Hari ni ade satu perkongsian info dari saudara Roszizul atau TweetHandler dia adalah @Mx510 mengenai fenomena laut merah. Sebelum ni aku rasa ramai dah blogger yang bercakap pasal laut merah kat Sabah tu, tapi pengesahan tak berapa nak jelas. Beberapa jenis siput bercengkerang berkemungkinan tercemar sebab fenomena ni. Namun, dalam surat rasmi tu cakap, sotong, udang, ketam dan hidupan berinsang, masih selamat untuk dimakan. Cuma perlu basuh dengan bersih.

Meskipun jauh kat seberang Laut Cina Selatan, tapi aku rasa tak salah kalau nak berkongsi sesuatu yang berguna untuk komuniti. Untuk sapa yang tak makan makanan laut tu, kire tak perlu nak risau sangat. Tapi untuk penggemar tegar makanan laut macam aku ni, kene berhati-hati jugak la kan.

Ada juga rungutan-rungutan aku dengar dari blogger cakap, jangan percaya sangat mende-mende HOAX ni. Bagi aku senang je, kalau la berita ni palsu sekalipun, aku rasa tadek salah kalau kita ambil langkah berjaga-jaga. Susah ke? Surat rasmi pon ade kat atas tu ha… jadi nilai la sendiri ye.

NOTA: Bebaru ni kawan sekerja aku kene penyakit bengkak-bengkak kat kaki. Kami suspek dia ni kene gout… upenye ade kene mengena juga pasal makanan laut yang patut dia elak dari makan. Aku pon dah lupe ape TERM dia cakap. Sekarang alhamdlullah dah baik lepas dapat cuti berehat 3 hari.