Kalau demam... baik je. Tapi tadi dah baik... siap memanjat-manjat lagi
Kalau demam… baik je. Tapi tadi dah baik… siap memanjat-manjat lagi

Sedetik catatan ni aku tulis, Alhamdulillah, syukur pada Tuhan, Amirul Amin (Along) dah hampir pulih dari Chickenpox atau dalam bahasa pasar “Demam Campak” atau lebih dikenali dengan Cacar Air. Dari sumber rujukan yang aku baca, penyakit cacar ni ada banyak jenis. Ianya berpunca dari kuman varicella zoster. Kesan daripada penyakit ini dapat dilihat pada keradangan yang berlaku pada kulit, seperti gelembung-gelembung air yang agak besar.

Difahamkan bawaha penyakit ini mudah merebak melalui udara. Terutamanya jika pesakit ini demam dan mengalami selsema atau batuk. Kanak-kanak merupakan individu yang paling mudah untuk dijangkiti oleh kuman varicella zoster ini disebabkan antibody mereka yang baru berkembang.

Maninan satu plastik beg standby kat sebelah. Amboihhh... kemain
Maninan satu plastik beg standby kat sebelah. Amboihhh… kemain

Biasanya pesakit bukan sahaja mengalami keradangan pada kulit, tapi juga akan merasakan kegatalan yang amat sangat serta rasa yang kurang selesa disebabkan perubahan campak tadi yang telah pecah gelembung air tersebut dengan sendiri atau ianya beransur keperingkat penyembuhan. Kuman chickenpox ini juga merupakan antara kuman yang sama menyerang pesakit herpes zoster (kayap).

Dalam kajian di United State, penyakit demam campak ini akan menyerang kanak-kanak dan remaja dalam dua keadaan peringkat umut. Aku kira, kajian ini juga digunapakai di Malaysia untuk taburan penyakit ini menyerang. Rujuk pada laman web Maryland Medical Center, sila klik pada pautan tersebut.

  • Peringkat umur 12 bulan hingga 12 tahun – biasanya pada peringkat ini, kanak-kanak yang sihat akan terima penyakit ini sekurang-kurangnya sekali.
  • Manakala remaja diperingkat 14 tahun hingga ke dewasa pula akan mengalami penyakit ini sekurang-kurangnya sekali jika mereka tidak pernah kena seumur hidupnya.
Auuuu cakkk... pantang nampak abah pegang kamera. Lap la mulut tu dulu Azhar!
Auuuu cakkk… pantang nampak abah pegang kamera. Lap la mulut tu dulu Azhar!

Sebenarnya perkongsian kat atas ni sedikit sebanyak apa yang aku baca dan paham mengenai chikenpox ni. Disebabkan along dah terkena jangkitan ni. So aku mencari la punca dia. Buat masa ni, alhamdulillah, Azhar belum lagi alami perkara yang sama. Mungkin sebab Azhar masih menyusu badan secara Part Time, dan mendapat antibody dari Mama dia.



View Taman Saujana Hijau, Putrajaya in a larger map

Owh ya, gambar-gambar dalam catatan ni sebagai hasil dari bidikan aku belajar dari Bengkel Lanjutan dan Asas Pencahayaan, Tarmizi Shukri pada hari minggu yang lepas kat Taman Saujana Hijau, Putrajaya. Aku mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi ilmu. Memang terbaik.

Sebelum tu, kepada rakan-rakan pembaca setia blog aku, sekiranya nkorang berminat untuk hadir ke Bengkel Asas Fotografi, aku sarankan nkorang boleh ikut kelas Tarmizi Shukri anjurkan. Segala butir dan maklumat boleh capai pada pautan ni. Sila klik untuk maklumat lanjut ye.

Berguling, kalau ada perkara yang tak kena di hati.
Berguling, kalau ada perkara yang tak kena di hati.
Dulu Along pon suke bergambar depan kamera, sekarang Azhar pulak
Dulu Along pon suke bergambar depan kamera, sekarang Azhar pulak
Azhar dah wangi, comel tak?
Azhar dah wangi, comel tak?
Dalam dok sakit-sakit, along masih jugak ceria.
Dalam dok sakit-sakit, along masih jugak ceria.
Abah, jangan la ambik gambar Along... along malu la!
Abah, jangan la ambik gambar Along… along malu la!
Dah hampir kering keseluruhan demam campak dia. Tu jadi gatai merenyam habaq hang
Dah hampir kering keseluruhan demam campak dia. Tu jadi gatai merenyam habaq hang

NOTA KAKI: Kesemua gambar ini diambil dengan bantuan speedlight. Aku memprektikkan balik apa yang telah aku belajar dari kelas lanjutan. Semasa gambar ini dirakamkan, kondisi dalam rumah memang agak malam. Lampu tak berapa nak terang. Lepas tu, ini memang waktu malam hari 😀