Rss Feed
Tweeter button
Facebook button
Technorati button
May 09

Sebenarnya aku tidaklah bercadang untuk berehat lama dari menulis. Tapi disebabkan internet aku ni dah macam haram jadah, jadi minat aku untuk kekal dalam talian menjadi hambar. Tak senonoh sungguh pada pandangan aku kualiti Jalur Lebar Celcom buat masa ni. Aku masih menunggu panggilan dari khidmat pelanggan Celcom berkenaan service yang aku langgan. Tapi janji tinggal janji… biasa la tuh~

Kalau aku terus bersembang pasal Celcom, aku yakin berbakul-bakul maki hamun yang keluar nanti.

Tagged with:
Apr 21

Tidak dinafikan lagi ade sesetengah orang suka itu dan suka ini pasal blog. Kalau nkorang nak ikutkan sangat memang tak mampu nak ikut. Tapi dalam masa yang sama, tahukah nkorang semua beberapa perkara yang menyebabkan aliran trafiic ke blog kite seolah-olah tersumbat? Sebenarnya perkara yang aku nak sampaikan ni sudah pon banyak diperkatakan oleh Otaimer

Tagged with:
Apr 16

Sebenarnya aku pon tak tau ape kejadah mereka semua menamekan teknik yang nak cube aku sampai ni. Lain orang lain pulak caranya. Mungkin nkorang semua memanggil dengan teknik yang lain. Tapi bagi aku… setiap teknik yang aku senang ingat, maka aku namakan dengan suka hati aku sendiri.. haha~

Ok, tanpa membuang mase, seperti yang aku pernah janjikan dalam entri-entri sebelum ni, aku nak perbanyakkan perkongsian ilmiah. Maka kite teruskan dengan teknik kite yang pertama dalam Dunia Photoshop. *aku masih baru.. kalau salah tolong betoikan…

1. Buka gambar kegemaran nkorang semua menggunakan Adobe Photoshop. Versi yang aku guna adalah CS3. Kalau nkorang semua ndak, boleh dapatkan pada Marzuki Jalil, sebab versi yang aku gunakan adalah dari link download yang beliau sediakan.

2. Setelah gambar/imej dipaparkan pada perisian Photoshop nkorang, maka tugas nkorang adalah mudah dengan men-DUPLICATE imej tersebut. Caranya ialah, klik butang sebelah kanan tetikus nkorang. Dan seterusnya pilih arahan Duplicate Layer.

3. Selesai saja proses DUPLICATE, maka nkorang semua akan mendapati dua layer pada sebelah kanan nkorang (Layer Toolbar). Tugas seterusnya mudah saja… ikuti langkat ke empat.

4. Dengan menjadikan layer yang baru dibina itu tadi sebagai layer aktif, klik saja pada menu IMAGE –> Adjustment –> Black & White. Ataupon kalau nkorang suke menghafal shortcut, sila gunakan key:- Alt + Shift + Ctrl + B

5. Nkorang akan mendapati layer yang DUPLICATE tadi berwarna Hitam dan Putih. Sebelum melakukan proses seterusnya, sila pastikan layer hitam dan putih ini berada di atas layer asal nkorang. (Rujuk rajah di atas)

6. Seterusnya, dengan menggunakan TOOL:- Magic Wind Tool, maka klik saja dekat imej yang nkorang kehendaki. Kemudiannya tekan saja butang DELETE yang terdapat pada papan kekunci komputer nkorang. Mudah saja bukan???

7. Kalau nkorang rajin lagi.. boleh juga touch-up kesan potongan (DELETE) tadi dengan menggunakan ERASER TOOL.

Apa kate nkorang setelah melihat berbezaan sebelum dah selepas seperti kat atas ni? Walaupon tutorial ni agak ringkas, aku harap ianya dapat dimanfaatkan oleh mereka yang baru nak berkecimpung. Kepada sesapa yang dah terer… kalau boleh, berkongsilah pendapat kat sini. Thanks~

Gambar di atas adalah hasil kepada tutorial di atas setelah mengambil kira kesan cahaya dan contra untuk layer-layer berikutnya. Jumlah layer adalah lima. Okey semua selamat mencuba.

Note:- Ade sesetengah gambar di atas tidak berapa tepat jika nkorang betoi-betoi perhatikan. Ini disebabkan aku telah menyiapkan hasil seperti di atas terlebih

Tagged with:
Apr 08

Mini Gathering

Ditulis dibawah kategori:Blog, Gathering 92 Comments »

Perkara ni sebetulnya berlaku malam semalam. Sebenarnya aku tak merancang pon nak buat perjumpaan ala-ala gathering macam ni. Kebetulan petang semalam selepas balik dari tempat kerja, aku rase teramat la bosan. Tak boleh blah seh kalau nkorang nak gambarkan macam mane punye tahap bosan.. duduk depan PC pon boleh lentok. Dalam pejam celik.. pejam celik… sambil sambil menghabiskan bacaan RSS Feed aku, tibe-tibe ade plak sorang hamba Allah ni boleh buzz Yahoo Messenger aku… suprise la sangat dalam mengantok~

Sape lagi kalau bukan AkuSape? Die ajak lepak. Masing-masing dengan alasan bosan. Aku pon setuju jer la. Dah alang-alang si Din a.k.a Jai a.k.a Zai ni dah nak jumpe… jadi aku cadang dekat supaya ajak sekali member die si Aizat. Baru laa syok menyembang. Aku pon dah lame tak jumpe diaorang ni.

Tagged with:
Mar 22

Wajah baru? Yup.. ape kate nkorang semua tengtang wajah baru blog ni?? Ini semua atas ilham kengkawan blogger. Aku amat berterima kasih kepada nkorang semua. Taste nkorang ni memang lain dari yang lain la. Terdetiknya untuk mengubah template ni pada dasarnya datang dari Marzuki Jalil. Die yang nasihat aku supaya tukar sket kaler template aku sebab nampak macam old pesyen~

Selain daripada Marzuki Jalil, aku juga mendapat tunjuk ajar daripada taiko-taiko berikut:-
1. En. Bat – Selaku ketua pengarang InfoMalaya.Com yang mengajar aku “the art of font”
2. En. Sham – Aeropama.Com yang memberi inspirasi FONT dan Header.

Ade juga secara langsung mahupon tak langsung melaui TwitterFOX yang aku akan online setiap malam walaupon aku sebok… hahaha.. antaranya adalah:-
1. Menteil – Kekadang aku mintak tunjuk ajar die gak terutama bab berkaitan dengan template.
2. JustKhai – Idea dan konsep iklan… die memang power~
3. Bro Zariel – Aku dengar die ade create template baru weh… nkorang dah usha blom?

…dan kepada yang lain yang aku lupe nak letakkan link pada entri ni… aku mintak maaf… aku rase ramai betoi pakar-pakar yang tampil memberi bantuan kepada aku malam ni.

Iklan dan lokasi

Untuk iklan dan kawasan strategik… memang aku menuntut dari JustKhai… aku suke susun atur yang die cadangkan untuk mempercepatkan proses generating Adverlets. Kalau tak silap aku.. Menteil juga ada mencadangkan tiga kawasan penting untuk meletakkan papan iklan pada blog. Apa yang penting, kedudukan mesti strategik, dan tidak mengganggu keselesaan pembaca.

Syrarat Pengiklanan Pertama:- Iklan yang diletakkan di Header Blog

Syarat Pengiklanan Kedua:- Diletakkan pada side bar.

Syarat Tambahan:- Aku letak kat footer blog. *tak ganggu kan???

Syarat Pengiklanan Ketiga:- Ada setiap post/entri secara automatik (template edit)

Walaupon pada dasarnya aku ni memang cukup rimas kalau blog terlampau banyak iklan. Tapi sekiranya penyusunan yang kemas dan tidak mengganggu pembacaan, perkara yang menjadi dasar pertama tadi mampu aku abaikan. Aku dah mencuba kaedah ini, dan mendapati akaun Adverlet aku bertambah dengan kadar yang lebih cepat berbanding dulu. Nkorang pulak macam mane?

Mungkin ade diantara nkorang yang rasa tak selesa dengan kehadiran iklan

Tagged with:


preload preload preload