Salam ceria dan salam bahagia untuk rakan-rakan pembaca dan juga rakan-rakan penulis semua. Baru-baru ini seperti yang anda semua sedia maklum, saya ada bercerita mengenai projek terbaru saya iaitu Blog Aggregator. Dasar dan tujuan blog ini adalah untuk mendapatkan satu atau dua pingback berguna kepada penulis dari kalangan WordPress mahupun rakan-rakan blogspot.

Alhamdulillah, hari ini saya dah dapat melihat hasil keberkesanan daripada teknik yang saya gunakan. Meskipun saya usaha saya ini telahpun dihasilkan oleh rakan-rakan kita yang pakar, namun bagi saya ianya adalah satu proses pembelajaran yang amat bermakna untuk saya lebih memahami mengenai fungsi PingBack & TrackBack. Ada sesetengah Blog Aggregator tidak melakukan ping terhadap tajuk blog yang telah berdaftar kepadanya, sebaliknya hanya memaparkan tajuk serta catatan ringkas mengenai kontent anda.

Saya bukanlah hadir untuk memburuk-burukkan sesiapa. Di sini saya cuma mencari apakah punca blog saya tidak mendapat PING setelah berdaftar dengan beberapa Blog PING tempatan. Ini menjadi tanda tanya kepada saya. Dari pemahaman saya, Pingback akan hadir ke blog anda sekiranya sesuatu blog menggunakan Hot Linking atau permalink anda didalam catatan mereka. Manakala TrackBack pula akan muncul sekiranya anda berkomen ke blog rakan-rakan terutamanya WordPress, anda memasukkan URL entri terbaru anda dalam kotak butir diri di ruangan komen.

Bergantung begitu banyak faktor yang mempengaruhi akan PingBack dan TrackBack, apa yang anda perlu faham adalah blog yang di komen atau blog yang menulis sesuatu kemudian mengaitkan Hot Linking blog anda mestilah sebuah blog yang DoFollow. Sekiranya blog tersebut dalam kategori NoFollow, maka fungsi Aggregator untuk mewujudkan PING adalah mustahil untuk terjadi sama sekali.

Sila betulkan fatwa saya sekiranya tersalah, Setiap kali anda paparkan/lepaskan (publish) satu catatan yang baru, enjin blog anda (WordPress atau Blogger) akan secara automatik PING apa yang terkandung di dalamnya. Mengena atau tidak PING tersebut itu pula berkaitan dengan linking yang digunakan. Terlampau teknikal sekiranya saya menerangkan di sini.

Jadi untuk tatapan pada kali ini, saya rasa puas, meskipun PING yang hadir ke dalam blog utama saya ini bukan datangnya dari blog Aggregator yang saya wujudkan, tapi blog aggregator tersebut sebagai satu faktor penyumbang PING kedalam Website TOPSY. Jadi apakah itu TOPSY? Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.

Nota: Saya masih bergiat secara separuh masa dalam pembikinan Blog Aggregator. Dari masa ke masa, saya akan tambah senarai RSS Feed rakan-rakan yang lain ke dalam blog tersebut. Sekiranya saya rasa blog anda mampu menjadi Tajuk Utama Akhbar Blogger, mengapa tidak kita kongsikan bersama rakan kita yang lain? Sila ikut perkembangan Blog Aggregator saya di twitter pada akaun KakiKomplen.