Kereta kebanggan: Petronas Formula-1

Agak suprise semalam untuk datang ke KLCC, sebab sebelum ni aku tweet, sorang pon tak mereply. Aku jadi macam bosan jugak la sebab datang tak kenal sapa-sapa… tapi elok je acara nak mula, aku tengok ramai jugak blogger-blogger tersohor yang dijemput datang kat untuk bersama-sama memeriahkan Petronas Malaysia Grand Prix 2012. Antara yang aku kenal, dah tentu kak Kujie, Media dari Blog Hiburan RotiKaya.Com dan ramai jugak yang aku tak kenal (hahaha…).

Angah dengan Intan dok main game. Ralit betul...

Pada aku, aku boleh kategorikan Concourse Level KLCC pada masa sekarang ni merupakan tapak ekspo atau booth untuk Petronas Malaysia Grand Prix 2012 la. Macam-macam jugak aktiviti yang disediakan untuk blogger. Kira agak “grand” jugak la di situ layanan yang diberikan oleh pihak Petronas kepada blogger, ini termasuklah penerangan ringkas, permainan, kuiz, dan yang tak lupa, makan malam bersama blogger dan teraju-teraju Pertonas Malaysia Grand Prix 2012.

Tengok la tu... Kak Jie.. tak lepas peluang.

Cerita pasal seronok pulak, paling seronok masa main game lumba kereta F1. Kawalan dengan menggunakan nada suara. Nampak macam senang la.. tapi bila dah cuba baru tau susah. 2 Pemenang terpantas diberikan hadiah telefon bimbit Samsung Galaxy S2. Kak Jie dengan Angah pon tak lepas peluang nak mencuba. Aku? Aku tak mencuba, sebab nafas tak cukup panjang. Tak silap aku, peserta terpantas daripada wakil media RotiKaya.Com dan sorang lagi, aku dah lupa nama dia. Nanti kalau jumpa lagi, boleh la say“Hi.. hi.. kan..”

Puan Anita: sesi suai-kenal bersama Blogger dan juga pihak penganjur, dan penerangan aktiviti πŸ˜€

Sedikit rentetan semasa aku berada kat sana, lebih kurang pada pukui 6.30pm sesi pendaftaran untuk blogger sahaja. Hanya blogger je yang dibenarkan masuk. Kagum jugak la aku dengan pihak pentadbiran Petronas Malaysia Grand Prix 2012 pada kali ni. Dah rasa macam wartawan pon kalah. Sebelum media lain, kami blogger-blogger yang diberi peluang dulu untuk turun padang.

Macam mane kereta boleh tergantung kat atas? Nak tau???

Lepas sesi pendaftaran, ada sedikit suai kenal, sesi fotografi, kemudiannya kami terus dibawa naik ke Ground Floor di Pertronas Twin Tower untuk melihat sendiri 2 biji kereta F1 yang diletakkan tinggi yang bi bawahnya adalah laluan utama ke Menara Berkembar Pertonas. Memula jadi macam jakun sekejap macam mana pihak penganjur letak 2 biji kereta kat atas tu.

Kene scan QR ni kalau nak tau macam mane kereta tu boleh ade kat atas.



Lepas tu, tengok kat tiang yang menyokong ke dua-dua kereta ni, ada sedikit penerangan, lepas tu ada disertakan QR-Code. Scan code dan tengok sendiri macam mana kereta tu boleh ada kat atas. Kat atas adalah video rakaman tersebut yang diperolehi lepas scan QR-Code tu.

Habis sesi bergambar di bawah kereta yang “terbang” kat atas kepala tu, kami semua dibawa semula untuk menerukan aktiviti bermain video game. Macam yang aku citer kat atas, semua pergerakan kereta adalah automatik, kita cuma kawal kelajuan dia jer berdasarkan frekuensi suara. Lepas tu.. boleh la tengok.. tiap-tiap orang asyik…. “AAAAAAAaaaaaaAAAAaaa….” lepas tu semput. hhhahahaha~

Makan malam... The Apartment

Dah puas bergambar, dah puas bergelak sambil main game… lepas tu kami dibawa ke Ground Floor diΒ  “the Appartment” untuk makan malam. Jangan jeles ok. Sambil makan, ada sedikit lagi penerangan pasal Petronas Malaysia Grand Prix 2012, dan seterusnya sesi yang ditunggu adalah sesi kuiz. Hadiah berupa sumbangan dari Samsung Malaysia iaitu Samsung Galaxy Note, Samsung Galaxy TAB, Samsung Galaxy S2… pergh… soalan semua aku tak dapat jawab. Tahniah untuk pemenang soalan cepu emas.

Untuk makluman, karnival/showcase Petronas Malaysia Grand Prix 2012 yang berlansung di Concurse Level KLCC sepanjang 17-25 March 2012 sempena mempromosikan perlumbaan Formula-1 di litar Sepang yang akan berlansung 23-25Mac 2012. Untuk maklumat lanjut, boleh layari Petronas Malaysia Grand Prix 2012 di sini. Atau boleh juga ikuti perkembangan melalui sosial media:- Twitter dan Facebook.

Layan gambar? semua gambar out, maafkan saya. Semua popup flash. [+__+]

Antara rakan blogger yang turut hadir. Mereka dari rakan media blog paling popular Malaysia πŸ˜€
Wakil media cilik dari Kujie2.Com jugak tak lepaskan peluang.
Kereta atas kepala kau.. kagum.. kalau ade orang lemah jantung tak bleh ni..
Amboi Angah... siap dapat Green-Light dari mama dia plak tu.. ni rasa jeles ni :p
Kalau bukan blogger, jangan harap nak dapat sandar kat kereta ni untuk bergambar ok!
Sesi yang ditunggu... lepas dah puas bergelak ketawa, sesi makan malam!

Pandangan peribadi: Langkah pihak penganjur Petronas Malaysia Grand Prix 2012 yang menjemput blogger sebagai media terawal untuk tujuan promosi adalah satu tindakan bijak yang patut dicontohi oleh penganjur karnival yang lain. Anda sudah semestinya akan mendapat liputan awal berbanding media lain. Syabas kepada Petronas Malaysia πŸ˜€

Nota : Aku patut beli Speed Light la.. rugi la kalau datang event macam ni… semua gambar aku out.