Rss Feed
Tweeter button
Facebook button
Technorati button
Feb 27

Jujur dan ikhlas saya katakan, gambar ini memang tidak menggunakan Adobe Photoshop. Terima kasih kepada Qiilans87 kerana memperkenalkan satu perisian mudah untuk menghasilkan karya HDR. Seperti yang semua maklum, saya masih tidak lagi mahir tentang menggubah kecerahan warna dan sebagainya. Walaupun menggunakan perisian, saya masih lagi mencari-carik tutorial mengenai HDR menggunakan Adobe Photoshop. Kalau guna WYSIWYG (What you see, is what you’ll get) jer.. sampai bila nak pandai kan? Continue reading »

Tagged with:
Feb 26

Salam ceria dan salam bahagia. Tak lupa juga Salam Maulidur Rasul untuk semua pembaca setia blog ini. Agak terlambat untuk saya melepaskan artwork untuk sambutkan Maulidur Rasul seperti kebiasaannya. Mungkin terlambat, tapi lebih baik ada penghayatan di dalamnya daripada terbiar kosong tanpa ada makna dan erti yang tersurat mahupun tersirat. Continue reading »

Tagged with:
Feb 26

Assalamualaikum dan salam mesra semua. Seperti yang saya telah janjikan tempoh hari, maka pada kali ni saya akan kongsikan lagi bersama kamu satu lagi kaedah Photoshop untuk memanipulasi imej. Teknik ini dinamakan 3D Landscape. Mengapa ia dinamakan macam tuh? Entah lah.. pada saya… banyak nama boleh diberikan. Mungkin sempena imej tersebut yang nampak seolah-olah terjojol yang membuatkan saya berkata ianya nampak seolah-olah tiga dimensi. Continue reading »

Tagged with:
Feb 23
Lagi orang kata bagi.. lagi sedap la sesuatu cerita tuh untuk kita sampaikan kat orang. Lagi di tegah.. lagi gatal mulut nak hebahkan berita. Saya yakin, pasti ramai daripada kamu semua pernah mengalami keadaan sebegini. Kadang-kala tertekan jugak kan. Kita bercerita kat mereka dengan harapan, tekanan yang di alami tu berkurangan. Tapi… *DUSHH!!~ tersilap cerita, lepas la pulak kat mulut tempayan. Daripada cerita tuh A sampai D jer.. tiba tiba boleh jadi A,C,B,F,Q,Z….E? Eh eh, entah mane datang pulak kita pon tak tau.
Sama ada kamu yang meluahkan perasaan ataupon kamu yang diluah, mesti ada ayat:- ” Ni aku cerita kat hang sorang jer ni.. tapi hang jangan dok cerita kat orang lain plak.” Hek eleh.. lagi dilarang.. macam lagi disuruh-suruh la plak. Well… cerita sensasi okeh.. mana boleh simpan sorang-sorang. “Bongek ah nko..” Diam-diam sudeh ah.. tak boleh simpan rahsia betoi la.
Nota: Jangan suka cerita hal peribadi kat orang. Mulut manusia ni memang tak boleh tutup melainkan dia mati. Itu pon sebab kene ikat kat bawah dagu dan atas kepala. Kalau tak… ade jugak yang mulut masih terbukak. Nauzubillah~
Nota 2: Dah banyak kali terkena. Terkena pulak sebab orang tersebut kita yang paling percaya. Tapi sungguh tak boleh blah jugak. Hadoi ai.. “Aku jahit mulut kau baru tau.”
Gambar sekadar hiasan

Gambar sekadar hiasan

Lagi orang larang… lagi sedap la sesuatu cerita tuh kita sampaikan kat orang lain kan? Saya yakin, pasti ramai daripada kamu semua pernah mengalami keadaan sebegini. Kadang-kala tertekan jugak. Kita bercerita kat mereka dengan harapan… tekanan yang di alami tu berkurangan. Tapi… *DUSHH!!~ tersilap cerita, terlepas la pulak kat mulut tempayan. Daripada cerita tuh A sampai D jer.. tiba tiba boleh jadi A,C,B,F,Q,Z….E? Eh eh, entah mane datang pulak??? Continue reading »

Tagged with:
Feb 21

Pilllow talk.

Ditulis dibawah kategori:Keluarga 28 Comments »

Cik Adik: Abang… kalau ada rezeki dapat anak lelaki nak bagi nama apa?
Aku: Owh… rasanya nak carik nama yang ada berkaitan dengan “KEPIMPINAN” la..
Cik Adik: Kepimpinan? Tak paham la… kenapa pulak?
Aku: Erm… sekurang-kurangnya, kalau tak boleh pimpin negara, pimpin keluarga dengan diri sendiri pon dah alhamdulillah…
Cik Adik: … macam tuh… ok ok.. kalau perempuan pulak?
Aku: Sayang pilih la…
Cik Adik: Rasanya berkenan “Titisan Embun”.. Sejuk… bersinar… baru tadi tengok kat buku Himpunan Nama-Nama Si Comel
Aku: Fuhhhh….. best tuh..

Nota: Baru mencapai kata sepakat untuk nama baby yang bakal dilahirkan tak lama lagi… Nama lelaki senang nak carik, tapi untuk nama perempuan… fuuuuhh… boleh tahan peningnye~

Tagged with:


preload preload preload