Nak citer mane yang dulu. Citer pasal mengamuk sakan semalam. Ni kesah pasal yang tak pasal-pasal aku kene bayar P1Wiggy. Kesah cerita yang dah lama berlaku… Ini rentetan dari peristiwa masa aku hadiri sesi fotoshoot dari pihak P1Wimax pada tahun 2010. Sebagai loyalty dengan aktiviti sukarela tu, aku diberi satu P1Wiggy untuk digunakan selama setahun langganan percuma beserta travel note RM50. Ok fine…. Lepas tuuuu…

Masa berlalu agak pantas. Sebabkan aku dah lame tak berminat dengan P1Wimax, sebab kawasan liputan pada ketika tu (2010) masih kurang memuaskan… aku putuskan untuk menghentikan perkhidmatan. Sila ambil perhatian… pada ketika tu… aku pernah melanggan P1Wimax yang jenis desktop. So, aku terminate la sebab line memang bermasalah selang sebulan lepas fotoshoot pada masa tu (Sekarang aku tak pasti). Pandai tektik pemasaran kan???Aku dah puji melambung-lambung… lepas tu line camgampang!

Dipendekkan cerita, dalam kontrek agreement fotoshoot aku, mereka tadek pon cakap yang selepas satu tahun… aku kene bayar charge penggunaan ataupon kalau tanak pakai… kene pulang balik. Nakharam… sekarang ni bill dah mencecah hampir RM500. Padahal P1Wiggy loyalty selama setahun tu cuma 2 3 kali jer pernah aku online. Itupon sebab aku nak tahu sejauh mane perkembangan P1Wimax kalau guna P1Wiggy. Memang ternyata tidak seperti yang aku harapkan jugak.

Setengah jam eh? Tak perasan plak... sorry ler sebab jadi tempat melepas kemarahan :p

Melepaskan geram sampai aku jadi macam orang meroyan lepas bersalin… habis semua twitter handler P1Cares kene basuh dengan aku. Sampai depa terpaksa telepon nak selesaikan masalah yang aku tweet kat twitter semalam. Dia cakap… pasal soal bill tu… boleh waived semua sekali…. Dengan syarat… aku kene pergi terminate dan pulangkan balik modem. What da FART? Modem pon tak tau kemana aku lempar. Dalam kontrek aku tadek pon dia cakap aku kene sambung bayar selepas setahun ataupon aku kene pulang balik. Ni yang aku tak puas hati ni bhaiii~

Suka aku ingatkan kepada pihak P1Wimax, dalam kontrak perjanjian aku… aku ada hak untuk pada bila-bila masa membatalkan penglibatan aku bersama P1Wimax. Disebabkan penyertaan dan perjanjian ini adalah sukarela. Dengan itu, aku menyaran supaya pihak P1Wimax membuang segera semua video ataupon gambar aku dari pengiklanan mereka sama ada media cetak mahupun media digital. Jelas? Tentang soal bill, bukan masalah aku…. dan kenapa pulak aku perlu bayar? Sebab? Sekali lagi aku ulang…. tiada syarat yang menyatakan aku perlu melanggan P1Wiggy setelah tamat setahun percuma mahupon syarat yang mengarahkan aku untuk memulangkan balik mende alah tersebut. Itu bukan masalah aku.

Bukti bergambar dan surat menyurat akan aku sertakan pada catatan ini sekiranya terdapat sebarang aduan tidak puas hati dari pihak berkenaan. Owh yeee… Aku akan ke ibu pejabat P1Wimax dalam masa terdekat untuk selesaikan masalah bill tu. Serabut aku dok hantar email.. dok sms… lepas tu… siap call suruh aku bayar… Ye konfem… kau akan dapat maki hamun aku!

Cukup citer lepas geram. Aku nak nasihatkan kepada kawan-kawan yang berasa nak sain apa-apa juga kontrak dengan TELCO atau ape-ape kontrek, sila simpan salinan kontrak tersebut. Hari ni mungkin janji manis… besok lusa menanam tebu dipinggir kali rikitik… rikitikkk… BATAK LAAAA~

Jalan yang aku kene lalu setiap hari untuk sampai ke office selepas simpang tiga kat depan

Dah sekarang nak cakap mende pon tak tau dah pasal kesah gambar kelaut tu. Semua emosi terganggu sejak awal petang semalam dok membalas tweet P1Cares. Terus aku tadek mood nak shooting gambar pencawang elektrik. Dapat la satu dua… semua cam lahanat jugak. Lepas tu… start kereta… pergi carik air terjun. Nak tengangkan perasaan sorang-sorang sambil hilangkan serabut.

Sebelum ke air terjun... sempat tangkap gambar ni. Kebetulan ade orang tengah welding
Selector switch. Ni saje aku tangkap sebab besok nak submit kat boss gambar closeup ni.
Ni la diantara artwork kelaut... inilah yang akan jadi kalau sambil marah.. lepas tu nak tangkap gambar
Hancur semua angel... composition... colouring... demmm!
Entah kenapa.. makin aku tengok.. makin tak puas hati....
Air pon agak berlumut... boleh bau lumpur-lumpur bila closeup dekat-dekat
Mujur tak tergelincir masuk dalam air... lumut penuhhh!
Air mengalir tak deras. Tapi awas... mungkin boleh tergelincir...
Tapi mungkin ada yang tak percaya... gambar yang kat atas tu sebenarnya dari lanskap air terjun kat depan office aku.
Bila balik rumah... tengok muka anak... walaupon nakal tapi bijak dan penenang jiwa. Alhamdulillah...

Nota: Besok akan ke HQ. Baru teringat… duit taska Amirul belum bayar lagi… adeeiii… acanner ni? Tu laa… P1Wimax dok sebok suh bayar bill… tak ku layan derr~