Isu ni kalau nak ikut kira dah lama berlarutan. Tak kira dalam apa juga cabang dan bidang perniagaan sekalipun. Perkataan Melayu tanak tolong Melayu ni memang kerap dok kita dengar. Untuk pada aku, bila kita dah mula sedikit maju kehadapan, maka kata-kata sumbang sebegini jelas kedengaran.
Bukanlah beerti tanak tolong sesama Melayu, sebaliknya memang sikap dan mentaliti Melayu itu sendiri suka mengambil kesempatan atas orang lain untuk kepentingan diri mereka. Bila berniaga, mintak pembekal membekalkan barangan untuk mereka. Lepas tu… bayaran modal balik untuk pembekal dilengah-lengahkan. Mereka dah boleh meniaga, sebaliknya pembekal pula yang terpaksa menanggung kos sementara nak dapat balik pusingan modal.
Ada sampai tahap tu, sampai si pembekal atau penyedia perkhidmatan terpaksa ketuk si pengusaha ni beberapa kali, sebelum boleh menerima bayaran balik. Terlalu la kiasu bagi mereka yang seumpama ini melengah-lengahkan proses pembayaran. Dalam konteks ni aku tak kata la semua Melayu tu macam yang aku sebut kat atas. Masih ramai lagi golongan Melayu yang memang nak tengok bangsa dia berjaya.
Tapi, agak sedihnya, yang jenis suka mengambil kesempatan pon tak kurang ramainya jugak. Baru-baru ini perkara seperti itu juga terjadi pada aku dengan client aku. Kita dah syaratkan dengan jelas yang payment mesti dijelaskan sebelum “softcopy” dilepaskan. Tapi disebabkan kita ni jenis ada budi bicara, lembut hati.. kita bagi jugak la softcopy tu dulu. Kita ni takut jugak la, dek disebabkan ketangguhan kita, perniagaan orang lain tak dapat beroperasi.
Dari minggu ke minggu, dari berjanji 3 kali Jumaat sudah, sehingga sekarang… masih jugak delay payment. Cheque yang dibagi sekadar nak sedapkan hati. Walhal tak boleh di bankinkan pon sebab dalam akaun cheque tu masih tadek duit. Bila sekali lagi aku conform-kan semalam dengan client tu, dia kata “by right hari Isnin atau Selasa dah boleh bankin”. Di ulangi.. Isnin atau Selasa… Terdapat perkataan tidak pasti di situ iaitu ATAU.
Dimana keprihatinan kita dalam berurusan? Tak kira la dengan bangsa apa sekalipun. Kalau ikutkan hati, aku boleh je buat hati kering. Tunggu sampai full settlement, baru lepaskan softcopy. Bukan la bermakna aku ni dah mula pandai demand or something macam tu…. Tapi kau pikir la jugak, kat belakang aku ada mereka-mereka yang perlu aku sara dan perlu juga aku melunaskan sejumlah wang kepada mereka. Disebabkan delay macam ni, kepercayaan orang lain terhadap aku juga turut tercalar kau tahu!
Untuk client tersebut, dia boleh la cakap itu ini semua sebagai alasan. Alasan dia cuma terhenti kat aku. Tapi, macam mana pulak aku nak hadapi dengan mereka-mereka yang terlibat sama bekerja kat bawah aku? Apa pulak kata mereka? Berdosa kau tahu anaya orang macam ni.
Kalau kot kot la ade client tu terbaca blog aku ni… aku nak sarankan supaya tonton la video kat bawah. Moga kau akan mengerti Apa yang aku membebel kat atas tu.
Mentaliti perniagaan orang kita ni, nak cepat untung, nak tip-top, modal nak murah, barang nak segera. Bila bab nak bayar.. kalau boleh nak lengah-lengah. Ini bukan pertama kali. Sebelum ni juga aku pernah buat satu projek multi-media. Duit projek tu cadangnya untuk buat wang hantaran kawin. Tapi sampai sudah tak dibayar. Hasil dari projek telah dia jual. Bila call banyak kali tak dapat. Hancur musnah harapan nak top-up duit hantaran kawin masa tu.
NOTA: Bukan nak berdoa untuk dibalas dengan keburukan…. semoga anda yang berbuat demikian akan diberi kesedaran oleh Tuhan satu hari nanti. Amin!
Hazmin Hamudin
14/03/2013 @ 3:24 pm
Betul tu bro. Bila kita tolong bangsa kita sendiri, mereka pulak akan mengambil kesempatan dekat kita. Bukan nak berterima kasih, tapi dikenakan kita balik.
Mus
14/03/2013 @ 9:01 am
Saya telah membaca post ini.
Aiman Aziz
10/03/2013 @ 4:27 pm
Nama lagi melyu kan broo 🙂
staibaqhang
09/03/2013 @ 6:06 pm
Saya telah membaca post ini.
staibaqhang
09/03/2013 @ 6:03 pm
aku pun ada kena kes mcm ni… merayu2 minta album dan softcopy… kita punya kesian akhirnya dibalas ngan tak bayar baki hutang… adoiiii… dah dekat 1 tahun.. last2 kita juga yang rugi sebab duit poket dah keluar untuk selesaikan bayaran printing dan pekerja lain… la ni terus buat perjanjian hitam putih, bayaran 100% sehari sebelum majlis… harap lepas ini ok la skit…
Datin Tyka
09/03/2013 @ 11:59 am
betul sangat la ni.. dah selalu kena dah.
kita nak tolong ringankan beban dia..
tapi bila disuruh bayar balik, sentiasa berlari-lari.. macam nak pergi planet lain…
Datin Tyka
09/03/2013 @ 11:57 am
Saya telah membaca post ini.
Blog Rajawali
09/03/2013 @ 11:33 am
Perilaku macam ini yang sebenarnya akan menghancurkan baik dari segi apa yang diniagakan mahupun dari segi social
Dawaihati
09/03/2013 @ 9:20 am
Kes-kes macam tu, banyak juga terjadi di Indonesia
Anarm
09/03/2013 @ 12:05 am
Saya telah membaca post ini.
hafiz
08/03/2013 @ 11:59 pm
betul tu bro, benda mcm ni kena kat member saya hantar kereta kat bengkel melayu, mintak full payment dulu, tapi keretanya dah sebulan lebih tak siap2. fyi member saya tu nak tukar enjin kereta kat situ
myadlan
08/03/2013 @ 9:37 pm
Salam. Hmm hari ni jadi kita dah dua orang merungut pasal sesetengah klien di kalangan orang Melayu ni.
Semoga orang kita ni akan lebih prihatin dan profesional dalam bisnes.
titan
08/03/2013 @ 8:16 pm
Saya telah membaca post ini.
titan
08/03/2013 @ 8:16 pm
hoho..setuju. majoriti plak tu..
Orang Akaun
08/03/2013 @ 4:53 pm
Just sharing experience jaga akaun…
kadang sebab company tak ada duit. pada masa sama, tak boleh nak disclose in detail situation company. confidentiality policy orang kata. so, terpaksa la menipu walaupun ayat tuh nampak sangat mengelat/fake/putar belit. dari pandangan supplier, bunyinya memang macam fakap. tapi nak buat lagu mana. company tengah sangap. kita pulak terikat.
bab chase payment dari orang pulak, serupa macam kena kat kepala sendiri la. kadang2 pasal birokrasi 7-8 lapis. ada tuh company gulung tikar terus. naik turun court jugak la nak mintak duit.
anyway, untuk pekerja yang menjaga akaun ni, memang nak bayar cuma kemampuan company tuh yang tak ada. kadang2 kena nego bayar partial. kadang2 terima surat legal ja. apa boleh buat.
bab perangai sedia kala palat, ketegaq takmau bayar tuh aku tak ada komen.
mrpolie
08/03/2013 @ 1:12 pm
actually ni sbb attitude…. attitude org mrlayu
puanbee
08/03/2013 @ 12:46 pm
Betula la mentaliti org melayu..
saya pun ada kes ni , tp dari sudut lain pula.. tak tau la bila nak berakhir
hazman aka species1980
08/03/2013 @ 12:42 pm
Hurmm…..nampaknya satu lagi kes mangsa keadaan …. kena kasi GENG KOMPANG SETIAWANGSA kasi settle nie….. p/s : tumpang simpati jugakk….
azman
08/03/2013 @ 12:37 pm
Memang sakit hati la kalau kena macam ni.Pihak yg satu lagi tu kena ingat2 lah sikit.Kalau tak der budget nak meniaga jangan nak pandai2 nak guna perhidmatan orang secara percuma.Jangan putus asa keep on callling untuk mintak payment,sampai dia bosan.Hak dia kita dah settlekan,hak kita dia lupakan mana boleh gitu.
Muktasim
08/03/2013 @ 12:28 pm
huhu.. itu la orang melayu.. bukan nak mengata bangsa sendiri cuma nak beringat kita jgn jadi macam ni.. 🙂
kujie
08/03/2013 @ 12:22 pm
Saya telah membaca post ini.
KiD
08/03/2013 @ 12:17 pm
inilah masalah mentaliti orang kita yang tak berubah.. kita perlu sama-sama berubah. HIJRAH. tapi sambutan HIJRAH disambut tetiap tahun. berubah tak jugak.. hmmmmm
KiD
08/03/2013 @ 12:14 pm
supersonic di sini…. hai kak rock sweetkurma!
Muhamad Azman Ishak
08/03/2013 @ 12:17 pm
ape kene mengene dengan kak rock plak? lol.. ini cerita lain la. duhhh… hahahaha
p/s: laju je dia ni terjah. nampak sesangat freefulltimeblogger ahahaha
KiD
08/03/2013 @ 12:20 pm
alaaaaaa… tau laaaa dapat ambik gambar model. huk3
Muhamad Azman Ishak
08/03/2013 @ 12:22 pm
yes… hahaha I love model.
*sambil menari-nari gedik*
bhahahaha…