Novel bersiri bekas perokok : Setiap hari, tanpa gagal. by aimedianet

Novel bersiri bekas perokok : Setiap hari, tanpa gagal., LiveBlog melalui akaun AI MEDIA NETWORK (aimedianet) di Flickr.

Aku boleh katakan, rasa ketagih untuk merokok semula tu memang tinggi. Toksah nak tipu la. Lagi kan pulak ianya dah menjadi habit sekian lama aku hidup. Dari ke zaman remaja hensem… Sampailah ke dewasa kacak. Rokok tak tinggal.

Fuiiii memang berat… Cukup berat nak berhenti. Nkorang yang tak isap rokok tu, kalau ada kawan-kawan yang kata sedang usaha untuk berhenti merokok, aku nasihatkan, bagilah mereka semangat. Ia bukan satu perkara mudah untuk dilaksanakan dengan kejujuran diri sendiri. Kerana pilihan untuk merokok semula di tangan si perokok tu.

Cuma pada aku…. Kata-kata semangat yang aku pegang untuk tidak merokok semula adalah:-

"Kalau ditakdirkan sampai ajal nanti, aku nak, aku bukan pergi sebagai perokok"

Ni bukan kata-kata buang tebiat ye. Ini kata-kata janji untuk diri sendiri. Untuk rakan-rakan yang berhasrat nak berhenti merokok, aku ucapkan BAGUS! TAHNIAH… Tetapkan tarikh, dan berhentilah. Jangan cuba-cuba. Kamu kene lawan. Jika gagal… lagi…. Kumpulkan semangat, tetapkan tarikh… Dan berhenti… Begitulah caranya!

Tiada istilah hendak "cuba berhenti", sebaliknya "aku mahu berhenti terus". Jika anda hendak cuba, bermakna anda memang tidak ikhlas nak berhenti dan belum bersedia untuk berhenti. Aku bercerita atas pengalaman diri sendiri. Aku tau susah… Aku akui. Berani? Bertindak lah sekarang… Buktikan, sehari, seminggu, sebulan… Dannn selamanya. Selamat berjaya!

Thanks,

Azman Ishak.