Ini lah orang kata bersusah dahulu… bersenang-lenang belum tentu. Tapi tak baik… tak baik salahkan ketentuan Tuhan. Sambutan malam tahun baru 2012 untuk aku dimulakan dengan kereta breakdown. Malam tu orang mungkin sedang berpusu-pusu nak pergi sambut tahun baru. Sedangkan aku, mama Amirul dan jugak Amirul Amin berpeluh peluh kami tiga beranak cam cacaing kepanasan sebab kereta rosak.
Lepas balik dari ambik Mama Amirul kat PPUM, aku jangka macam ade mende tak best.. dan memang betul… aku perasan aircond kereta aku makin perlahan.. ok.. tak pe lagi… Aku teruskan jugak perjalanan macam biasa. Dah mula rasa was-was, aku terus pergi ke stesen minyak mobil dekat Jalan Universiti (berhampiran KFC Universiti Malaya). Masa nak isi minyak… ofcourse kene matikan injin… lepas dah siap… bila nak start injin.. dah tak mau idup dah. Perghhhhhhhhh….. Terus telepon abang ipaq yang ade kat Selayang mintak tolong mai bawak jumper.
Habis bab tu.. aku jangka bateri basah ade masalah. Malas nak pikir panjang, sebab… besoknya (hari Ahad) aku nak ke Sungai Besar. Ada kenduri plak. Nak bawak mak dengan abah ke sana. Aku terus je beli bateri kering.. Alhamdulillah hiduppp!!! Ye betul, bateri saiz S60 bersamaan RM199.00. Terus pecut balik rumah, lepas dah setel. Kemas kain baju… redah perjalanan ke Gombak. Masa lalu kat DUKE, jalan jem nakharam… sebab ade roblock mat rempit. Masa dalam roadblock tu… aku ingat dah tadak masalah dah… so buat selambe jer redah jem tu cam kebiasaannya.
Elok lepas jer dari JEM kat DUKE… nak masuk ke susur Sri Gombak.. sekali lagi meter dashboard aku malap… aircond jadi selow balik macam tadiii… tiba-tiba kereta semput nak mampus macam nak abis minyakk… SHITTTT.. apekah? Takkan bateri baru bleh kong kot? Nak lintas antara susur masuk DUKE ke Gombak ikut lalu trafik light.. lagi sekali nakharam lemau nak tunggu lampu ijau.
Aku dengan Cik Adik dah risau… Amirul pulak dah merengek panas dalam kereta sebab aircond dah makin selow. Ye bagus. Pendekkan cerita lepas lampu ijau jer.. memang kereta dah tersengguk-sengguk nak mampus macam habis minyak dah masa ni. Aku gagahkan jugak bawak. Tak bleh bawak masuk gear 4. Terus macam nak mampus terus. Elok je nak mendaki bukit Taman Sri Gombak… terus mampus. YEAAYYY~ HAPPY NEW YEAR!!!
Owh by the way… sebelah aku rupanya ade polis… ingat nak mintak tolong kat dia orang sekali dia orang kata:
“Van ronda kami pon mampos masa nak naik bukit ni… same la macam awak.. bateri baru jugak…”
Tawakal dengan keadaan… aku cuba START REVERSE dengan membiarkan kereta aku gelongsor turun bukit… terus masuk gear reverse… alhamdulillah.. sekali lagi kereta aku berjaya idup. Dapat je daki bukit.. terus aku ke rumah kakak aku yang tak jauh sangat dari Bukit Sri Gombak tu. Elok masuk parking… kereta sekali lagi mampus. Lepas uruskan anak isteri kat umah akak.. aku cube la godek-godek kereta aku.. kot kot mane la tau mau idup… Cheh.. sampai pukui 2.30am. Tak maunye… Abang ipaq aku cakap.. tak pe la.. nanti balik dari Sungai Besar, kita pergi carik bengkel.
Biasalah.. kalau kereta masuk bengkel. Aku ceritakan simptom yang terjadi kat kereta aku semalam kat pomen tu.. dia kata tu konfem alternator yang problem. Sama seperti yang aku duga. Kopak lagi sekali RM240.00 beserta upah + warranty 2 bulan dan juga sebiji kapacitor pemutus litar yang disambungkan kat alternator dah kaput. Jadi tukar je baru. Pejam mata. Sebab kalau dok nak save sangat.. aku risau nanti aku nak pergi kerja… kene bawak Amirul.. Kalau jadi apa-apa tengah jalan??? Berdukung la aku dengan Amirul nak tunggu towing car. Satu masalah jugak kalau macam tu.
Kemarin hari tu punye la semangat nak balik Selangor.. dah siap isi minyak full… lepas tu.. bercadang lepas balik dari Sungai Besar… nak hantar mak dengan abah balik Pahang pulak. Tapi ape kan daya.. bukan nak mengelak dari tanggung jawab anak lelaki. Bila dah jadi macam ni… abang ipaq dengan kakak pulak la yang kena takeover duty aku untuk bawak mak dengan abah balik kampung. Ade la rasa sikit kecewa. Tapi bukan sengaja… dah mende nak rosak.
Nota penting: Jika anda mengalami simptom cam kat atas kat kereta nkorang.. sila check mungkin juga wayar alternator ade yang putus (gambar ke dua)
NoktahHitam
22/05/2012 @ 9:23 pm
Saya telah membaca post ini.
OneMalaysia
08/01/2012 @ 7:55 pm
Memang menguji kesabaran tuh bro..maybe ada hikmah disebaliknya tuh..mana tahu dlm kesempitan mcm tuh ada rezeki lain pula yg dtg..
blogger gemuk
06/01/2012 @ 5:02 pm
“cooobaaaann” kata P.ramlee. hehehe
titan
06/01/2012 @ 3:04 am
alhamdulillah, setakat hari ni..kereta yang dah 3 tahun aku beli ni..takde masalah apa-apa lagi. tak tahulah 10 tahun akan datang nanti..
abrar
05/01/2012 @ 10:54 pm
sama la kita bro. aku mlm tu tayar pancit kat pusing(perak). tiub pecah. dah la tempat gelap gelita xda orang. mmg besh sambut besday dengan tayar pancit. huhu
stiejaa
05/01/2012 @ 10:12 am
sabar itu satu amalan,tapi tak pa awai tahun dapat bonus banyak
Anarm
04/01/2012 @ 5:01 pm
best ah new year ko.. hehe.. selamat tahun baru.. kampung aku pn kat sungai besar..
life4hire
03/01/2012 @ 11:43 pm
sabar jer la bro…aku nak pegi tengok ari tuh tak bagi…hehe
Cikgu Hairul
03/01/2012 @ 7:13 pm
Pengalaman tu bro.. Kuatkan azam utk kumpul duit beli keta baru.
Kujie
03/01/2012 @ 12:44 pm
pengalaman ni… jangan risau
cuba fikir sudut positif – kak jie 1st dating dah kena tolak kereta rosak… lagi sadis tau
dah….inilah ragam ada kereta, jangan tatau. kak jie dgn anak beranak dah 2 kali kena tarik dgn towing car tu.. budak2 tu seronok mcm makan angin. kita yang berketut sebab kejap lagi nak kena hulur kat dia kertas cop kepala agung tu….
syafiq_lomotech
03/01/2012 @ 12:55 pm
kertas cop kepala agung
Muhamad Azman Ishak
04/01/2012 @ 8:01 pm
hehehee… citer kat blog sangat melegakan tekanan kan!
wandisini
03/01/2012 @ 12:14 pm
selamat tahun baru.
dugaan tu bro. ada hikamahnya tu….
sungai besar kampung orang umah ke? aku pun orang sungai besar gak
Muhamad Azman Ishak
04/01/2012 @ 7:59 pm
eh? laa… sekampung eh? sungai besar kampung belah mak 😀