Dah masuk 3 hari aku dengan Amirul dok berlawan demam. Sebelum ni, hari lepas balik dari Kedah minggu sudah, akak ipaq dari kedah tu ade la dok kirim dorian 3 biji. Nak dijadikan cerita, Masa puasa pertama.. tak teringin langsung nak makan. Maklum la penat. Tapi tiba puasa kedua… elok jer bukak poser… terus terkam durian…
Nah menjawab… sampai ke hari Jumaat ni baru nak kebah demam. Kebah tak kebah… still jugak rasa macam nak demam balik ni…. Oooo… Tobat wo… kalau puasa jangan la nak makan dorian. Insyaallah… dapat pakage demam lengkap dengan batuk dan selsema. Sekarang ni dah macam ok sikit. Otak pon baru rasa nak center. Dah boleh la maintain le ni.
Amirul plak… dah dua tiga hari badan dia kejap panas kejap ok. Aku ada la dah bawak pergi ke Hospital PPUM tu, risau gak la kan.. takut sakit melarat. Tapi dah buat check doktor.. doktor kata setakat demam biasa jer. Tadek infection ape ape. Balik dari PPUM, badan dia macam dah ok. So boleh la aku tidok lena malam tadi.
Tiba-tiba hari ni… masa kat tempat kerja, mama Amirul tepon, cakap anak panas kuat. UHHHhhh… Ape lagi.. terus isi borang emergency leave…. dapatkan sign boss, terus pecut balik rumah. Sampai umah.. tengok Amirul dok lembik jer. Mana tak nye.. makan pon dia tak lalu… harapkan minum susu jer.
Start jer motor.. terus aku rempit jer pergi Guardian. Ni la untung jugak duduk kat kawasan perumahan aku. “SAKNEKA-MAK-NENEK” semua ade. Terus carik ubat penahan panas yang sumbat kat punggung tu. Lepas tu carik Grape Water. Petua orang tua-tua cakap kalau anak kembung perut, elok air tu. Lepas kene sumbat punggung jer.. elok setengah jam lepas tu.. terus cirit.. keluar sisa-sisa toksik bersama angin yang tak lawas dalam perut.
Rasa lega sikit la.. petang ni boleh tengok Amirul main-main kat rak buku mama dia. Itu faveret spot. Tapi tadi macam ok. ni tak berapa nak elok balik. Kalau boleh bluetooth demam Amirul kat aku… aku tranfer jer. Kesian kalau anak anak demam ni. Perkara merunsingkan mak bapak kalau anak demam, sakit… kembung… COBAAN.
Nota1: Minggu depan Ayam Golek NARA 13/08/2011. Dijemput sesapa nak join, sila isi borang komen dan DM no telefon kat twitter @azmanishak.
Nota2: Minggu ni tak kemana-mana kot. Musim demam. Baju raya Amirul… baju raya mama dia pon tak beli lagi. Sungguh budget tahun ni. Semoga dilapangkan rezeki pada tahun ni. Kene usaha lebih keras. Amin~
muhammad fakhruddin
09/08/2011 @ 3:11 pm
Semoga Amirul dan papa Amirul sihat sejahtera hendaknya….semoga murah rezeki juga 🙂
part bluetooth demam tu buat saya tuching pula. Ada kenangan peribadi…
wazy
07/08/2011 @ 1:22 pm
fuhh nasib baik al tak berbuka dengan durian aritu,kalau tak dapat jugak demam
pantaidalam
07/08/2011 @ 3:11 am
perghh durian,bulan posa ke bulan tak posa ke setakat 3 biji aku sorang pun boleh 🙂 Bro kalau anak demam,waktu malam dia nak tidur just letak kain basah kat kepala,insyallah demam akan surut,coba la..
hakimfaridzul
06/08/2011 @ 4:18 pm
wo…baru 3 bijik tu bro… hehehehehe
nasib baik rumah nenek durian dah habis gugur sebelum puasa… syukur… kalau tak, ada jugak satu keluarga demam gak…
puasa biasalah, kurang air dalam badan..panas..dengan cuaca tak menentu ni… get well soon amirul!
Cikgu Hairul
06/08/2011 @ 6:51 am
Huh dasat betul penangan durian nih.
azman
06/08/2011 @ 1:15 am
Mmg musim budak budak deman ni,anak aku pun sama la,kejap ok kejap tak.,gi kelinik dr bagi ubat rocket,kurang sikit panas.
Yang penting jgn panik bila anak deman panas,cuba kurang panas badan dia dulu,kain basah letak kat kepala,jarang kepala dgn air.Kalau makin panas kena gi klinik lah.
Muhamad Azman Ishak
06/08/2011 @ 4:26 am
tu la pasal bro. kat taska anak aku sakit berjangkit jangkit kot. bahaya gak la. so better buat pengasingan dulu. amik emergency leave. so tak hantar la anak pergi taska.
terbaru: alhamdulillah.. anak dah sihat. dah boleh gelak-gelak. tapi blom aktif sepenuhynya
fazrol
06/08/2011 @ 12:53 am
standard ayah mana tak syg anak.. kalau anak demam.. nak saja transfer demam tue kat kita.. he he he…
Raya nie balik kg ka?
Muhamad Azman Ishak
06/08/2011 @ 4:27 am
tu la kan.. erm.. raya ni balik. so hang balik mane plak der?
zaryl
05/08/2011 @ 8:36 pm
insyaAllah nanti baik la demam si Amirul tu 😉
dan utk kesekian kalinya aku tak bleh nak join berbuka posa. aku kena pi outstation 2 minggu. dekat2 nak raya baru balik wuuhuuuuu
Muhamad Azman Ishak
06/08/2011 @ 4:28 am
alhamdulillah… berkat kot doa kawan-kawan bace post. doakan amirul sihat. malam ni dah sihat dah dia. thanks ye bro.
nota: aku dari mula menceburkan diri dalam blogging.. sampai terjebak beli SLR sampai sekarang tak jumpe hang lagi. hissh.. susah betoi jumpe sifu fotografer ni.