Panass…. panas…. ye ar kan, berbalik pasal kesah semalam… sape tak panas? Tak tau ler.. Xceli, kat sini aku terharu gak semangat bangsa kita. Still ade rase tanggung jawab pasal kesah yang berlaku sekeliling

Bukan kat sini bererti aku nak menduga sesape. Marah? Sape tak marah kalau bangsa dan agama kita dihina? Betoi tak? Rakyat Malaysia masih prihatin. *terharu.

Ade setengah orang kate… entri aku semalam pasal si adibahahmed semalam sebagai satu tindakan yang kurang matang. Wellll… bagi aku, aku ada alasan aku sendiri. Aku tak mau bersubahat… tak mau berdiam diri pasal mende ni. Sebelum ni, die ade buat jugak kan? Tapi tak sempat nak review… blog tuh dah close down. Tapi sekarang ni menggila balik.

Diam tak bererti bacul @ menurut @ bersubahat. Yup aku bersetuju. Aku tak sangkal pon pendapat-pendapat sedemikian. Bermacam-maam cara untuk menunjukkan yang kite ni protes, marah @ bengang dengan tindakan pemilik blog tersebut. Seribu satu cara nak menunjukkan marah dan protes… Tapi bagi aku, aku mengambil pendekatan yang mudah. Meskipon ade yang mengatakan aku ni blogger yang suke melatah dengan isu-isu macam ni.

*Lakum Di Nukum Wali Yaddin… aku tak kate ape pon pasai agama hang… then????

Tips:- Sekiranya nkorang nak review sebagai tanda protest, sila pastikan nkorang tak buat link untuk blog/website tuh. Sebab kalau 10 orang link kat blog tuh… bertambah-tambah la rating blog die… imagine kalau 100 blogger review citer yang sama & link ke blog tersebut…. kompom Google Crawler akan mempemeskan lagi blog tersebut.

Berbalik kepada TAG Line aku:- “It’s hard to be a responsible person.” Nko cakap pon salah… tak cakap pon salah… so terpulangl ar~ 😀