Assalamualaikum dan salam ceria kawan-kawan. Agak lama juga saya tak menulis di depan komputer seperti mana kebiasaannya. Tugas dan tanggung jawab dalam kerjaya yang baru ni amat mencabar jadi perlu lebih berhemah untuk uruskan masa. Kene bahagi yang mana satu untuk kerja… yang mana satu untuk tea-time.
Baru sebentar tadi saya memeriksa kandungan email. Setiap satu… kebiasaannya saya suka bukak dan belek. Ini termasuk la SPAM atau SCAM email. Mula-mula tengok email ni daripada Sony. Dia perkenalkan diri untuk jadikan saya sebagai Sony Reviewer. Wahh… menarik tertarek arr… Tapi mana la mamat dengan minah dari Sony ni kononnya dapat email aku???
Email tersebut membawakan saya ke satu laman web yang seperti tertera di atas. Dengan tawaran Sony NEX5, sapa pon boleh cair. Hanya dengan menjawab soalan yang ringkas, anda akan berpeluang mendapatkan sebiji Sony NEX5 apabila anda meneruskan langkah seterusnya iaitu memasukkan nombor telefon. Ahhh…. CRAP~ Sila jangan bermimpi. Tadak sapa nak bagi benda yang harga ribu-riban dengan hanya 1 soalan mudah dan masukkan nombor telefon ye.
Nah nampak tak? Kene jawab lagi soalan… dah la setiap satu soalan akan di charge RM4.00. Kali pertama jawab… betul… kali ke dua.. betul… kali ketiga pon betul.. masuk kali ke empat??? Dah mula salah… proses akan di ulangi semula. Tarikh tutup penyertaan ini adalah pada bulan Januari 2011. GILERRRR… berapa banyak nak kene bayar? Muahahaa…. Baik anda beli jer kamera tu cash, dari jawab soalan yang belum tentu dapat hadiah tu.
Nota: Sikap orang kita…. Dah senang… nak senang lagi…. “Menipu untuk teruskan kehidupan” Itu lumrah zaman sekarang. Ingat ye… sila berhati-hati.
Nota2: Saya nak format komputer dan memasang UBUNTU 10.10. Selamat tinggal kepada Windows.
Test lagi @ Kaki Komplen Malaya
27/11/2010 @ 7:25 pm
[…] Anda mahukan Sony NEX-5? […]
dedoku
04/11/2010 @ 10:57 am
Scam mmg macam2..dulu pernah gak terkena seklai
pastu da tak join da mende alah macam ni..
moralnya: baca terms and condition yg biasanya dorang tulis super kecil fotn tu.. :lawak:
ubuntu 10.10. cayalah bro..try r..best, da cuba pun
.-= dedoku entri terkini blog ..Tutorial- Cara Install Driver Genius Full Version =-.
Azman Ishak
07/11/2010 @ 6:43 pm
series.. bace dan tengok. mende alah tu pon macam gampang gak. tulisan kecik cenonet. siot jer :tention:
CIkgu Hairul
02/11/2010 @ 2:55 pm
Menarik betul modus operandi mereka nak dapatkan duit. Fuhhh.. janganlah sampai tertipu.
.-= CIkgu Hairul entri terkini blog ..Pusat Internet Desa =-.
Azman Ishak
07/11/2010 @ 6:42 pm
aku pernah terkena sekali. mujur sempat turn off services.
zik
02/11/2010 @ 10:44 am
macam2 taktik deme nie… tuh baru sorang.. kalau ramai… kan dah untung diaorang tuh… wah sudah pasang ubuntu… jangan terbuntu sudah…
.-= zik entri terkini blog ..Harga minyak ron 97 naik 5sen!! =-.
Azman Ishak
07/11/2010 @ 6:42 pm
bro hang bile lagi nak pasang ubuntu? :sengeh:
Azman Ishak
02/11/2010 @ 12:44 am
hoyeah… kasik aku pakai seminggu. then aku buat review. :sengeh:
jawatan kosong
01/11/2010 @ 8:43 pm
tak de namanya mudah dapat suatu barang bro.. ide tu memang la kreatif. Banyak orang kena tipu sudah :matila:
.-= jawatan kosong entri terkini blog ..Thalgo La Beaute Marine Vacancies PR- Sales- Admin in Shah Alam =-.
Azman Ishak
02/11/2010 @ 12:47 am
orang ni lagi suka jalan mudah untuk dapat kemewahan. tapi cuma sementara :wek:
mijie
01/11/2010 @ 4:01 pm
memang kreatif manusia sekarang lakukan untuk menipu,
tahniah bro dah pakai ubuntu
.-= mijie entri terkini blog ..Tahniah Kelantan menang Piala Malaysia 2010 =-.
Azman Ishak
02/11/2010 @ 12:46 am
kembali ke zaman command prompt kot. dah tiba masanya :sengeh:
h3r0
31/10/2010 @ 12:11 am
Aku tak tertipu.. he he he…
Ubuntu dengar cam sempoi je… nnti leh review…
Azman Ishak
02/11/2010 @ 12:45 am
insyaallah.. kasi seminggu ok.. :sengeh:
dnoBiz
30/10/2010 @ 5:00 pm
semua nye nak senang termasuk la senag ditupu :sengeh:
.-= dnoBiz entri terkini blog ..Tugasan Hari Jumaat – Riadah Di Masjid =-.
Azman Ishak
02/11/2010 @ 12:45 am
reply msg kne byaq… hantaq pon kne byaq hak…
afiqaiman
02/11/2010 @ 1:47 pm
mampos la mcm tu…hadoi..mmg sangap duit ke apa depa tu
.-= afiqaiman entri terkini blog ..Film Review – Estet =-.
dnoBiz
03/11/2010 @ 12:13 am
salah dia dapat duit betul pun dia dapat duit hehehe 😀
baik punya teknik
.-= dnoBiz entri terkini blog ..Pak Hitam – Empat warga Nigeria belasah lelaki beri teguran =-.
Piston Pecah
30/10/2010 @ 11:13 am
pandai sungguh cari duit mereka-mereka itu
.-= Piston Pecah entri terkini blog ..Lancer Vs Inspira =-.
Azman Ishak
02/11/2010 @ 12:44 am
biasa la… dah senang… nak senang lagi. :sengeh: