Peace yo... lengang tadek manusia mahupon kereta.

Lepas ni Artwork Hujung Minggu akan jadi tajuk cerita aku untuk setiap hujung minggu dan mungkin akan membawa ke minggu berikutnya kalau aku tak kemas kini blog. Sekarang ni macam yang aku kata… aku tersangat-sangat la sebok. Idamkan saat macam mula-mula kerja dulu. Peace and Harmony…. sekarang pon peace jugak… cuma kekangan masa tu yang tak menahan.

Semalam sekali lagi aku teman Mama Amirul di Taska PPUM. Hari Sabtu… jalan lengang gila dilaka subuh sepie. Jadi aku ambik peluang tangkap beberapa keping gambar masa awal matahari mula nak terpacak sementara nak balik. Hari ni (hari Ahad) lagilah bapak boringnye…. tak pergi mana pon. Lepak kat rumah. Tidok jer dengan Amirul. Tapi… yang best, tadi lunch kat McDonalds.

Tak bleh blah… memang aku suke makan French Fries dicicah bersama-sama McFlury atau Sundae. Sedapnye… perghhh PANAS+SEJUK+MASIN+MANIS…. huuhuhu… pernah cube? Tak pernah? Sila buat sekarang.. nanti takut kempunan. Layan artwork semalam dulu. Gambar semua masih lemah penceritaannya. Kepada anda yang membaca dan melihat… aku mengalu-alukan komen membina. Terima kasih.

Pagi sabtu hari tu hujan kan? PErghh.... keluar rumah awai gile...
Cuba bermain komposition dan DOF menggunakan lense 70-210mm
Tiada figura manusia untuk aku jadikan model potret. Bunga pon jadilahh...
Aku cuba hasilkan flare dari bintikan air... tapi gagal. Sebab f4.0 aku pakai masa ni.
Kawasan Taska PPUM ni kene keliling dengan kawat duri ala-ala kem pelarian jer...
Mainan Amiru yang jadi mangsa aku. Berebut dengan Amirul masa ni.. aku susun.. dia teraburkan!

 Nota: Cadangnya minggu ni nak ke rumah Kak Kujie untuk mandi air terjun. Tapi cansel. Mungkin Sabtu minggu depan kot… Harap tuan tanah ade la kat rumah ye!