Rss Feed
Tweeter button
Facebook button
Technorati button
Dec 31

Kalau pergi mana-mana blog, kesemuanya dah pon menulis pasal rentetan peristiwa sepanjang pambabitan mereka sebagai penulis blog untuk sepanjang tahun. Jadi aku rasa agak rugi juga melepaskan peluang yang datang hanya setahun sekali. Untuk aku, pada tahun ni memang dah macam-macam berlaku mujur juga aku catatkan di sini sebagai kenang-kenangan.

Tahun ni merupakan tahun yang bersejarah untuk aku dimana perkara yang penting dalam hidup telah pon aku lalui. Genggaman tangan kanan bersama tok kadi di sambut dengan tugas dan bebanan yang dipikul adalah bukan satu perkara yang mudah sekiranya meteliti tidak disiap sedia dari awal. Kesah yang lepas pada blog ini ade aku catatkan mengenai pelbagai kesah suka duka dalam hidup. Terima kasih yang tak terhigga aku ucapkan kepada kamu yang tak putus-putus memberi semangat.

Setinggi ucapan terima kasih kepada Bro KNizam sebagai tutor aku yang telah memberi tunjuk ajar teknik-teknik live blogging. Bagi aku dia adalah seorang pelopor Live Blogging dalam Malaysia ni. “betoi ke nko yakin aku sorang jer yang mulakan live blogging ni?” hehehe… Dia seorang yang sangat merendah diri. “Aku rase,aku cume kenai hang sorang jer yang memulakan aktiviti live blogging kat Malaysia ni bro”

Terima kasih juga tak lupa kepada: Noktahhitam yang telah memberi Lite Themes – Live Blogger sebagai percuma kepada rakan-rakan yang ingin menjadi live blogger. Di kesempatan ini beberapa kredit khas sebagai tanda ucapan terima kasih dari aku untuk:-

  1. Roszizul - Sponser AzmanIshak.Com selama setahun.
  2. Qiilans87 - Install GARMIN dalam N95 aku secara percuma.
  3. Bro KNizam - Sifu Live blogger dan juga Sponser FLICKR-Pro selama setahun
  4. Jerung Perkasa - beria-ria belanja Burger King + Hadiah kawin. Terharu beb~
  5. Kak Jie, Akak Azie, Akak Azah, Akak IdaLara - Ibu-ibu yang merangkap pangkat akak yang aku respek yang banyak bagi tunjuk ajar supaya aku boleh jadi seorang suami yang prihatin kepada isteri.
  6. En. Megat & En. Sukhairi - Otaimer yang paling di hormati.
  7. Amanz.My, Khairul, Bat, Anarm, Topotato, Ryehanna, Kruel74, Chokilala, IcedNyior, Tekong, MrKay2911, EjamOthman, Hurul_Aini, ShamHardy, menteil dan juga geng #sembangLebat yang yang lain… nkorang semua memang best.
  8. Noktahhitam, Aeropama & Life4Hire - Kawan yang aku paling rapat seterjebaknya aku menjadi seorang blogger dan menetap di Kuala Lumpur. Jasa baik kamu memang takkan aku lupakan SAHABAT!
  9. LuthTEXTILE - Satu-satunya blogger yang hadir masa Majlis Perkahwinan aku. Siap dengan berbaju-T bloger lagi. Terharu gilerrrr~
  10. Tak lupa juga kepada kamu yang berada di sini. Aku ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan kamu semua. Tampa kamu.. mungkin aku tidak sanggup untuk memperbaharui kos blog ini yang agak mahal pada zaman ekoNOmoney haha..

Ok ok… bila dah nama live blogger.. apa kata kita tengok sedutan-sedutan sepanjang pembabitan aku dalam Dunia Blog khususnya Live Blogger.

Pertama kali jumpa NoktaHitam ditemani Life4Hire dan Callister

Pertama kali jumpa NoktaHitam ditemani Life4Hire dan Callister

Gathering pertama aku sebagai blogger - Negaraku.Net
Gathering pertama aku sebagai blogger – Negaraku.Net

#RayaTWEETup - Kelolaan ShamHARDY dan & IcedNyior

#RayaTWEETup - Kelolaan ShamHARDY dan & IcedNyior

Detik debaran sebelum Majlis Akad Nikah 7/11/2009 (7E2009)
“Detik debaran sebelum Majlis Akad Nikah 7/11/2009 (7E2009)

Luth Textile - Hadir masa Majlis Makan Beradap masa 7E2009. Blogger paling sporting

Luth Textile - Hadir masa Majlis Makan Beradap masa 7E2009. Blogger paling sporting

Alhamdulillah rezeki. Aku sayangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. *series aku nanges~*

Alhamdulillah rezeki. Aku sayangat bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan. *series aku nanges~*

Bertemu dengan Akak Kujie dan anak-anak. Terima kasih ye Kak Jie

Bertemu dengan Akak Kujie dan anak-anak. Terima kasih ye Kak Jie

Bertekad untuk berhenti merokok. Bermula pada hari esok dan seterusnya. Mampukah???

Bertekad untuk berhenti merokok. Bermula pada hari esok dan seterusnya. Mampukah???

Apa yang pastinya pada tahun 2009 telah banyak mengubah aku dari segi pemikiran dan penampilan. Sepanjang pembabitan dengan blog, ramai kenalan yang aku dah jumpa. Satu pencapaian yang boleh aku banggakan. Terpikir jugak aku bila nak jumpa KNizam dan En. Megat. Hehehe… nama sebenar pon aku tak pasti. Tapi aku menanam cita-cita agar dipanjangkan umur untuk bertemu dengan kalian pulak.

Secara keseluruhan banyak yang aku idamkan pada tahun lepas telahpon tertunai. Maka untuk cabaran pada tahun baru pula aku menetapkan matlamat:-

  1. Tahun berhenti merokok – bertekad
  2. Menimang cahaya mata – insyaallah~
  3. Mendapatkan pekerjaan lebih baik – amin
  4. Memiliki kenderaan yang cukup menampung keluarga – alhamdulillah
  5. Memiliki rumah sendiri – amin
  6. Membeli sebiji dSLR sebagai hobi baru – amin
  7. Selebihnya akan ditambah dari masa ke masa. Memandangkan tanggung jawab sekarang ni semakin bertambah.

Dengan ini AzmanIshak.Com (Muhamad Azman B. Ishak dan isteri) mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua pembaca blog ini. Semoga apa yang diimpikan dan apa yang kita usahakan selama ini diberkati Allah. Kami berdua mendoakan kalian agar sentiasa berada di dalam peliharaan Ilahi. Sama-sama kita doakan kejayaan sahabat kita yang lain. Amin.

Tagged with:
Aug 30

Ye.. aku ini lah yang dikatakan sebagai penganjur yang berkaliber. Sebagai usaha murni daripada NoktahHitam yang agak rase kecewa dengan tokey kedai ayam golek tuh.. maka N.H tak puas hati.. nak jugak buat Aktiviti Berbuka Puasa Bersama Blogger di tempat yang sama, pada hari Isnin ni.. ? WTH? Besok laa tuh.. hahaha… Aku amat mengalu-alukan

Tagged with:
Aug 28

Salam bahagia… fuh nampaknya sekarang ni dah makin jarang aku bukak WP-Admin aku. Ye lah kan.. semenjak KNizam dah ajar kat aku cara-cara Live Blogging, jadi aku rasa rugi kalau tak digunakan sepenuhnya kemampuan teknologi yang dimiliki.. hehehe (tetibe cakap macam sasterawan).

Pada kali ni, projek Merdeka & Hari Raya aku telah pon siap. Dengan berbekalkan Google Sketch Premium, sehelai kertas sebagai idea lakaran.. kemudian menjayakan projek ni dalam masa dua hari bersama rakan-rakan setugas. Memang satu tugas yang amat membebankan. Tak tidor malam.. rehat pon kurang.. kepala sengal-sengal… urat pon rase nak terbelit.. Tapi alhamdulillah, kesemua kepenatan tuh membuahkan satu hasil yang aku rasa kami boleh banggai.

Hari ni, maka layaknya dapatlah aku rehat secukupnya. Sementara nak tunggu waktu berbuka. Insyaallah lepas Jumaat, cube merehatkan minda. Penat mengalahkan orang kerja kontraktor. Hahahaha… Gambar dalam tuh yang tiga orang kat penjuru atas tu adalah rakan setugas aku yang bertungkus-lumus memberi komitmen untuk menjayakan projek ni. Kalau tadek diaorang.. konfem aku pon tak bleh blah punye~

P/S : Ye kepada sesiapa yang tak tau lagi.. petang besok (29/08/2009) Negaraku.Net akan mengadakan Gathering Berbuka Puasa bersama blogger tempatan.Yuran kutipan adalah RM20.00 untuk satu kepala.. makan pon nanti dapat kepala jugak kot.. hahaha.. Jumpa di stesen Universiti (LRT) kalau sape tak tahu tempat. Jangan lupe hubungi Eddie a.k.a NoktahHotam di:- Negaraku.Net, NoktahHitam.Com, @NoktahHitam. untuk pertanyaan lanjut.

P/S2 : En. Megat datang tak???

Tagged with:
Aug 02

Aku rasa kamu semua dah sedia maklum pasal perkara ni. Kalau masih terpinga-pinga dan tak tahu apa nak buat, aku sarankan kepada kamu untuk mengikuti apa yang diceritakan oleh kawan-kawan kita pasal Twitter Merdeka 2009 pada kali ni. Projek Twitter Merdeka ini dalah dari ilham saudara Mohd Ismail. Aku harap, kamu semua yang menjadi pembaca blog ni dapat kita bersama menjayakan idea yang diusulkan oleh sahabat kita.

Sinopsis “Mari Memeriahkan Twitter Merdeka 2009″ Continue reading »

Tagged with:


preload preload preload