Ok… yang ini sangat cool. Tapi sebelum tu, ramai yang bertanya kepada saya mengenai kualiti kamera HTC HD7 ni. Tentang kamera, jangan takut… untuk REVIEW akan datang ni, saya akan ceritakan pasal kamera HTC HD7 ni pulak ok. Sekarang ni kita nak cakap fungsi agak cool untuk mencari lokasi telefon. Nota: Catatan ini mempunyai banyak gambar. Harap sabar lah ye kalau internet slow siput tu…

Saya kurang pasti fungsi ini dimiliki oleh telefon jenama lain atau tidak sebab tak diberi peluang oleh Microsoft untuk buat review (pengsan…), tapi untuk Windows Mobile versi terkini, ianya dilengkapi dengan fungsi mencari kedudukan telefon anda. Ini bermakna, sekiranya telefon ini hilang, saya masih boleh mengesan kedudukan akhir sebelum ianya lesap (last track location). Lokasi ini dihantar ke akaun LIVE saya.

Fungsi mencari secara nyata ini datangnya dari Windows Live. Sebelum anda boleh menggunakan fungsi ini, anda perlu memiliki akaun LIVE. Bagi rakan-rakan yang memiliki HTC HD7 atau se-KUFU dengannya yang menggunakan Windows Mobile Operating System terkini, saya syorkan anda mengaktifkan fungsi ini. Daftarkan diri di:- http://hotmail.com dan seterusnya anda akan dibawa ke laman LIVE milik Microsoft.

Apa yang saya lihat, Microsoft mengambil pendekatan dengan menjadikan MySpace dan Facebook sebagai laman social rasmi yang dibenarkan untuk diintegrasi bersama mereka. Ini bermakna, apa juga kemaskini yang anda lakukan di akaun LIVE, secara tidak langsung anda boleh sampaikan kemaskini tersebut di akaun Facebook dan Myspace. Banyak lagi sosial network yang disokong untuk tujuan ini. Tapi agak malang… saya ulangi… agak malang.. kerana ianya tidak menyokong langsung integrasi antara LIVE ID dan Twitter.

Berbalik kepada menjejak telefon anda tadi… setelah selesai mendaftarkan diri, anda juga disarankan untuk mengemaskini profil LIVE anda. Lengkapkannya dan kemudian, pastikan anda sememangnya memiliki data pakage untuk tujuan ini. Langkah seterusnya… pastikan tetapan lokasi (Location Setting) telefon HTC HD7 anda telah dihidupkan (ON) dan juga FIND MY PHONE di hidupkan (ON).

Setelah semua tetapan telefon anda diaturkan, maka anda boleh periksa lokasi terakhir telefon bimbit anda pada halaman LIVE aka Hotmail tadi. Dari muka utama Hotmail/LIVE anda.. pergi ke Windows Live –> Devices.  Dari pada sini apa yang anda boleh buat adalah:-

  1. Mencari lokasi komputer/peranti digital anda yang memiliki fungsi LIVE ini dari Microsoft.
  2. Membunyikan deringan telefon bimbit anda (mungkin salah letak kot?)
  3. Mengunci telefon bimbit anda (sekiranya dicuri)
  4. Memadam data di dalamnya (kalau ada data PNC)

Fungsi ini kire agak cool berbanding telefon bimbit biasa. Memang la kan… kita dah belanja ribuan ringgit… Kalau hilang dah la satu hal. Nak kesan lokasi terakhir pon tak dapat nak membantu… kemudian.. data penting pon boleh hilang dan terlepas kat tangan orang lain. Lagi la sangat bermasalah….

Dalam laman ini juga, apabila telefon HTC HD7 ini di-integrasi bersama akaun LIVE anda, secara tidak langsung, ianya akan membuat salinan konteks (contact list) anda secara automatik. Bermaksud, anda memiliki salinan nombor telefon (contact list) anda di sini. Menarik tak?

Kepada anda yang berminat dengan telefon HTC HD7 ini, anda boleh dapatkan di cawangan Maxis berhampiran. Kadar harga yang ditetapkan adalah seperti yang tertera pada gambar di atas. Ataupon anda boleh terus buat tempahan di sini.

Nota: Semua orang akui… USER INTERFACE dia sangat lawa. Bagi saya… erm.. ok, saya setuju. Tapi point penting untuk saya adalah kamera dan bateri… Tunggu pada review akan datang ok dan sila jangan alihkan screen monitor anda hahahaha….