Motif gambar ni sebenarnya... aku tengah test scenes sebelum buat tetapan manual kat camera

Sebenarnya masa nak tulis entri ni aku dah lost habis nak kasik tajuk ape. Jadi untuk elakkan apa yang aku nak taip tu hilang, lantas aku tulis je karangan ni dulu. Dalam pada tu, aku rasa dah berat sangat bakul-bakul yang diberikan oleh jiran-jiran seberang terutama Kak Jie dengan Si Mijie. Kedua-dua in-title JIE ni sudah bahan aku kaw-makaw kat blog masing-masing.

Aku rasa mesti ramai jugak yang heran, termasuk jugak dok kata dalam hati (*apa yang aku cuma jangka ja*), pasai apa la dok pusing-pusing hangpa bercerita kesah kawan tu.. kawan ni. Pergi blog Mijie, cerita pasal aku…. pergi blog aku… aku dok gebang pasal kak Jie.. tawaf blog kak Jie plak, dua-dua kene tembak. Sebenarnya bukan ape, aku cuma rasa selesa dengan sempadan berkawan antara kami. Aku nak cerita pasal orang lain, aku tak berani… pasal aku blom cukup kenal sempadan berkawan dengan hangpa yang lain.

Kalau nak cerita macam mana kami kekalkan sempadan dan limit, serta batasan berkawan tu memang cukup susah. Tersentap berbagai… nak kaver tersentap tuuu…. semua ade seni tersendiri. Pokok pangkalnya ade daun dan juga akar. Akar kalau dah busuk, pokok pon nampak tak sihat. Hambik kau bahasa Sanskrit dah keluar kan. Ini lah masalahnya kalau dah lama tak membebel.

Dalam ku perhatikan pergaulan antara aku dan beberapa blogger rapat, ada jugak terbaca siulan dan kicauan soal JEMPUTAN dan UNDANGAN. Owh… aku nak habaq kat hangpa… Ini kira masalah kritikal dan tipikal dalam masyarakat kita yang serba moden ni. Nak mai rumah orang pon nak kene JEMPUTAN-kah? Rasanya dah kalau nak terlajak singgah mahupon saja nak datang bertandang ke rumah, tak perlu UNDANGAN berbagai pun. Dah jadi adat zaman-berzaman. Cuma di era sekarang ni kita kurang prektikkan je.

Kita semakin melupakan adat sebenarnya. Kita dok paku dalam kepala… “Brother ni haram tak pernah nak ajak aku datang rumah dia” atau “Asyik aku je datang rumah dia.. dia sekali pon tak jejak rumah aku”. Dalam konteks yang berbeza dua perkara di atas. Masalah utama, bukan tak mau ajak… hangpa nak mai.. habaq mai la. Rumah aku bukan rumah menteri yang mewajibkan nak kene buat temujanji berbagai atau perlukan undangan baru dibenarkan hadir. Tak perlu semua tu. Cuma kalau nak datang tu, habaq la siang-siang. Bukan ape, senang nak prepare ape yang patut.

Hangpa imagine la kan… suami isteri yang kedua-duanya keluar mencari rezeki mambantu sama sendiri untuk pendapatan keluarga…. Keluar pagi dan balik rumah sampai hampir lewat malam. Jadi boleh imagine lah kan macam mane SCENES 2012 tu mungkin hampir sama kat rumah mereka. Ye betuuuulll…. tak sempat chek nak kemaih rumah habaq hang. Lagi-lagi depa tadak BIBIK untuk membantu. Oleh itu, kalau kita faham dengan situasi sahabat kita macam ni, lebih elok la kita mai pada hari minggu… dan hubungi terlebih awal.

Kita habaq nak mai… tengok plak reaksi depa. Adakah mengalukan ataupon depa dok ada perkara lain (*alasan*). Sila jangan menaruh harapan untuk datang dan makan! Kebiasaannya… hangpa ni dok mai rumah orang… sambil berpikir… “Depa tak jemput mai.. sat lagi aku datang… jawabnya biskut kering sama kopi secawan la…” – YUP! Attitude Melayu. Kalau ade JEMPUTAN, maka mind-set makan mesti syok.

Apa yang aku boleh simpulkan la… rata-rata aku bertandang ke rumah rakan yang dah berumah tangga, tak pernah lagi aku makan biskut kering habaq hang. Paling koman depa mesti nak jamu sekurang-kurangnya bihun goreng.. meskipon bihun goreng kosong perencah telur. Ada inisiatif untuk hargai tetamu di situ, walaupon pada masa tu, depa kering Ya-Amat, tuhan saja yang tau. Seboleh mungkin nak jamu jugak tetamu depa dengan harapan tetamu yang datang tu boleh tampung perut sampai tiba di rumah mereka nanti. Itu dah jadi kebiasaannya.

Lainlah kalau kita bertandang rumah orang bujang. Aku bukanlah nak perlekehkan orang bujang. Idak la macam tu… hangpa sendiri yang dah kawin pon pernah alami zaman bujang. Jadi tak perlu estimate macam-macam. Additude macam ni yang dibawa oleh kebanyakkan orang bujang bila bertandang rumah rakan mereka yang dah kawin. Masih meletakkan dalam kepada soal JEMPUTAN, UNDANGAN dan MAKAN…. berterusan… sampaila minda mereka terbukak bila melangkah ke alam rumah tangga.

Eh kejappp weiii… aku sebenarnya nak cerita pasal kesah aku pi beraya rumah Kak Kujie… tapi pasai apa tah aku melalut sampai sini…. haku pon tak taw habaq hang. Dipendekkan cerita la… Kak Jie memang sangat WELCOMING tetamu yang berhajat nak datang ke rumah dia. Macam aku cakap… kita datang dengan niat nak ziarah atau niat nak makan? Cer tanya dalam diri sendiri. Kalau niat nak ZIARAH, jangan estimate la lontong, lemang, nasi minyak semua tu… KALAU ADA!!! ITU BONUS LA!

Tu la.. bila aku dah start menulis soal sensitip macam ni.. aku punye tersentap memang panjang kot.. sampai muntah la baca. Aku sendiri pon malas nak check berapa banyak TYPO aku kat semua perenggan kat atas tu. Eh.. Eh… Macam biasa la.. di akhir rancangan.. Ada la santapan mata selepas mengharung semua perenggan kat atas. Jom layan gambar!

Kak Jie declare, sebelum ni bunga ni tanak kembang... hehehe.. "bunga hidu tetamu" nama dia
Hazim, anak Mijie yang punya mata yang comel.
Sejurus selepas gambar ni, Amirul terjatuh lagi sekali dalam kolam untuk kali ke dua +___+"
Tahun lepas Fahim takut nak masuk kolam.. sekarang dah eksyen.. ade pelampung!
Agaknya Amirul dok bercerita macam mana perasaan dia panik masa jatuh dalam kolam tadi
Macam biasa... menembak serata penjuru rumah Kak Jie... hehehehe~
Bunga ni menghadap ke pagar.. jadi aku tarik, dan petik shutter.
Ini lah dia... serik 5 minit lepas jatuh dalam kolam untuk kali ke dua. Hahahaha.. TQ Mijie for this shot!
Mijie dan Hazim. Aku declare plak.. muka Hazim "sejuk". Ikut muka mama dia 😀

NOTA: Berkawan di dalam talian sampai ke luar talian… ape-ape pon yang aku boleh simpulkan, masing-masing dah arif dengan perangai dan ego sesama sendiri. Boleh bezakan, mana yang boleh dibuat gurau, mana yang perlu dijaga privacy.

NOTA2: Minggu ni adalah minggu yang padat. Memang aku mengharapkan sangat kedatangan hujung minggu untuk berehat.