Setelah hampir seminggu aku fokus buat template baru. Hasil usaha bersama-sama rakan-rakan What’sApp yang banyak bagi idea. Mijie, Kak Long, Puan Bee, Kak Kujie dan jugak Kak Yan. Biasalah AJK What’s App warga Siri Ke-3 dan ke atas.. hahaha.. dan juga warga hampir menuju ke Siri-3. Apa yang aku boleh rumuskan, hasil ni aku mengambil kira antara citarasa aku dan jugak citarasa kesemua mereka di atas.

Sehabis boleh nak buat minimal. Sekarang ni boleh dikatakan musim template ringan, minimal dan jugak responsive. Tak lupa juga… rupa bentuk mesti nak sama macam Windows 8 punya scheme. Untuk mengekalkan perkara tersebut adalah amat payah bagi aku yang sangat baru dalam bidang Themes Design. Memang ada la boleh nampak cacat celanya. Erk… tapi bagi pencapaian diri sendiri, I just proud with my self, I can create one-lah.. rather than RAP orang lain punya themes.

Rupa dia kalau dah dalam screen wide. Ni test kat Chrome dengan screen 21″

Banyak function untuk themes ni. Ianya adalah siri kesinambungan dari themes versi pertama aku iaitu themes PhotoBlog – Amirul Amin. Segala apa keistimewaan dari Template Amirul Amin, akan aku bawa dalam template yang baru ni, ini termasuklah, Themes Option, built in plugin “Saya telah membaca post ini”, built-in plugin tentang penulis, function BIG-PICTURE dan macam-macam lagi perkara baru yang akan aku bawak ke dalam tema ni.

Owh yang ni plak bila berscreen kecik. Susunan kotak-kotak entri tu bertukar

Terima kasih sekali lagi untuk rakan-rakan yang banyak kasik moral support dalam menjayakan template kali ni. Tapi maaf, template ini adalah untuk pengguna WORDPRESS. Kepada rakan blogger, cepat-cepat la pindah ke WORDPRESS ya.

NOTA & Disclaimer – Rupa bentuk pada main page, ada laaaaa rupa dia macam AMANZ.My. Nak buat macam mana AMANZ… sekarang musim Window 8 TILES. Hehhehe…

NOTA2 – Owh ya… sebarang komen dan cadangan membina… amat dialukan kerana template ni masih lagi dalam proses pembangunan dari kertas putih (scratch). Salam hujung minggu.