Dapur dah panass... hanya menunggu segala seafood untuk di rebus! - sila jangan usha awek pls :p

Semalam merupakan hari memenuhkan perut. Pucuk dicita stimboat yang datang. Kebetulan, semua ni adalah pelawaan dari saudara Muhammad Tarmizi. Dia baru saja balik bertugas dari Malaysia Timur nun jauh di sana. Maklumla… orang terpisah dengan keluarga seberang lautan. Bukannya jarak seperti Chow Kit ke Pasar Seni. Dah alang-alang orang pelawa… terus aku katakan “Aku free je Ahad malam Isnin”. Serta merta membatalkan segala urusan online ataupon offline.

Lepas tu.. mestilah kene cukupkan anggota AJK mesyuarat… seraya dengan itu, aku ponΒ  Tweet jer Maklong Jie. Laju jer menyaut kat twitter. Hahahaa… kami ni geng yang pantang menolak bila rezeki datang. Maka, bertemu la tiga keluarga di Restoran Nelayan, Titiwangsa malam kemarin. Jarak dari rumah aku memang tak jauh la. Tapi nak parking macam sedikit gampang di situ. Dan dari awal perbincangan aku bersama kak Kujie dan Heymijie… memang aku akan datang berpandukan GPS.


View Larger Map

Aku ni cuma tau pergi kerja balik kerja jer.. plus extra.. jalan nak ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Aku ni… kire terharu jugak la, kawan kita si Mijie ni baru je balik bertugas dari Sarawak… tup tup.. pakat dengan keluarga dia untuk dinner bersama kami. Woww… Terima kasih sekali lagi dari aku dan keluarga sebab sudi makan malam bersama kami serta menapau untuk satu meja bulat malam kemarin.

Kalau dah blogger bertemu blogger, insyaallah… ada lah dapat berita sensasi… nak tau ape dia? Rasa macam nak cerita je.. tapi bak kata orang tu, tak baik jaja cerita orang. Nanti besok, orang jaja keburukan kita plak. Kita ni bukan baik sangat untuk menceritakan segala perilaku orang lain yang buruk tu. Pendek kata… apa yang tak elok, kita jadikan sempadan. Beringat sebelum kena. Apa yang penting, macam aku tweet semalam:- “Kepercayaan boleh dibeli dengan wang ringgit” – Boleh.. asalkan kau bayar aku.. jadi aku percaya la!

Jom… aku nak tayang kat nkorang yang membaca coretan aku malam ni. Tiada ungkapan yang mampu aku ceritakan melainkan gambar-gambar yang membuktikan kami tiga keluarga sangat gumbira malam kemarin.

Ini anak sedara baru uncle MAI! Nama dia Hazim. Putih melepak macam mama dia. Tahniah πŸ˜€
Amirul yang leka bermain Fruit Ninja.. sekali tengok abang Fahim buat keluar iPad daa!
Yeahh... ini lah antara peserta yang pertama sampai... dan pertama juga merebus seafood hahaha
Meja banyak kosong. Kami tiga keluarga je yang buat kecoh macam penuh satu panggung
Masa ni, si Mijie membohong ape tah... aku dah lupe.. bhahaha.. citer pasal getah kudat rasanya - Yawwnnn!
Sesi tak sengaja terpetik... lepas tu, rasa macam ART plak gambar ni.
Intan buat peraduan sape pandai makan ketam. Tak berhenti-henti dua beranak dengan Kak Kujie hehehe
Ini je yang ade dalam pinggan aku.. eh? Salah pinggan.. aku tak ambik ketam pon!

Nota: Hahaha… ok la.. dah habis sakat orang. Sebelum penutup, nak ucapkan terima kasih sekali lagi kat Mijie dan keluarga kerana jemput untuk dinner bersama.

Nota2: Gambar semua pakai NEX-C3. Tak larat nak pikul dSLR sebab majlis santai. Kalau tak, mau aku pacak flash nanti. haha!