Intai kami antara nampak by aimedianet

Intai kami antara nampak, LiveBlog melalui akaun AI MEDIA NETWORK (aimedianet) di Flickr.

Cak ponngggg… Cak pongg… Halah halah kesian, kene kerja full week ye bang? Nak buat acanner acik? Dah nasib kome le macam ni. Bukan mengeluh, sekadar melepas lelah seketika. Masih lagi mengejar dateline dalam menyelenggara infrastruktur rangkaian dipejabat.

Besok dah hari Isnin. Rata-rata boss besar akan ada dipejabat. Bayangkan… Bayangkan…. Bayangkan…. Kalau tugasan pada minggu ni tak disiapkan dengan segera…. Acik boleh bayangkan yang kojap lagi bortingkek-tingkek la komplen yang datang.

Cengginilah rutin harian seorang pentadbir rangkaian dan sistem. Kalau stakat kene maki hamun tu, dah kire ulaman. Pengguna cume tahu, semuanya berfungsi dengan baik. Apa yang aku mampu, adalah memberikan hasil tugasan yang baik melepasi tahap jangkaan. Jika termampu.

Psssttt… Dengar khabarnya, bulan depan mungkin akan diterbangkan ke Sarawak. Kemudian ke Thailand pulak. Rasanya nak ambil initiatif nak bawak anak isteri terbang bersama. Insyaallah… Harap ada rezeki. Amin…

Thanks,

Azman Ishak.