Kemarin sudah, satu negara tahu yang telah berlangsungnya Pilihan Raya Umum yang ke-13. Untuk aku, ini adalah pertama kalinya aku menunaikan tanggung jawab. Yup.. selama ni rasa kurang bertanggung jawab. Setelah sekian lama aku mengelak dari kancah perbincangan politik tanah air atas sebab-sebab tertentu. Pada kali ini… aku terpanggil untuk menunaikan kewajipan… juga atas banyak faktor dan sebab-sebab tertentu. Bagi aku.. ini adalah amanah yang aku harus penuhi sebagai seorang rakyat yang menggelarkan diri Rakyat Malaysia berdaulat.
Nak kata diri aku ni seorang yang patriotik tu tak la jugak, jauh sekali mengatakan aku seorang wira. Cukup la, kalau yang kata aku ni seorang wira adalah anak-anak aku. Dan.. kerana anak-anak aku ini lah aku keluar mengundi. Demi menentukan nasib masa depan mereka pada masa mendatang terjamin oleh kerajaan yang satu ketika dahulu dipilih oleh mak bapak mereka.
Aku tidak suka mengulas tentang keputusan PRU-13 kat sini. Cuma pada catatan ni, aku hanya nak berkongsi gambar-gambar sekitar PRU ke 13 di Sekolah Kebangsaan Maran, Pahang Darul Makmur. Sekolah ini merupakan sekolah aku satu ketika dahulu. Kalau tak silap aku, abang Azman Ismail jugak dari sekolah ni. Mungkin kot.. aku main agak je. Jadi.. jom layan PRU-13
AMARAN: Suka aku ingatkan.. kalau nak komen.. hanya komen pasal artwork gambar dibenarkan.. Jangan nak bincang pasal politik pulak. Sat lagi makan penyepak. Faham?
wazy
12/05/2013 @ 12:14 pm
Saya telah membaca post ini.
wazy
12/05/2013 @ 12:13 pm
Menarik semua gambar tu
titan
10/05/2013 @ 9:08 pm
Saya telah membaca post ini.
tarmizishukri
10/05/2013 @ 4:14 pm
Saya telah membaca post ini.
Noor Azam
10/05/2013 @ 11:21 am
Aku pergi mengundi sekitar jam 3 petang di Sekolah Kebangsaan Parit Jawa, Muar, Johor. Sangat lancar tak sampai 5 minit dah siap. Pagi itu sempat jugak aku membantu pakcik berniaga barang terpakai di pasar tani Stadium, Muar. dapat jugak hasil pagi itu walau tak selumayan hari-hari minggu sebelum ini.
Sampai nak terlelap aku menunggu pelanggan, semua orang pergi mengundikah sehingga pasar tani tidak semeriah minggu-minggu yang sudah. Nak hilangkan rasa mengantuk aku ronda seluruh pasar tani dengan meninggalkan pakcik sorang-sorang ditapak niaga. Penat berjalan hilang rasa mengantuk.
Eh! Samdaddycool pun ada, berniaga crepe durian di pasar tani!
Muhamad Azman Ishak
11/05/2013 @ 2:32 am
kat kampung saya pada hari ahad ada pekan sehari. pon sama gak situasinya. orang lebih memilih keutamaan mengundi berbanding jalan-jalan cuci mata kat pekan sehari. alhamdulillah gak la, kesedaran mengundi tiba-tiba bangkit. masing-masing ada pilihan dan keputusan sendiri.
Muktasim
08/05/2013 @ 1:35 pm
best la dapat shoot macam ni.. huhu 5thn lagi tak mau dah jadi petugas SPR.. nak cuba yg lain plak..
Muktasim
08/05/2013 @ 1:34 pm
Saya telah membaca post ini.
hafiz
07/05/2013 @ 11:37 am
kat mana2 sama bro, semua pakat undi di pagi hari…
staibaqhang
07/05/2013 @ 10:15 am
tak boleh nak amik gambar.. aku bertugas… tgk gambaq hang amik ja la…
staibaqhang
07/05/2013 @ 10:14 am
Saya telah membaca post ini.
akubiomed
07/05/2013 @ 8:55 am
Beriya-iya bawa kamera pada hari mengundi. Membidik pun tidak. Ha..haa..
Mus
07/05/2013 @ 12:32 am
Saya telah membaca post ini.
cikgu naman
07/05/2013 @ 12:27 am
pak cik tu pakai baju akademi fantasio ke tuuu..hehe
cikgu naman
07/05/2013 @ 12:28 am
eh watermark rupanya..hahaha..sorry..sorry
suka gambar candid macam ni..yang bertongkat pun ramai ye
Muhamad Azman Ishak
07/05/2013 @ 12:32 am
hahahaha.. ye watermark. erk.. ade ala-ala akademi fantastik ke? lol.
kalau nak diikutkan kiraan semasa aku shooting kemarin.. lebih dari 5 orang warga emas dibawa naik kerusi roda. dan lebih dari 10 orang yang bertongkat datang untuk tunaikan kewajipan.
Muktasim
08/05/2013 @ 1:36 pm
haha.. betul2.. nampak macam akedami fantasia..