Hok bestnye... sebab habuk halus-halus pon nampak... layan dowh~

Kiranya ini boleh dikategorikan sebagai siri kedua untuk kembara ke dunia separa macro. Belum fully macro lagi sebab aku belum beli extension tube untuk jadikan kit-lense sebagai macro lense. Modal dia murah. Macro Extension Tube tu harga dia dalam lingkungan RM35-50 untuk tanpa sensor elektronik. Bermakna kawalan 100% adalah manual.

Dengan menjadikan papan litar cakera keras sebagai subjek close-up

Untuk artwork cakar ayam hari ni,  aku cuma gunakan Close-up +8 Filter untuk snap gambar sedekat mungkin dengan subjek. Sekarang ditambah flash, ada la sedikit perbezaan untuk Close-up artwork hari ni kan. Tapi agak kecewa, dah berapa hari dah aku dok main flash, tapi bateri tak tukar. Nak kene beli bateri rechargeable la lepas ni.

Processor dan pensil. Macam mane la mende kecik-kecik macam ni dia orang buat!!!

Aku bermain macro ni bukan pasal ape, subjek fotogenik amat susah nak carik, lebih-lebih lagi waktu pejabat. Daaannnn dalam masa yang sama pulak, opis aku terpencil kat Sungai Buloh. Nak ambik street view tu macam malas pulak sebab kalau dah pukui 12.00 ni, konfem panas tak hengat. Ape boleh buat… hobi mesti diteruskan. Aku tanak pergi jauh, jadi aku setup satu macro studio untuk aku lepaskan gian menekan butang shutter.

Layan gambar lagi? Jom!!!

Ya sekarang kita berada di Bandar Elektronik Taiwan.. di belakang sana terdapat sebuah bangunan berkaki lipan. Cerah betoi, ade UFO dari atas suluh ke bawah
Susunan deretan kedai makan yang berhampiran dengan kilang pengeluar. Selamat datang ke Taiwan Electronic
Tempat letak kereta yang tersusun.. kekeke... siap ade nombor reserved
Menuju ke salah satu pintu keluar kedap udara. Bahadian ini akan keluar ke gate utama.
Kilang pengeluaran yang sentiasa sebok dengan kenderaan lalu-lalang disekelilingnya
Walaupon berdekatan dengan tangki air, masih ramai jugak yang meletakkan kenderaan. ish ish ish
Antara pekerja yang sedang bertungkus lumus di janakuasa elektri yang berwarna biru.
Tolongg... ada seorang pekerja obesiti telah tercedera semasa melakukan tugas di kilang!!!
Pintu masuk untuk kenderaan elektronik macro ke bahagian lalulintas digital.
Sebuah kapal angkasa bersiap sedia untuk berlepas dengan putaran 360° tanpa henti
Tuan... nampaknye sistem radar kita telah mengesan sesuatu pada Kawasan E7 dan E20
Kawasan pembinaan yang sentiasa sibuk 24jam tanpa henti. Owh ade kemalangan lagi!
Anak-anak pekerja yang berpusu-pusu pulang dari sekolah beratur menuji ke bas kuning.
Terdapat beberapa buah resort berhampiran dengan pantai.. ada yang ditenggelami air laut.
Sebuah kota makro elektronik yang sebok dengan rutin harian.
Sampai bertemu lagi di masa akan datangg... kapal angkasa dah nak berlepass, bye!

Nota: Tapi tu la kan masalah dia bila bermain macro… mata aku dari tadi dok kabur sebelah. Ditambah suluhan flash dan jugak tempekan dSLR pada muka dengan rapatnya sebab nak elakkan gegaran sewaktu menekan butang shutter.