Tahniah! Anda adalah pemenangnya
Tahniah! Anda adalah pemenangnya

Hari yang ditunggu-tunggu oleh para peserta. Memang aku bercadang tanak buat contest ni panjang-panjang. Kepada yang sudah menyahut cabaran, aku nak ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak atas sokongan moral kalian.

Untuk giveaway pada kali ni, kalau nak diikutkan, pihak AI MEDIA NETWORK akan memilih 3 sahaja pemenang. Tapi disebabkan penyertaan tak ramai, maka kesemua peserta di istihar sebagai pemenang GIVEAWAY FotoBESAR versi 3.3.

Mungkin ada yang belum tahu, yang Template FotoBESAR kini telah menjangkau kemaskini ke versi 3.33. Agak beruntung jugak la kepada mereka yang join. Berikut adalah senarai pemenang-pemenang Giveaway FotoBESAR versi 3.3:

UPDATE 12/11/2013 12.37am : Satu pemenang bertuah yang telah dipilih oleh Penasihat AI MEDIA NETWORK

Rentetan daripada artikel-artikel penyertaan giveaway ini, kat sini aku nak menjawab beberapa teguran yang dibuat untuk penambahbaikan Template FotoBESAR 3.3. Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat peribadi anda semua.

Paparan iklan yang terkeluar pada sesetengah telefon bimbit, telah diperbaiki
Paparan iklan yang terkeluar pada sesetengah telefon bimbit, telah diperbaiki

WIDGET TERKELUAR

Teguran dari saudara Izzudin Fauzi mengenai widget yang dirender pada paparan mobile. Saya akui mengenai perkara ini. Maka dengan itu, pembetukan mengenai permasalahan ini telah di atasi dalam kemaskini versi 3.33 (versi sekarang)

Template FotoBESAR sememangnya di integrasikan dengan Open Graph
Template FotoBESAR sememangnya di integrasikan dengan Open Graph

OPEN GRAPH

Untuk makluman, Template FotoBESAR ini, memang telah di integrasi dengan penggunaan code Open Graph. Oleh yang demikian, sapa yang menggunakan template ni, tidak perlu lagi memasang plugin Open Graph.

Pembinaan template ini sebenarnya banyak menjimatkan beberapa plugin yang biasa digunakan boleh blogger terutamanya plugin Contact Form. Semuanya telah terbina dalam. Hanya tinggal nak aktivatekan je.

FLOATING SOCIAL SHARING BAR

Terima kasih kepada Wan Zawawi untuk idea ini. Tapi saya memohon maaf kerana saya rasa agak annoying segala element yang statik floating sedemikian. Ini kerana template ini adalah template yang sama akan dirender pada paparan mobile. Jadi, element foating akan mengganggu pembaca dan akan menyebabkan screen pada paparan mobile menjadi lagging.

Namun, ianya tidak mustahil untuk buat alternatif atau alternate hide semasa prosess render paparan mobile. Mungkin fungsi ini akan dipertimbangkan untuk kemaskini yang akan datang.

Loading speed blog AzmanIshak.Com. Ini termasuk load bersama iklan.
Loading speed blog AzmanIshak.Com. Ini termasuk load bersama iklan.

LOADING SPEED

Juga teguran daripada saudara Wan Zawawi dan MHakimi. Terima kasih atas teguran ni. Kat sini saya cuma nak jelaskan, untuk buat perbandingan speed pada blog ni memang lah tak sesuai. Ini kerana saya telah masukkan kod-kod iklan. Kod-kod ini juga mempengaruhi dalam proses LOADING SPEED. Jika betul-betul ingat buat speed test, saya perlu buangkan semua iklan yang ada terlebih dahulu. :p

Tetapan latar belakang, header image dan logo.
Tetapan latar belakang, header image dan logo.

LATAR BELAKANG DAN LOGO

Masih lagi teguran daripada saudara Wan Zawawi. Untuk pengetahuan saudara, template FotoBESAR ini sememangnya membolehkan penggunanya menukarkan latar belakang, logo, dan juga header. Tetapan ini boleh dibuat di dalam template option yang disediakan.

TETAPAN GRAVATAR DAN STAR RATING

Masalah dengan tetapan gravarat bagi individu yang berkomen adalah sangat berat. Terima kasih atas pandangan ini Wan Zawawi. Untuk makluman, sekiranya tetapan ini dibuat, ini bermakna, kita terpaksa membina fungsi berlainan untuk avatar dan juga si tukang komen.

Secara amnya process individual query untuk load avatar akan memperlahankan proses loading blog. Sebab itu ianya tidak di implementasikan. Bagi star rating pula, kemungkinan ianya akan di implement pada kemas kini yang akan datang.

JUSTIFY TEXT

Ini pula adalah cadangan penambah-baikan daripada Kak Kujie. Saya akui ada sesetengah pengguna dan pembaca selesa susun atur text secara justify. Ada juga tidak. Saya mengambil kira teguran ini dan akan menambah fungsi toggle “auto justify” untuk kemaskini yang akan datang.

Ok, selesai sudah sesi soal jawab mengenai teguran-teguran yang diberi. Saya dengan rasa merendah diri, mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang terlibat dengan Giveaway FotoBESAR 3.3 pada kali ni.

Untuk kesemua nama yang disenaraikan di atas, mohon add saya sebagai rakan di Facebook, kerana saya perlukan beberapa maklumat anda untuk didaftarkan pada template yang akan diberikan.

Tahniah dari saya selaku wakil Team AI MEDIA NETWORK kerana anda berjaya menyahut cabaran ini. Keputusan adalah muktamad, hadiah tidak boleh dipindah milik setelah proses pendaftaran dilakukan. Harap maklum.