Masalah kepincangan sering berpunca dari kegagalan komunikasi dalaman. Takkan jadi kalau bertepuk sebelah tangan. Maaf, catatan ini untuk mereka yang berfikiran matang dan telah “Mumaiz”. Tak semua antara kita mampu memperbincangkan masalah SEKS terutamanya secara terbuka. Skop dan minda kita mungkin juga terkongkong atau masih mengekalkan nilai murni masyarakat timur. Ini adalah budaya kita.
Perubahan arus dan peredaran zaman menyebabkan kita seringkali tersalah anggap antara “SEXS Edication” dan “SEXS Knowledge” adalah perkara yang sama. Bagi saya.. pendidikan SEKS ni adalah penerapan budaya yang perlu dititikberatkan kepada generasi sekarang. Sebagai contoh yang jelas untuk masyarakat ISLAM terutamanya adalah:- BERZINA itu haram… Maka dengan kupasan BERZINA… maka kita boleh rungkaikan ianya seperti –
- Apakah itu persetubuhan?
- Apakah yang membezakan perbuatan zina dan persetubuhan yang dihalalkan?
- Kenapakah BERZINA itu dilarang dalam ISLAM?
- Apa erti kepuasan suami isteri?
Kalau nak diikutkan banyak lagi penerapan nilai murni boleh kita pandang selain dari pada ideologi memasukkan “sesuatu ke kedalam sesuatu” yang sememangnya perkara ini paling suka dibincangkan oleh mereka yang sudah baligh tetapi belum tentu MUMAIZ. hehehe… Kenapa perkara ini kurang dibincangkan secara umum, atau kita membuat diskusi seperti perbincangan manager perlawanan Bola Sepak Chelsea menentang Manchester United? Tak mungkin kita tergamak nak bincangkan soal dan masalah SEKS ditempat umum.
Jangan beri harapan yang akan ade pula satu hari nanti, team-team meetup yang nak buat #SEKSMeetup dan topic perbincangan mengenai PUMP Enlargement dan pil-pil hormon ransangan. Belajar mengenai teknik, perlukah ade TOKGURU? Kalau nak belajar teknik… ini dah termasuk pula dalam SEXS Knowledge. Biasanya perbincangan akan dilakukan secara tertutup. Anda akan dianggap tidak sopan dan tidak senonoh sekiranya membincangkan posisi “cenggitu-genggini” di kedai mamak.
ERk… Lagi pon… Islam melarang kita mencerita kesah dalam kelambu dekat orang lain kan…? Jadi macam manakah nak buat perbincangan kalau kita ada masalah? Masalah utama adalah, MENGGAPAI PUNCAK KAYANGAN BERSAMA. Bila datang ade sorang yang bercerita segalanya bagaikan pakar dan FOTOSHOOT Malajah Playboy, maka orang yang mendengarnya pulak membayangkan…. “Oooo… macam ni kot dia dengan pasangan dia” Nahhh… susah kan? Kita membayangkan orang lain dan bukan pasangan sendiri. Ini dah berdosa.
Membayangkan perilaku pasangan lain seperti apa yang dipertontonkan dalam Rancangan SIRI BIRU adalah ditegah dan ada Ulama’ menyatakan ianya haram kalau kita bayangkan aksi SIRI BIRU ketika bersama pasangan kita (bagi mereka yang sudah sah menikah). Cipta imaginasi AWAN KAYANGAN anda sendiri bersama pasangan.. rasanya itu lah yang terbaik untuk destinasi bersama.
Pembacaan ini sekali lagi saya tegaskan untuk mereka yang mempunyai minda yang terbuka…. Tiba-tiba datang pulak soalan cepu emas:-
“Cerita bagai nak rak…. awak tu dah berjaya ke?”
Herm… mari kita lihat.. perlukah saya bercerita? Berbalik kepada SEXS Education dan SEKS Knowledge itu tadi… bercerita mengenai “Hal Dalam Kelambu” adalah haram dan ditegah. Jadi macam mana pula kita nak berkongsi pengalaman kejayaan tersebut kepada orang lain? Tak boleh nak jaja… tapi sekiranya ada yang datang untuk minta pendapat dan pandangan??? Itu dikira “orang sedang meminta pertolongan“. Boleh beri buah fikiran dan idea… tetapi tidak menceritakan perilaku kita ketika bersama.
Orang dok sedap bercakap pasal SEXS Education tapi point yang utama diketepikan. Tolong letak ketepi sikit SEKS Songsang… Mari kita cuba timbulkan persoalan berangkai sebegini:-
- Kenapa perlu seks? – Sebab naluri manusia (NORMAL)
- Kalau melakukan SEKS, apa yang terjadi – Wanita akan mengandung (kalau diizinkan Allah)
- Kalau perempuan tu tak kawin, tapi mengandung macam mane? – Ianya di kira BERZINA, hukumnya berdosa besar.
- Kenapa berzina berdosa besar? – Sebab melahirkan generasi yang tidak diketahui asal-usulnya (fitnah dan celaan).
- Kenapa tak tahu asal-usulnya? – Anda tahukah bahawa bayi/anak itu siapakah bapanya???
Banyak kan boleh diperbincangkan? Pokok utama bukanlah pokok RHU atau GAHARU, soalnya… macam manakah kita mengklasifikasikan antara SEXS Education dan juga SEXS Knowledge itu sendiri. Kalau nak bertanya rahsia kejayaan, boleh saja diberi tips tembus tilam sampai lencun…. Nahhh tengok? Ternyata.. anda telah membayangkan sesuatu mengenai saya… Kan saya dah kata tadi.. sila buat imaginasi anda sendiri dan bukan diri penulis.
Maka dengan itu saya menyarankan kepada anda yang terbaca catatan ini supaya JANGAN MELAKUKAN PENZINAAN. E-Book KEJAYAAN Puncak Kayangan banyak di keluarkan di pasaran ONLINE, sama ada ianya betul ataupon tidak. Tidak semua teknik mampu diikuti ekoran dari limitasi individu tersebut. Kelaknya… hilang keselesaan dan keseronokan.. maka timbul pula RADANG dan SENGAL-SENGAL.
Nota: Penulisan ini adalah hasil dari pemahaman saya dan pemerhatian terhadap sekeliling. Bukan nak ajak sembang lucah, cuma ajak kawan-kawan berfikir sejenak. Kalau ade yang terasa… mintak maap la bebanyak!
ohcikgu
12/01/2011 @ 1:18 am
memang susah nak cerita. Kalau bab pendidikan seks kat sekolah, budak-budak memang suka subjek nih..
Muhamad Azman Ishak
12/01/2011 @ 3:00 am
owh satu keluhan dari cikgu. haha.. cikgu ni lelaki ke wanita. maaf saya bertanya. saya cuma nak kenalan dengan komentor saya. masalah seks education ni menjadi masalah kalau cikgu wanita terutamanya cikgu melayu. kalau cikgu lelaki.. mungkin dia boleh selambe kot.. kalau cikgu wanita.. ni yang rasa segan lain macam jer kan? heheh~
ohcikgu
13/01/2011 @ 10:45 pm
cikgu lelaki yang kacak. Haha..
yap. cikgu sains, kalau perempuan, memang segan la. Tapi dependsla. ada gak cikgu-cikgu yang berani..
dnoBiz
09/01/2011 @ 6:51 am
Sebenar nya perkataan “Seks” tu yang taboo dan menjadi macam sesuatu yang sukar diterima, padahal dalam Islam maksud nya amat berlainan dari apa yang kita bayangkan
Muhamad Azman Ishak
12/01/2011 @ 2:59 am
kekeke…. seks pada pandangan “orang kita” macam aku cakap la.. “memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu”
Lee
09/01/2011 @ 5:57 am
entri ilmiah yang berlapik dari bro azman, tahniah..!
cuma, sebagai manusia ada yang perlu kita bincang dengan penuh hemah dan adab, agar maruah dan kehormatan terpelihara..
tak salah pun sebenarnya bincang mengenai seks, tapi tengok kepada apa yang dibincangkan dan bagaimana perbincangan dijalankan..
kalau mengikut yang disarankan Syariat, insya-allah..no problem..
p/s: zaman sekarang dah maju sgt dah..kecik2 dah tau kondom tu ape,..
Muhamad Azman Ishak
12/01/2011 @ 2:56 am
betoi betoi.. nak bincang.. sila jangan buat group discussion. salah tu. one by one bleh la. lepas tu.. carik la orang yang berpengalaman.. selidik pelan pelan.. tak semua orang boleh bercerita perkara ni. dan ianya adalah rahsia peribadi yang amat sulit untuk didedahkan. masalah? setiap masalah perlukan jalan penyelesaian… apa yang perlu adalah berhemah dan beradap kalau buat rumusan.
mosyar
09/01/2011 @ 3:18 am
hohohoho…macam ayat buku dowh. aku rasa mcm boleh submit kat mana2 artikel ni. silap2 blh jadi penulis solusi ni….hehehe
typho : 1) mumaiyiz ?
2) sex edication = sexs education.
dnoBiz
09/01/2011 @ 6:52 am
Betul tu, Gaya penulisan yang memang mantap ๐
Muhamad Azman Ishak
12/01/2011 @ 2:55 am
kekeke.. segan aku… time kaseh~
Muhamad Azman Ishak
12/01/2011 @ 2:54 am
typo adalah seni blog. haha.. alasan tak bleh blah. kalau aku tulis lengkap tak typo.. nanti tadek orang komen plak. macam baca majalah URTV atau Malajah PA&MA la plak..
muhammad fakhruddin
08/01/2011 @ 5:07 pm
Aha,mungkin berkaitan isu sex education untuk sekolah yang kecoh baru2 ni.Bapa futuristik ๐
Muhamad Azman Ishak
12/01/2011 @ 2:53 am
aku memikirkan perkara yang akan berlaku untuk 7 tahun dari sekarang. masa tu anak aku akan berada dalam darjah 1. so macam mana dia nak handle peredaran zaman yang dari sekarang yang agak kucar kacik pemahaman pasal seks. hermmm~
wazy
08/01/2011 @ 6:13 am
Tah la
budak-budak zaman sekarang ni dah advance
semua info kat depan komputer je
Muhamad Azman Ishak
12/01/2011 @ 2:51 am
itu la pasai.. bukan depan komputer je.. info di tapak tangan… PDA, smart phone.. hahaa dalam bas pon boleh tengok citer REDTUBE. GAAANNNGGGGgggg~
Tweets that mention Kepincangan komunikasi sewaktu bersama??? | AzmanIshak.Com -- Topsy.com
07/01/2011 @ 7:05 pm
[…] This post was mentioned on Twitter by Denaihati. Denaihati said: RT @azmanishak Kepincangan komunikasi sewaktu bersama??? | AzmanIshak.Com http://bit.ly/gi7Q5L […]
Mohd Isa
07/01/2011 @ 3:07 pm
hoho…aku tak expert plak bab ni…budak zaman skg ni…citer bab seks suma tau…maklumlah…pendidikan seks di sek pun dah ada skg ni…
Muhamad Azman Ishak
12/01/2011 @ 2:51 am
satu perkara yang agak mengusutkan terutama cikgu perempuan yang berbangsa melayu. ade sesetengah nye nak cerita.. tapi bapak segan giler.. penyudahnye… pelajar blur-blur dan buat praktikal sendiri.
luth textile
07/01/2011 @ 1:16 pm
no sex b4 married. tu je. yang cerita bebanyak tu tapi tak kawen lagi nampak sangat dah cuba
Muhamad Azman Ishak
12/01/2011 @ 2:50 am
tetapi ramai yang macam tu. hehehe.. imaginasi lebih dari pengetahuan.
mijie
07/01/2011 @ 3:39 am
kalau nak mendidik tidak salah tapi bukan untuk menjadikan sexs knowledge dan sexs education itu sebagai hiburan….
cerita dalam kelambu memang tak perlu di beritahu kepada orang lain tetapi ilmu seks itu penting supaya kita berada di landasan yang betul..ok sekian
p/s: sesetangah orang dalam masyarakat kita selalu bandingkan anak ramai or ada anak ialah hasil seks yang hebat…tetapi mereka lupa akan kekuasaan Allah…
adamfaiz
07/01/2011 @ 7:51 am
Nak seronok bersama kena ada komunikasi…ramai anak tak semestinya pasangan anda puas hati..be a gentleman, accept your weakness and move forward..!
Muhamad Azman Ishak
12/01/2011 @ 2:50 am
masyarakat kita sekarang ni terdedah dengan dua unsur pembelajaran seks dan pengetahuan seks = hiburan seks peribadi. itu la punca sekarang ni. bila aku pikirkan perkara ni.. aku risau jugak.. macam mane nak terapkan nilai-nilai murni untuk anak aku nanti. biar kita bersedia dari sekarang… supaya anak kita tak terkejut beruk bila dah dewasa nanti.
ade anak dengan tadek anak ataupon anak sikit itu bukan persoalan kan.. hehehe. .yang penting.. tiap kali bangun pagi.. tengok muke pasangan.. mesti tersenyum sebab malam tadi. haha.. itu baru betoi resepi kejayaan. pergi kerja muka manis jer.. senyum berjela.. habis semua orang dia nak tegur.. kalau boleh.. makcik cleaner pon dia nak tolong buatkan kerja. itu baru hebat!!!
Kujie
06/01/2011 @ 1:59 pm
Terlalu kerap bertemu tips dan caraยฒ tentang topik suami isteri ini dari blog muda remaja – belum berkahwin tetapi sudah ‘pakar’ memberi petua. Kadang2 rasa malu sendiri kerana mengukut hukum – hal tersebut perlu dibincangkan secara education , itu pun masih dalam ruang lingkup yang menjaga adat dan adap.
Itu belum lagi tengok iklan banner posisi gitu gini – aduih…tertangguhkah kita nak menjawap nanti.
Muhamad Azman Ishak
12/01/2011 @ 2:46 am
Itu la pasai kak jie. saya ade gak tengok.. ebook buku panduan kamasutra la ape la.. yang jual.. usahawan muda yang tak kawin. tah mane-mane cut n paste. tak ape teknik depa tokok tambah. lepas tu orang yang buat pulak sengal. ikut sebijik sebijik… lepas tu sebok gadoh cakap lenguh aktiviti bersama… tak selesa la. .ape la.. masalahnya sesetengah teknik tu untuk mereka yang “extra” boleh la..
orang kita ni mudah sangat meniru. apa yang saya tulis tu hasil selepas mendengar keluhan rakan pasal perkara ni. cume tak didedahkan la sapa. tak baik kan.
iklan ghairah? hehehe.. hanya mereka yang paham dan mencapai tahap “dewa-dewa langit” jer takkan cerita perkara ni kat orang lain.. sebab itu adalah resepi kejayaan dia dan pasangan dia. nak share? boleh.. sila datang rumah tapi bukan di kedai kopi. hehehe kan kak jie kan.. malu kalau orang lain dengar. hissshhhh~
Roslan Nazri
06/01/2011 @ 1:59 pm
lain tul azmanishak 2011 ni..betul2 blog org dewasa dan ilmiah.. ๐ณ
Muhamad Azman Ishak
12/01/2011 @ 2:42 am
untuk hang carik pengalaman bila dah sampai seru nanti. so bile malam tu.. hang tadek la kaluiiitt.. gyahahaha…
p/S: saya bukan LUCAH!
Kujie
06/01/2011 @ 1:49 pm
jap lagi komen…nak retweet dulu
Muhamad Azman Ishak
12/01/2011 @ 2:41 am
semangat betoi. hahaha
Eizil
06/01/2011 @ 6:51 am
Menarik topik ni, perkara yang memang jarang sangat dibincangkan, kecuali kepada golongan tertentu, itu pun dalam skop yang terhad, sebab bak kata bro, perkara dalam kelambu perlu di jaga (walaupun skangni tak pakai kelambu kat rumah).
Perbincangan yang sihat boleh dilakukan sebenarnya, selagi peserta perbincangan itu, tidak mencampuradukkan perkara tidak berkaitan ke dalam skop perbincangan sebenar.
Muhamad Azman Ishak
12/01/2011 @ 2:41 am
kalau aku pon bro.. tak tergamak nak cerita pasal seks position kat blog. agak agak la nak carik publisiti kan. kang jap lagi.. masa meetup.. orang perkenalkan..
– “ini dia en azman… blogger pakar seks”
mau terketu masa tu.. hahaha
p/s: nak carik petua kene cara tertutp jugak. sebab tak sesuai dengan adat resam dan budaya orang kita.