Aku dipaksa tengok jugak la Anugerah Bintang Popular Berita Harian Malam tadi. Bukan sebab nak tengok Encik Aaron Aziz ataupon Lisa Surihani. Tapi sebab nak tengok persembahan selingan sepanjang majlis tu. Banyak jugak persembahan yang boleh aku katakan kagum. Ini termasuklah Faizal Tahir dan lain-lain.  Aku agak jarang berceloteh pasal artis sebab tiada kelayakan dalam bidang ni.


Untuk malam tadi, walaupon persembahan duet Ziana Zain dan Lan Typewriter agak pendek, tak berapa nak puas, tapi aku teruja gile dengan vokal kedua-dua artis ni. Dimulakan dengan Lagu Anggapan Mu yang dimulakan oleh Lan, kemudian berganding dengan Ziana Zain… fuuuu…. kagum gile dengan ketulinan vocal dan high piching kedua-dua artis ni. Nak kata berdiri bulu roma tu tak la. Tapi, ringkasnya adalah SALUTE!

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang 😀

p/s: Boleh tahan jugak Akak Ziana nyanyi lagu Untukmu kan… sampai terkeluar urat. Tapi aku rasa persembahan vocal terbaik adalah diaorang berdua malam tadi.

NOTA: Setiap pagi, sebelum pergi kerja mesti nak dengar celoteh Cik Fara Fauzana, Faizal Ismail dan jugak Ucop di Hot FM. Lapang perjalanan walaupon JEM tak hengat masa lalu Kota Damansara. Sindrom gelak dalam kereta sorang-sorang secara serentak setiap pagi tu, aku memang akui kebenarannya. Hahaa..