ni makan tadak teman. Nak ajak kamu semua ngeteh, sorang pun tak menyahut kat twitter. Hahaha…

P/S: Sungguh sengal bila ketiadaan internet dengan kepantasan maksimum. Malam ni Celcom kene wabak H1N1 yang agak serius. Tension weh…

P/S2: Qillan a.k.a Roslan ni tah mane pergi tah? Ape kelas jadi anak dara sunti duk kat umah… Lokasi aku: Setiawangsa Bawah. Kat kedai mamak. Berdepan dengan kedai tayar dunlop + projet. Mai la kalau bran… Kekeke… *jangan lupa bawak mask ye…

Jul 28






Direct post: Update Terkini : P1WiMAX
upload by: azmanishak

Huhu nampaknye sekali lagi malam ni makan malam bersama, di kedai yang sama Sungguh santai makan kat kedai ni. Aku dan Dia amat menggemari suasana persekitaran "veranda umah tok penghulu" ni.

Oh oh oh lari daripda tajuk pulak. Aku sekarang ni tak dapat nak online menggunakan PC buat sementara waktu. Umah yang aku diami sekarang ni sedang dikemas-kemas untuk fasa pengasingan dan pembuangan bahan terpakai. Bermaknanya… Ooo tadak makne kalau takde internet. Cukup sengal.

Mungkin keadaan berlarutan dalam masa dua atau tiga hari. Mungkin juga berminggu-minggu. Susah betoi berkemas rumah sorang-sorang ni. Rumah mesti ada sentuhan dari seorang wanita jugak. Kalau aku? Jawabnye macam ni la. Kalau rajin kemas la. Kalau tak… Konfem macam tongkang pecah.

P/S: Besok nak talipon P1Wimax Customer service. Adakah internet aku ada masalah ataupun rumah yang bersepah membuatkan line Wimax susah nak menyelinap masuk.

P/S2: Wah ini macam tadak boleh tahan. Aku tak dapat nak layan Desa FM, susah nak bertweet, nak tengok FaceBook pun bleh jadi sengal la. Bila la nak rajin buang barang2 tak pakai ni…. harap2 besok akan diketahui apa puncanye.

P/S3: Juadah dah sampai. Alhamdulillah. Syukur. Jemput makan semua….



preload preload preload