Credit to: http://kampungmampan.blogspot.com

Hari ni rata-rata boleh dikatakan, mak bapak dok sebok hantar anak ke sekolah. Bila dikenangkan kembali zaman masa saya memula masuk darjah satu, abah yang hantar. Erm… abah teman untuk daftarkan kelas jer. Lepas dah selesai, abah ambik masa dalam 5 ke sepulih minit memerhati dari celah tingkap. Hahaha… abah ingat saya tak nampak ke? Masih ingat lagi tau…. Maklum la… orang kata anak bongsu ni manja. Tambah pulak baru masuk sekolah kan.

ERRRrrkk… tapi saya bukan sebegitu. Memang saya yang bongsu. Tapi… saya dah diasuh dari kecil untuk berdikari. Dari kecik dah tadek mak… *sob sob.. sedey~ Tak pe la.. *REDO*. Ok… sambung balik cerita….  bila abah tengok saya rasa macam selesa jer berkawan… abah datang sekali lagi. Kali ni abah cakap, abah nak balik, nak masuk kerja…. “Tengah hari nanti abah datang ambik taw.” Dalam tegas tetap ada penyayangnya. Macam tu lah abah.

Tak tau kenapa tetibe pulak hari ni teringat kat abah dan zaman awal persekolahan. Masa mula-mula masuk kelas.. macam-macam perkara baru dipelajari. Maklumla… perubahan dari Pra-Sekolah kepada Sekolah Rendah, agak menjadi kejutan budaya di situ. Dalam berkawan, mesti ramai di antara anak-anak yang sambil berkawan, sambil dapat tambah koleksi perbendaharaan kata. Kekeke… termasuk la perkataan yang tak sewajarnya. Itu zaman saya sekolah tu.

Bila dikenang kesah tu… tetibe terfikir jugak yang akan tiba pada satu hari nanti, giliran saya pula berada di tempat abah sekarang yang sedang menghantar Amirul Amin pergi ke sekolah. Tak boleh nak imagine la macam mana Amirul Amin nanti masa sekolah. Hahaha.. mau haru dibuatnya.

Katakanlah… lepas balik sekolah… Amirul terus terpa saya atau mama dia dan bertanya:-

Credit to: http://static.guim.co.uk

“Abah/Mama… Kondom tu ape?”

Tak cukup tanah rasanya abah dengan mama dia nak mencarik jawapan yang sesuai kan? Ermmm… kamu rasa lah.. apa yang patut kita “describe” kan untuk kanak-kanak mudah memahami apa itu condom, guna untuk apa… tetapi ianya tidak menjurus ke arah KELUCAHAN yang kelak akan memalukan ibu bapa itu sendiri?? Hahaha…Fikir²~

Nota: Amirul masih dalam buaian… fikiran abah dia dah jauh melayang 7 tahun dari sekarang.

Nota2: Masih belum lambat sekiranya saya nak mengucapkan “Selamat Tahun Baru” untuk semua.