Dugaan yang Tuhan bagi untuk kita, sebab Tuhan tau kita boleh hadapi ujian yang bakal dilalui. Begitu juga dengan keluarga aku minggi ni. Adik Amirul Azhar ditahan di wad PPUM akibat jangkitan kuman. Tak terluah dengan perkataan kalau tiap kali anak-anak sakit. Memang ibu bapak akan rasa “Ya tuhan, pindahkan la sakit anak aku ni kat aku.. tak pe.. aku tanggung.”
Gambar yang mama dia hantar pagi tadi melalui Whatsapp. Katanya suhu adik dah turun ke 37.1. Mujur la tak kene masuk air dalam badan. Hari ni akan dapat laporan ujian darah adik Azhar. Kemudian, baru la tau ape penyebab demam jangkitan kuman ni. Mujur jugak tergerak hati nak pergi ke Klinik Family semalam sebab, masa appointment kat klinik desa, agak harem jugak la klinik ni tak periksa kesihatan anak aku. Setakat catat berat badan, bagi ubat cacing… bagi advice macam rutin selalu yang ibu-ibu bawak anak check kat klinik.. Walhal masa tu wife aku dah cerita apa masalah adik kat diaorang.
Aku ni kalau nama hospital kerajaan la, memang cukup fobia. Bukan sebab nak perlekeh hospital kerajaan. Tapi memang itu la hakikatnya. Nkorang pon tahu. Tapi idak la aku pukul semua sama rata yang pekerja hospital kerajaan tu pemalas. Ada jer hospital semi-kerajaan atau swasta pon yang staff dia pemalas. Pendek kata masalah PEMALAS ni adalah masalah individu. Tapi disebabkan sorang dua yang macam ni lah yang membuatkan orang ambil lumsum yang hospital kerajaan ni sistemnye kucar-kacir.
Sekejap lagi akan bersiap-siap bawak bekal baju mama Azhar dan adik Azhar. Standby dalam beg. Dijangka adik akan ditahan lebih kurang 3 hari. Itu seminima hari. Tak tau lagi hari ape akan keluar. Semuanya bergantung pada keputusan ujian hari ni. Harapnya adik Azhar cepat sembuh. Amin…
titan
18/10/2013 @ 9:00 pm
dah ok lom sekarang?
Muhamad Azman Ishak
19/10/2013 @ 1:20 am
dah ok dah cikgu. dah puas bergomoi sakan dah pon
profhariz
14/10/2013 @ 12:15 pm
Semoga kesembuhan pada Adik Amirul Azhar
Allahumma Ameen.
Muhamad Azman Ishak
14/10/2013 @ 8:19 pm
Amin.. terima kasih atas doa anda semua
sweetkurma
12/10/2013 @ 11:20 pm
moga segera sembuh
amin Ya Allah
Muhamad Azman Ishak
13/10/2013 @ 12:21 am
amin… terima kasih kak.
zaryl
12/10/2013 @ 3:31 am
insyaAllah nanti kesihatan beliau akan bertambah baik…
Muhamad Azman Ishak
12/10/2013 @ 5:25 pm
amin, terima kasih bro
Mus
11/10/2013 @ 4:12 pm
tak tenang hidup bila anak-anak /isteri tak sihat.. memang kita sanggup tanggung sakit tu..
Muhamad Azman Ishak
12/10/2013 @ 5:27 pm
betul tu bro. sangat2 susah hati bila anak2 sakit. memang tak sanggup nak tengok. macam mana agaknye perasaan orang yang buang anak ape semua tu… diaorang hilang punca sudah barang kali.
akubiomed
10/10/2013 @ 11:35 pm
Harap kesihatan anak semakin baik.
Muhamad Azman Ishak
12/10/2013 @ 5:27 pm
amin. terima kasih bro.
ejam
10/10/2013 @ 9:48 am
InsyaAllah Azhar akan cepat sembuh. Antibodi dia sedang terevolusi dalam melawan kuman yg noti tu.
Waktu inilah kita akan rasa sangat perlu buat dia gembira baru cepat sembuh.
Muhamad Azman Ishak
12/10/2013 @ 5:30 pm
amin.. mudah2an besok dah boleh keluar.