Rasa masa mula-mula pegang keyboard tadi.. bercurah-curah menda yang aku nak taip kat sini.. dari Perarakan #BERSIH sampailah hak rakyat bersuara. Bila aku pikirkan balik… aku rasa aku lebih selesa diamkan diri buat sementara waktu. Aku ni bukanlah bijak pandai POLITIK, jauh lagi menjadi ahli pemikir macam A. Samad Said. Cuma aku nak nkorang ni semua hayati jer la apa yang dah berlaku.
Sebelum tu kan…. dengar dan pahamkan videoclip IMAM MUDA… Lirik cukup mendalam gile. Kalau nkorang paham kejadian yang dah berlaku hari ni… dan marah atas apa yang berlaku… pikirkan kembali dimana kebenaran lirik-lirik yang sering berkumandang kat TV. Sebelum penutup, aku nak ucapkan terima kasih kepada ZELO55 di twitter yang melakukan kemaskini twitter secara LIVE dari tapak kejadian.
Dah pahamkan LIRIK??? Nahh… jelas kan apa yang kita nak sekarang? Untuk aku… Aku? Aku tadek nak menghasut.. tadek nak menyokong.. tadek nak membangkang sesapa. Aku cuma mempersoalkan mana hak aku sebagai rakyat untuk bersuara. Sapa yang nak bela aku? Anak bini aku kalau aku takda…??? Sape???
Takut nak keluarkan pendapat aku? Eh? Tadek la takut… semua yang kat atas ni dah cukup jelas ape yang aku nak sampaikan. Itu pon kalau awak ni terdiri dari mereka yang “Membaca dengan fikiran terbuka”. Awas blog ini bukan medan berdebat. Sila kembali kepada penghayatan lirik “Hamba-Mu” di atas. Maka awak akan paham maksud aku!
Nota: Kalau tak pandai politik… jangan gatai nak cerita pasal politik. Kalau tak tahu cerita sebenar.. jangan pandai pandai nak buat KONSPIRASI sendiri.
aizuddin
03/08/2011 @ 7:05 am
kadang2 orang yg takde kat tempat kejadian lebih tau daripada org yg ada kat tempat kejadian..pelik2
taufik
12/07/2011 @ 3:27 pm
amazing! Masing2 ada hak.. jangan sama2 menidakkannya
adamfaiz
12/07/2011 @ 2:18 pm
Masing2 ada hak.. jangan sama2 menidakkannya..
matjoe
12/07/2011 @ 10:47 am
bersih 2.0 adalah satu kejayaan. cuma patut buat jauh sikit. tp no matter what still tak akan dapat permit punyalah, buat pi la dekat Selama perak pun
haritz
12/07/2011 @ 5:37 am
setengah orang takut mati di baham harimau dan sesetengah pula takut mati digigit nyamuk tapi ada pula sesetengah orang lansung tak takut mati walaupun digigit peluru. Dan aku pula takut mati tak sempat kenal Tuhan.
Izwan
12/07/2011 @ 2:39 am
setuju ngan nota tu gak..mula2 memang nak cite macam2 tapi nak olah pasal politik dari perspektif tak cukup ilmu ni nanti jadi balah orang lain.. jadi baik buka tempat diskusi tengok apa pendapat orang..nak nilai camane isu ni..
kalau ada gak wat cari gaduh,aku terpaksa ‘edit’ komen supaya harmoni
– kelebihan WP leh edit komen.. ;D
hafidz
11/07/2011 @ 4:15 pm
terlalu banyak kesan setelah perhimpunan Bersih 2.0
razis
11/07/2011 @ 4:10 pm
kita berdoa sajalah yg negara Malaysia akan sentiasa aman. kita umpama gajah bergaduh, kancil mati ditengah-tengah. eloklah jika kita damaikan kedua-dua gajah dari bergadoh sebab kita akan menerima akibatnya kerana kitalah kancil dlm perumpamaan ini.
siapa gajah? fikirla yer…..
wazy
11/07/2011 @ 10:52 am
Mendalam makna lagu dan lirik tu
tertarik juga pada nota bawah sekali tu
Faizul
11/07/2011 @ 2:16 am
Kadang-kadang terfikir,dalam sedar tak sedar kita ni mudah diperalatkan oleh orang lain..itulah politik 😀
NoktahHitam
10/07/2011 @ 8:52 pm
Politik? Dalam kehidupan kite mmg dipenuhi politik, politik rumah tangga, politik office, politik dlm LRT semua tempat ade.
Tp isu bersih aku malas nak cakap. Masing-masing dah dewasa, pikir sendiri la mane yg baik mane yg buruk. Yg aku tau, kalau ko letak jari kt orang tersayang, aku kejar ko sampai liang lahad.
yusri
10/07/2011 @ 1:00 pm
banyak perkara orang kena faham pasal politk terutamanya politik kepartian di Malaysia..banyak perbezaan pendapat dan tentu kebenaran itu bukan sama bagi setiap orang…kebenaran yang hakiki hanya dari Allah…
syafiq
10/07/2011 @ 5:40 am
aku berpendapat setuju dengan tuntutan tu tetapi tak bersetuju dengan demo tu. sama ada bersih ataupun patriot. ada sandarannya.
masing2 ada sandaran, masing2 ada niat, masing2 ada jalan masing2. maka semuanya kembali kepada yang utama.
setiap amal bermula dgn niat. pahalanya ikut apa yang diniatkan.
mijie
10/07/2011 @ 12:06 am
nota hang kat bawah sekali tu membuatkan aku teringat zaman 10 tahun aku dulu, tapi skrg tidak lagi….kn faham apa itu kerajaan memerintah, apa itu parti politik yg diberi majoriti utk memerintah, kena faham perbezaan…..pertubuhan dan kempen juga kena pandai bezakan
ok bye
Kujie
09/07/2011 @ 11:53 pm
buat sesuatu dgn ilmu – ada banyak yang perlu kita faham
kak jie ni lagi, kadang2 ada banyak benda hal politik nak ditulis
tetapi mengenangkan persekitaran komuniti yang bab asas politik pun masih tak faham
jadi diamkan aja
asas politik – asas kerajaan – asas parti politik – asas pemerintah