Dah dua tiga hari nak update catatan kat sini. Tapi dok asyik tertangguh jer. Maklumlah sekarang ni rutin harian dah berubah. Dalam sikit masa lagi menjadi teramat sibuk. Nak lompat blog pon tak sempat.. nak balas komen pon kadang-kadang ter-miss. Sekarang ni memang tadek cerita lain melainkan kesah Muhammad Amirul Amin yang belum lagi pulih sepenuhnya dari sakit kuning. Macam-macam pantang-larang semua di beri oleh ahli keluarga dengan kawan-kawan.

Malangnya, tak dapat nak ikut semuanya. Ada jugak ahli keluarga dengan kawan-kawan yang datang… tau komplen jer.. Tak pandai itu lah… tak pandai ini lah... Tak pe la.. tadek la nak kecik hati sangat pon. Anak sulung… memang la macam tu. Kalau nak dibandingkan dengan diaorang. Suruh kita buat tu buat ni…. bukan saya tak boleh, tapi nak meninggalkan isteri kat rumah sorang-sorang lepas saya pulak keluar nak carik barang barang, memang seriau jugak la. Isteri bukannya larat sangat pon.

“Ishh… nko kenapa tak beli… bla..bla… bla…”

“Cube nko pergi carik.. bla.. bla.. bla.. buat isteri.. lepas tu bla… bla.. bla.. untuk anak.”

“Itu la… dah tau nak bersalin kenapa tak prepare awal-awal… sebelum bersalin… pergi la carik… bla bla bla..”

Aaaah.. cukup lah.. nkorang ape tau… tau kondem jer. Nkorang boleh la… masa bersalin ade mak mertua, mak ayah datang jenguk.. yang kita ni.. terkontang-konteng handle sorang sorang. Nak kata kecik hati kat mak mertua atau mak sendiri tu tak la kan… Mak mertua saya baru jer lepas operation. Tahap kesihatan dia pon tak memuaskan lagi. Manakala mak saya sendiri kat kampung pulak bekerja. Memang susah nak dapat cuti. Kalau kerap cuti nanti dia kene berhenti pulak. Kita ni dah la sekali sekala jer hantar duit kat kampung… jadi??? Jawab la sendiri kan!!!

Kalau awak dalam situasi saya pon awak akan tension. Nak turut semua pantang-larang tok nenek… lepas tu saya terpaksa tinggalkan anak mengangis dengan isteri yang tak larat sorang-sorang kat rumah. Kalau jadi apa-apa kat keluarga saya? Akan keluar pulak statement:- “Tu la… orang dalam pantang kene jaga betul-betul..” ataupun “Ambik mudah jer… isteri dalam pantang.. suami keluar tak tau ke mana…”

Dugaan tu memang la dugaan. Tapi bab dugaan mulut orang ni memang tak larat la nak jaga. Cuma satu je nak pesan, jangan nak pandai jadi Nenek Kebayan kalau awak sendiri pon masa bersalin orang yang jaga… orang lain tolong uruskan awak dalam pantang. Saya ni tak kesah untuk menerima pendapat orang. Cuma pelan-pelan la saya akan uruskan secara berperingkat. Nak kene tengok jugak kalau anak tak meragam.. dia tidur nyenyak, jadi boleh la pergi ke kedai cari barang untuk menguruskan isteri berpantang ke ape ker….

Secara jujur, saya bukanlah seorang yang pandai itu ini terutama dalam bab menguruskan isteri yang sedang pantang. Saya tau, ramai jugak suami yang berada dalam situasi saya. Jadi saja saya coretkan kat sini untuk hilangkan segala stress yang melanda sebab nak jaga hati orang-orang yang berlagak macam tok nenek kebayan. Nak puaskan hati mata orang yang melihat keadaan kita sampaikan diri kita menanggung sengsara… ini dah memang adat orang kita.

Bila hati rasa terbakar… tengok muka Muhammad Amirul Amin dengan mama dia yang baru nak pulih dari sakit bersalin… rasa diri semakin gagah untuk menggalas beban kat bahu. Biar apa kata orang… saya uruskan keluarga saya sendiri. Bukan menolak 100% pangangan orang lain… saya simpan semuanya dan lakukan mana yang terbaik dan termampu untuk keluarga saya.

Nota: Besok sekali lagi akan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk buat ujian darah Muhammad Amirul Amin. Tapi keputusan kurang membransangkan. Kalau besok masih sama, ada kemungkinan Amirul Amin akan ditahan sekali lagi di wad.

Nota2: Andai Tuhan izinkan saya ambik alih penyakit anak saya tu… insyaallah saya sedia menerima. Asalkan anak saya sihat macam kanak-kanak lain. *sedeynye*

Nota3: Catatan ini tersangat-sangat peribadi… kepada anda yang terbaca, terbelek, terklik… terlompat ke catatan pada kali ini, sila abaikan emosi penulisan saya yang agak bercelaru. Saya harap anda tidak salah tafsir maksud saya di atas. Ianya tiada kena mengena dengan anda yang membaca mahupon yang berkomen.