Live Update: 8 Aug ’10, 2.01am MYT PST
Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95
Masa ni semua rasa, sebak… pilu… risau… gementar… nak nanges… Series tak sanggup tinggal Cik Adik duk sorang-sorang bertarung nyawa tanpa diri disisi. Kalau boleh masa ni nak sentiasa ada kat sebelah dia bagi semangat, nak suruh dia relaks….
Tiba-tiba nampak staff nurse tolak trolley baby. Qiutnye… Baby sapa agaknya? Sorang demi sorang baby keluar… Saya masih lagi di depan pintu masuk wad bersalin. Mundar mandir. Pegang itu tak kena… Pegang ini tak kena.
Nak bagi hilang stress, layan twitter…. Sekali lagi nampak isteri orang lain pulak ditolak masuk ke dalam wad bersalin. Fenomena biasa kelihatan. Sang suami pulak akan menunggu kat luar.
Macam-macam rupa ada. Muka sugui, muka tension, muka penat, muka bebal, muka berdebar-debar. Termasuklah muka saya yang cuba buat muka tak bersalah. Hehe…. Dalam hati, sapa yang tau. Masa ni 1001 macam suara bisikan terdengar kat telinga tau.
Imaginasi, halusinasi, mimpi dan realiti tengah bercampur-campur. Kepala agak bler nak bezakan semua tu. Cuma bebawak la baca apa yang patut. Ada brader sebelah ni dah macam meracau ape tah sudah. Kiri tak kena, kanan tak kena. Kejap batuk, kejap dia tersedak sorang-sorang, kejap lagi dia menggelupur dua saat. Naik risau pulak. Ingat senang nak hadapi perkara macam ni.
Masa bujang dulu-dulu, tak pernah pikir pun pasal perkara ni. Sekarang ni, lalui pengalaman sambut baby sendiri tanpa ada siapa pun yang teman. Berbekal semangat nak jadi bapa, gagahkan jugak meskipun dalam keadaan cuak giler dan tak pernah ada pengalaman.
Nota: Ya Allah, selamatkanlah Isteri dan anakku. Permudahkanlah segala urusan baginya, amin….
Nota2: I love you sayang. Always forever.
zik
09/08/2010 @ 11:45 pm
yeay…dah dapat burday boy….. 😉
.-= zik entri terkini blog ..Daun Stevia kawal gula dalam darah =-.
Kronologi kelahiran Muhammad Amirul Amin B. Muhamad Azman | AzmanIshak.Com
08/08/2010 @ 11:56 pm
[…] dewasa)… hampir beberapa jam menunggu dalam resah dan gelisah telah pun saya catatkan pada catatan di sini. Rasa agak terkilan sebenarnya, saya tidak dibenarkan masuk ke dalam wad bersalin. PPUM masih belum […]
NADRI
08/08/2010 @ 3:57 pm
tahniah diucapkan..makin meriah sambutan hari raya tahun ini dengan kehadiran org baru… :bagus:
p/s:klu tak silap skrg nie suami blh temankan isteri dibilik bersalin kans??
.-= NADRI entri terkini blog ..Top 5 Webhosting Malaysia Berdasarkan Rating Pengguna =-.
eyra
08/08/2010 @ 2:58 pm
congrats baby 0808 🙂
adamfaiz
08/08/2010 @ 1:59 pm
Tahniah bro…hero pertama…bang ok kan? Jangan jad cam member aku, takbir raya yang keluar.. 😀 :lawak-gile:
.-= adamfaiz entri terkini blog ..Jodoh Di Batang Pokok =-.
mijie
08/08/2010 @ 12:16 pm
tahniah bro dapat baby boy, semoga ia menambahkan kecerian dalam keluarga, ameen
.-= mijie entri terkini blog ..Cara masukkan lagu ke dalam post di blog =-.
idalara
08/08/2010 @ 11:09 am
Rasa hiba je baca coretan perasaan ko man….Alhamdulillah..(mungkin masa ni dah selamat ).kalau ko rasa mcmtu apa lg seorg ibu yg bertarung nyawa nak melahirkan zuriat ko tu….pengalaman yg tk boleh dapat kat mana2..akak ada pgalaman mengandung sebanyak 7 kali…sakit derita pedih sengsara.dan bahagia dah rasa..bersalin 4 kali, operation,normal, forceps..cukup semua..
oleh itu hargailah seorang isteri…dan ingatlah sampai mati pengorbanan seorg isteri melahiran zuriatmu.
.-= idalara entri terkini blog ..Hari ini =-.
muhammad fakhruddin
08/08/2010 @ 9:47 am
Tahniah atas kelahiran anak sulung :sengeh:
Moga sentiasa dilimpahi rahmat dan berkat sempena kelahiran ini sedang Ramadan mendekat.
.-= muhammad fakhruddin entri terkini blog ..Arabic 101-Tourism-??????? =-.
ishak
08/08/2010 @ 8:53 am
kami doakan agar isteri dan anak bro selamat..,amin….
.-= ishak entri terkini blog ..Tujuh keajaiban dunia 2010 yang aku suka =-.
Kehidupan seorang pengaturcara bebas | Eizil.com
08/08/2010 @ 8:51 am
[…] yang menggembirakan, dari berita kejayaan, ada yang telah selesai melalui sangat-sangat yang getir dan pelbagai lagi perkara yang pasti akan memberikan senyuman kepada setiap individu yang […]
Kujie
08/08/2010 @ 8:01 am
Tahniah atas kelahiran anak lelaki pertama dengan selamatnya…. anak dan isteri dalam keadaan selamat dan sang bapa dah tak makan kucing nak beranak lagi! hehehehe
pengalaman ini kekal sampai bila2…..tiap detik bila ternampak kelibat wajah anak. Hargailah apa yang telah dianugerahkan Allah , jaga mereka elok-elok. Itu amanah. ( pandai cakap je…. anak2 sendiri pun kadang2 tak terjaga juda …. hehehe )
cuci tangan bersih2 kalau nak kendong baby tu…. kalau ada org selesema jgn bagi dekat dgn baby ., hadkan pendedahan baby dgn ‘orang asing’ – bagi dia selesa dan sesuaikan diri dgn dunia baru dulu. dunia baru the movie…. :wek:
tahniah mr & mr Kreuger
.-= Kujie entri terkini blog ..Video Balasan Kepada Mak Mohd Khairuddin =-.
Bapak
08/08/2010 @ 7:06 am
semoga semuanya selamat…
.-= Bapak entri terkini blog ..Khalish sudah dapat kaki =-.
mrnamie
08/08/2010 @ 3:34 am
bawk bertenang bro.. tak tahu lak kalau masa aku nanti macam mana.. aku ni dah la jenis gemuruh sket.. hukhuk
.-= mrnamie entri terkini blog ..Makan malam di luar =-.
fahmi ibrahim
08/08/2010 @ 2:05 am
Molek dibacakan sesuatu. Masa ni la syaitan ramai duk nak serbu umat manusia yang suci murni lagi tu. Apapun apa yang terbaik untuk anda sekeluarga. Amin…
.-= fahmi ibrahim entri terkini blog ..Logo Baru IPG =-.
zaryl
08/08/2010 @ 2:05 am
nak aku pi teman ke bro? 😉
.-= zaryl entri terkini blog ..Muaturun Kertas Dinding Gambar Masjid Comel Percuma =-.