Semalam sempat aku layan main macro sebab nak tangkap gambar lens

Bukan ape la kan.. bila aku layan macro ni.. aku rasa macam boleh masuk ke dunia habuk-habuk. Dunia yang hanya mampu diterokai oleh lensa makro dan seangkatan dengannya. Seronok ape tengok susunan gambar lense bila ditangkap pada jarak “close-up”. Owh ye… ini adalah lens faveret tahun 2011. Tahun ni aku rasa nak let-go lens ni sebab aku dah stick dengan manual lense iaitu Samyang 80mm f1.4.

Banyak jugak la jasa lens ni pada aku, termasuk masa outing bersama dengan sifu ZamFoto kat taman burung tempoh hari. Result dari lense ni memang tak kecewa la. Sangat bagus untuk mereka yang suka motor-sport photoshoot dan sebagainya.

Nota: Aku masih lagi membuka peluang untuk sesiapa saya yang ingin mengiklankan produk anda di blog aku untuk aku review. Tak lupa juga kepada agensi-agensi NGO mahupon kerajaan, kalau nak buat promosi, bolehlah email kepada admin[at]azmanishak.com.