Alhamdulillah, syukur kepada tuhan. Akhirnya projek ini berjaya direalisasikan ke dunia siber. Bermula dari subdomain yang menumpang pada AzmanIshak.Com/ping, kini @KakiKomplen telah mempunyai laman sesawangnya sendiri iaitu di http://kakikomplen.com. Secara amnya saya terangkan bahawa saya cuba memperketengahkan konsep aggregator yang lain sedikit dari kebiasaannya. Terdapat banyak blog atau website yang menawarkan khidmad PING dan aggregator, tapi malangnya keberkesanan PING itu sering dipersoalkan.

Masih baru dan mentah dalam dunia Aggregator, saya akan cuba memperbaiki dari semasa ke semasa dan melakukan penambahbaikan terhadap konsep KakiKomplen. Sebelum itu saya ucapkan jutaan terima kasih kepada saudara DenaiHati kerana menjadi penyumbang saham terbesar untuk projek pada kali ini. Dalam pada itu, tiba-tiba pulak saya rasa macam salah seorang peserta pertandingan masak-memasak sedang buat ucapan di atas kemenangan. Owh tah ape-ape lah kan.

Berbalik kepada konsep asal kewujudan blog ini adalah:-

Blog ini sebenarnya berfungsi sebagai PING Blog. Tiada curi-mencuri berlaku di sini kerana ianya adalah senarai blog kegemaran yang saya sering lawati. Di sini anda tidak akan dapat artikel penuh sebaliknya saya telah rumuskan menjadi dalam bentuk catatan ringkas. Tiada komen boleh dilakukan di sini.

Kelebihan yang ada:

1. Blog anda tidak dicuri.
2. Anda mendapat pingback.
3. Tajuk artikel akan di Tweet oleh @KakiKomplen
4. Tweet akan dibawa ke blog anda.
5. Catatan penuh juga terus ke blog anda.
6. Blog ini adalah seperti cermin-cermin blog anda.

Sekiranya anda kurang selesa dengan keadaan ini, sila hantarkan email kepada saya di admin[AT]azmanishak.com. Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan berita blog rakan-rakan lain yang berdaftar dari akaun Twitter:- KakiKomplen

Saya mengalu-alukan cadangan, pendapat serta apa sahaja yang anda fikirkan boleh membantu kita sesama blogger dengan kewujudan KakiKomplen tersebut. Sedikit masa lagi saya akan buka satu persatu funsi Aggregator di blog KakiKomplen untuk manfaat kita bersama. Anda juga boleh salurkan cadangan dan buah fikiran anda di sini.

Motif & Nota: KakiKomplen – bukan sekadar komplen… ianya adalah impressi diri.

Nota2: Saya mengalu-alukan kedatangan penulis blog dari kategori peribadi, Inggeris, Sukan, Komputer, Agama, dan pelbagai niche yang boleh diketengahkan untuk tatapan bahan bacaan rakan-rakan. Untuk mendaftar, sila gunakan Borang Pendaftaran yang saya sediakan pada sidebar di KakiKomplen