Salam ceria untuk rakan-rakan semua. Nampaknya dah seminggu saya menggunakan UBUNTU sebagai sistem operasi. Dan… dalam masa yang sama jugak la, saya ni dok sebok dengan tugas seharian. Agak lama juga saya tidak berkongsi maklumat bersama anda semua.

Untuk kali ini saya nak bercerita sedikit tentang sistem operasi yang berasaskan LINUX. Untuk bercerita dari segi teknikalnya, saya yakin, saya bukanlah layak. Mungkin dari segi keghairahan menggunakannya UBUNTU10.10 dapat diceritakan pada catakan kali ini. Sebelum itu, untuk sesiapa yang berminat menggunakan sistem operasi dari UBUNTU, anda boleh muat turunnya di sini secara percuma!!!!

Ok, sebelum anda menggunakan sistem operasi ini, pasti mungkin ada di antara anda ingin mengetahui testimoni kan? Ape best sangat ke UBUNTU ni? Dah nak masuk perenggan ke tiga, masih jugak belum bercerita. Nak tau???? meh sini saya cerita….

Kelajuan

Ye…. kelajuan adalah perkara pertama yang perlu anda fikirkan sekiranya beralih kepada sistem operasi yang baru. Kelajuan ini bukan sahaja kelajuan memproses aplikasi yang anda ingin jalankan, malah kelajuan sistem ini memproses capaian internet. Amat mengejutkan, jika sebelum ini saya bersama Windows 7 dan menggunakan Mozilla Firefox untuk melayari internet, capaian tersangat-sangatla lemau. Meskipun saya dah tweak semua “option” untuk kelajuan Firefox. Sebaliknya pencapaian yang agak memberansangkan setelah bertukar kepada UBUNTU. Kelajuan internet bertambah mantap!!!

Percuma

Nama pun dah “Open Source” atau dalam bahasa kita adalah Sumber Terbuka. Saya pernah satu ketika dahulu membaca artikel mengenai perbandingan Windows dan Linux. Apa yang artikel itu rumuskan adalah:- “Sekiranya anda menggunakan Windows, anda hanya diberi TINGKAP. Sebaliknya dengan LINUX, anda akan diberi sebiji banglow.” Segalanya percuma dengan UBUNTU.

Paparan Antaramuka

Paparan antaramuka atau dalam bahasa Inggeris adalah “user interface“. Sekali anda dah cuba… mungkin anda tak mau lagi berpatah balik ke Windows. Ciri-ciri effect yang membuatkan anda rasa anda seolah-olah menggunakan sistem operasi dari angkasa lepas. Ini termasuklah 3D Switching Effect.

Ruang Kerja

Linux UBUNTU memberikan anda sehingga 4 ruang kerja (workspace) yang saya tahu. Atau mungkin lebih? Saya masih menggunakan 4 ruang kerja (default setting). Dengan UBUNTU, anda boleh membahagikan ruang kerja terhadap skrin komputer anda. Ini bermakna anda seolah-olah mempunyai 4 monitor untuk sebiji komputer? Hey… bukankah saya dah katakan tadi… “Anda mendapat sebiji bunglow” ???? Cuba lah bandingkan dengan Windows yang semak dengan taskbar kalau tak pandai nak uruskan.

Gedung Perisian Percuma

Saya tidak perlu bandingkan dengan Windows sebab anda akan dapat tingkap, tapi untuk sistem operasi UBUNTU 10.10 ini didatangkan dengan Gedung Perisian Percuma iaitu diberi nama UBUNTU Software Center. Carilah apa sahaja yang anda inginkan disini. Kemudian, terus pasang kedalam komputer anda. Tidak perlu lagi anda risau untuk mencari “keygen“, nak bayar lesen perisian dan sebagainya.

Tanpa Virus??

Perlukah anda belanjakan ratusan ringgit untuk melindungi komputer anda dari serangan virus? Rasanya tak perlu bazirkan diri kot? Disebabkan ianya sumber terbuka, maka kurang yang mendengki dengan UBUNTU. Core daripada Linux ini membolehkan sesiapa sahaja yang mampu membangunkan sistem operasi mereka sendiri. Pendek kata, semua orang mampu menjadi maju dengan Linux.

Print Screen

Print screen dan terus simpan? Ya betul, anda tidak perlu lagi tercari-cari aplikasi apakah untk menyimpan Print Screen tersebut. Tekan saja butang Print Screen, satu popup untuk menyimpan image print screen anda akan muncul. Atau mungkin juga anda inginkan kelainan??? Anda boleh gunakan Shutter. Aplikasi ini akan terus memuat-naik image anda ke hosting penyimpanan image percuma. Anda tidak perlukan kata laluan dan sebagainya, tetapi terus membolehkan anda mengambil “direct URL” untuk kegunaan anda. Untuk dapatkan applikasi ni, pergi ke terminal (alt+f2) dan taip:-

sudo apt-get install shutter

Untuk pengetahuan anda semua, info bergambar pada kali ini saya menggunakan Shutter 100% bagi membantu saya memudahkan kerja-kerja berlog menggunakan imej. Kesemua imej ini tidak disimpan didalam hosting ini sebalik disimpan ke dalam ImagesHack.

Bercerita pasal kebaikan sahaja adalah amat tidak wajar. Di sini saya boleh rumuskan beberapa perkara tentang kelemahan dalam sistem operasi ini.

  1. Tercari-cari!!! maunya tak tercari-cari.. sebelum ni pakai Windows tiba-tiba di UBUNTU agak berbeza di situ. Ini adalah kelemahan pada diri sendiri la..
  2. Sesetengah applikasi (software) mempunyai interface yang agak berterabur.
  3. Masih belum banyak applikasi hebat dibangunkan untuk Linux, sebab masih ramai yang nak ambik untung atas kelemahan Windows.

Nota: Entah lah.. saya jumpa 3 je buat masa ni… yang lain tu… rasa erk.. macam tadek ape-ape pon. Malah semakin best bersama UBUNTU. Segalanya percuma dan boleh dieksplore sendiri. Lagi satu apa yang best menggunakan UBUNTU ni, orang pon tak berani nak pinjam komputer. Hahaha… ada rakan saya yang bertandang ke rumah… cakap saya pakai komputer Alien.

Nota2: Jujur saya katakan… saya masih rindukan Photoshop!