Teras keras dalam Bahasa Melayu…. Kalau dalam bahasa Inggeris adalah Hard Cores. Untuk siri review pada kali ini, seperti biasa… ianya adalah pandangan peribadi. Jauh sekali berbayar atau dipengaruhi mana-mana pihak. Hari ni saya akan menyentuh beberapa aspek yang saya minat secara pro dan contra. Tak semua minat dan citarasa pengguna telefon pintar di Malaysia ni adalah sama. Sebelum tu, ni nak habaq mai… catatan kali ni memang sumpah panjang berjela *habisla typo*.
Hampir terlupa, kat sini saya nak mintak maaf kat kawan-kawan semua kalau kualiti gambar yang di ambil untuk sesi review HTC HD7 kali ni tak berapa nak lawa la pasal pakai kamera Nokia95. Lampu dalam studio pon kejap terang kejap gelap…. Ini pon dah puas dah adjust dah ni haha… Mari kita mulakan sesi panas badan kita dengan melihat topik apakah perbincangan pada kali ni:
- Menu & Paparan Antara Muka (UI)
- HUB
- People
- Games
- HTC Hub
- Office
- Pictures
- Map
- Market Place
Menu dan Paparan Antara Muka (UI)
PRO – Ok… nampaknya pada tajuk ini saya terpaksa akur dan bersetuju dengan rakan-rakan yang lain. Meskipun pada saya tak berapa nak penting scrolling effect tu. Sebaliknya jika anda bertanyakan kepada pencinta UI (User Interface) mereka akan bercakap sangat kagum dengan kelancaran SCROLLING HTC HD7 ini. Kiranya pada “First Impression” boleh menambat jiwa sesapa saja yang baru pertama kali memegangnya.
CONTRA – Semakin banyak transaction effect untuk setiap menu yang digunakan, maka makin cepatla bateri habis kalau anda kerap belek menu. Sebab menu dia sangat best, jadi rasa nak belek jer HTC HD7 ni sepanjang masa. Itu la kan…
HUB – INFO Keseluruhan
PRO – Ini adalah bahagian yang saya sangat suka pasal fungsi yang ada dalam telefon ni. Dalam HUB ni, terbahagi kepada beberapa kategori. Seperti yang di catitkan di penerangan kat atas tu. Kelebihan setiap HUB adalah seperti tajuk kecil yang saya akan ceritakan di bawah. Kepada yang masih belum mengetahui, untuk menggunakan HTC HD7 ini secara optimum dan maksimum, saya nasihatkan anda untuk mendapatkan data card atau sambungan WIFI. Baru la anda boleh merasai apa itu LIVE di HTC HD7 ni.
People HUB
People HUB adalah HUB kegemaran saya. Bagi saya, konsep yang cuba dibawa oleh HTC dan Microsoft tentang People HUB adalah konsep Majalah Manusia. Ini bermakna sekiranya anda telah selaraskan (synchronize) akaun LIVE ID anda bersama FACEBOOK kemudian menggunakan LIVE ID itu tadi dalam tetapan HTC HD7, secara tidak langsung anda dapat mengikuti apa sahaja perkembangan rakan-rakan anda di FACEBOOK. Haaa… Dah serupa macam bace majalah gossip digital. Series tak tipu. Konsep ini memang saya minat (Concept of the IDEA is Connecting and to be Connected).
Ok.. ni panjang sikit ye. Selain dari mengetahui apakah perkembangan rakan-rakan anda di FACEBOOK, PEOPLE HUB ini akan menghubungkan buku panduan telefon anda untuk di integrasi bersama dengan LIVE ID secara serentak. Ini bermakna, sesiapa yang anda tambah sebagai rakan di FACEBOOK, secara automatik, LIVE ID juga akan mengemas kini senarai kenalan anda sebagai direktori kontek. Tak kira dimana anda tambahnya, asalkan akaun LIVE ID dan FACEBOOK telah di integrasikan bersama. Amacam? Best? Pssttt… Saya juga boleh mengetahui nombor telefon anda sekiranya anda menetapkannya di akaun FACEBOOK. kekeke.. (Konfem ade yang cuak)
Games HUB
Seterusnya adalah GAMES HUB. Ini juga tempat lepak dalam telefon yang paling saya suka. Kalau nak muat-turun game, semua ada ada kat sini. Jangan tak tau, HTC HD7 punya game adalah XBOX LIVE. Kebanyakkan applikasi GAME XBOX Live adalah berbayar. Tapi apa yang menariknya, anda boleh cuba dulu game ni mungkin dalam “STAGE” satu atau dua sebagai percubaan. Di sini juga terdapat game percuma untuk dimuat-turun. Tapi kualiti tak same la macam berbayar.
HTC HUB
HTC HUB pula adalah tempat dimana untuk anda mengetahui perkembangan cuaca di kawasan anda. Aplikasi HTC HUB ini akan menggunakan lokasi anda (positioning) untuk memaparkan ramalan kaji cuaca. Untuk memaparkan ramalan kaji cuaca di kawasan anda, aplikasi ini memerlukan anda berada di dalam talian INTERNET sama ada Wifi ataupun GSM data. Dalam masa yang sama, HUB ini akan menghubungkan anda dengan GEDUNG muat turun aplikasi sah (HTC HUB) yang dibekalkan oleh HTC untuk HTC HD7 ini.
OFFICE HUB
Tak mungkin telefon pintar dari Microsoft hadir tanpa aplikasi ofis versi mobile kan? Dalam Office HUB ni pulak, anda boleh BUKA, EDIT dan SIMPAN file file yang anda biasa gunakan di pejabat. Terdapat 3 aplikasi khusus iaitu Explore Words, Explore Excel dan juga Explore Power Point. HUB ini memudahkan anda untuk membuka file-file yang dinyatakan di atas dengan mudah di dalam HTC HD7 ni. Katakan anda menerima email yang mempunyai kepilan (attachment) file Microsoft Words, dengan mudah anda boleh baca kemudian EDIT seterusnya menghantar kembali file tersebut menggunakan email anda.
PICTURE HUB
Yaaa… rakan-rakan sekalian… ini adalah HUB istimewa yang saya suka. Di sini bukan setakat media penyimpanan dan paparan gambar yang anda tangkap atau simpan je… sebaliknya sekiranya anda menetapkan LIVE ID dan FACEBOOK di HTC HD ini, anda akan dapat lihat HTC HD7 ini menjadi Majalah Digital kepada semua koleksi gambar peribadi anda yang berada di FACEBOOK. Ini bermakna, walaupon anda tidak berada depan PC, anda masih boleh membuka gambar kenangan anda yang tersimpan di FACEBOOK, asalkan ada internet.
Selain itu juga, anda dapat mengetaui perkembangan terkini rakan-rakan FACEBOOK sekiranya mereka menggunakan memuat-naik foto dan sebagainya melalui HUB ini. Sekaligus sekali lagi konsep Majalah Digital jelas kelihatan di tapak tangan. Amacam??? Suke.. suke?? Haaa… tunggu.. ade lagi…
CONTRA Seksyen HUB – Adalah… anda memerlukan sambungan internet. Jika anda tiada akses seperti pakej internet tanpa had (unlimited pakage), saya tidak sarankan anda menghidupkan (ON) fungsi HUB ini untuk kekal dalam talian, sebaliknya gunakanlah WIFI selagi boleh ok!!!
PETA
PRO – Segmen kita yang seterusnya adalah peta. Bagi saya sebagai orang yang kerap sesat jalan, saya sangat memerlukan aplikasi peta. Lahir pon bukan kat Kuala Lumpur… ini kan pulak nak menggagau jalan kat Damansara… memang la sesat kan? HTC HD7 ini didatangkan bersama BING MAP. Anda boleh mencari lokasi dengan menggunakan SEARCH TOOL yang disediakan.
CONTRA – Satu ciri-ciri yang jelas ketara apabila kebanyakkan hasil carian kadang-kala tidak menepati dari apa yang kita kehendaki. Seterusnya ketiadaan sistem pandu arah bersuara (Voice Guide) amat menyukarkan sekiranya anda memandu dan menggunakannya berseorangan. Meskipun macam tu, sekiranya berkemampuan, anda boleh dapatkan aplikasi navigasi yang berbayar di MARKET PLACE.
MARKET PLACE
PRO – Yaa…. ini lah dia LUBUK sebenar untuk anda mendapatkan aplikasi yang sah bagi HTC HD7. Di sini terdapat beberapa seksyen atau kategori yang membolehkan anda mencari tools yang anda kehendaki. Daripada mencari aplikasi, games, hiburan, aplikasi photo… sehinggalah ke aplikasi EBOOK. Dalam setiap satu kategori, ianya dibahagikan pula kepada beberapa navigasi:- Aplikasi Popular, Aplikasi Baru, Aplikasi Percuma dan pencarian berdasarkan GENRE Aplikasi tersebut.
Dalam Market Place ini juga anda boleh mencuba sesuatu aplikasi itu sebelum anda membelinya secara lesen penuh. Anda juga boleh memuat turun aplikasi percuma yang bersesuaian dengan kehendak anda. Dalam masa yang sama, anda boleh melihat apakah komen yang diberikan oleh mereka yang pernah menggunakan aplikasi ini secara terus dalam TAB/PAGE kategori masing-masing.
CONTRA – Anda kena bayar pakai kad kredit… dan pendaftaran kad kredit anda perlu di integrasikan bersama telefon ini. Capaian untuk tujuan tersebut, kadang-kala terganggu. Saya kurang pasti kenapa. Mungkin disebabkan talian internet saya tidak berapa bagus barangkali.
Penutup
Rasanya sampai sini dulu untuk siri REVIEW 4 – #MAXIS HTC HD7 – “Teras Keras”. Untuk siri akan datang, saya nak bercerita satu topik kegemaran saya dan topic yang anda semua mungkin nantikan iaitu:- REVIEW 5 – #MAXIS HTC HD7 – Kamera dan VIDEO. Jadi… jangan kemana-mana… kita berjumpa dalam siri yang akan datang, Insyaallah…
Jika anda meminati untuk membaca REVIEW #MAXIS10 yang lain mengenai HTC HD7 ini, dibawah ni saya dah sebaraikan antara laman blognya:-
- SAFFAWATI’s HTC HD7- Video and Picture review
- SAFFAWATI’s HTC HD7- Getting to Know “THE HUBS”
- Obefiend – Maxis HTC HD7 Review Part II – The Things I Like About The Phone
- Obefiend – Maxis HTC HD7 Review Part III – The Most Frequently Asked Questions
- Flymenigel – #Maxis10 HTC HD7 “Sexy Eye Candy”
- Sweetsurrender – Maxis10: HTC HD7: My Favourite HTC Hub
Nota: Inilah satu review yang lamsam panjang berjela pernah saya buat. Lengkap dengan bergambar. Erkkk… ada sesapa yang muntah tak tadi? *pengsan.. meroyan kejap nak siapkan tugasan*. Agak malang kerana telefon HTC ini tiada aplikasi sokongan untuk “Print Screen” buat masa ni – Harap maklum.
rahyun
28/11/2011 @ 10:53 pm
HTC HD 7 saya blutuh tak boleh sanding nyimpan lagu tak boleh,macam hmpon busu sepi tak ada musik langsung..memang macam ni ke htc tak ubah nya henpon bodoh bukan hmpn pintar..siapa boleh Bantu says..nyesal saya beli
rahyun
28/11/2011 @ 10:38 pm
Spa yng problems HTC hd7 saya blutoh tak berpungsi save simpan tak boleh
Muhamad Azman Ishak
28/11/2011 @ 10:51 pm
bukan masalah tak berfungsi. maslaahnye Windows Phone HTC HD7 ni cenggampang skit. nak bluetooth file tak bleh. device not recognize la berbagai. ni semua agenda microsux nak semua mende nak kene beli. pasal kes ni.. aku jual HD7 amik HTC Desire HD (android) baru rasa jiwa tenteram.
#Maxis10 HTC HD7 : Does it value for your money? | HANEP.ORG
11/12/2010 @ 12:09 am
[…] on HTC HD7, you can further read Sweetsurrender’s review post and also AzmanIshak’s review post regarding applications on HD7. It still lack of application from HTC but can always find extras in […]
Azman Ishak
07/12/2010 @ 8:16 am
samsung galaxy? rasanya yang ni lagi besar. tak test plak dengan @tekong. belum jumpe lagi pengantin baru tu. haha
Azman Ishak
07/12/2010 @ 8:12 am
boleh tahan gak la bro. sekarang ni serius aku sangat selesa dengan henpon ni dah!
jawatan kosong
05/12/2010 @ 9:38 am
Product microsoft, tentu tak lepas dari office nya ya.. :segan:
.-= jawatan kosong entri terkini blog ..3D Visualizer- Rendere- Animator Vacancy =-.
Azman Ishak
07/12/2010 @ 8:16 am
off course… hahaha..
zik
04/12/2010 @ 12:22 pm
kesimpulannya…mcam2 ada…. games pun ada tuh… main Nfs jap…. nenong2x..
.-= zik entri terkini blog ..Rayuan peribadi Pengasas Wikipedia kepada pengguna Wikipedia diseluruh Dunia =-.
hanep
03/12/2010 @ 11:51 pm
market plate pom boleh. typo disitu :lawak:
aku pnya wifi mmg problem. semua bnda tu xdapat test. adui.
Azman Ishak
07/12/2010 @ 8:16 am
ok ok.. dah repair. taip tengah malam bute. lampu dah tutup. hahaha! still tak solve problem hang? aku suggest hang reset jer. macam aku hari tu ade problem dengan MAP, dia tadek navigation function. so aku reset to factory… terus ok
naimulfirdaus
03/12/2010 @ 10:52 pm
erm, tak sempat baca lagi..
nanti kalau sempat baca lain..
.-= naimulfirdaus entri terkini blog ..Menjadikannya Bermakna =-.
Azman Ishak
07/12/2010 @ 8:13 am
tak pe tak pe… take time :hehe:
luthfi
03/12/2010 @ 10:26 pm
aku pon rasa mcm roslan jugak. teringin nak ada henfon pintar mcm ni 😛
Azman Ishak
07/12/2010 @ 8:13 am
insyaallah… janji kalau dah apply… sila kemaskini blog anda setiap hari. 😀 :sengeh:
mijie
03/12/2010 @ 9:34 pm
bro memang betul2 explore ni, habis semua diselongkar nyer…teruja mcm dapat bini baru, haha
.-= mijie entri terkini blog ..Minyak ron 95 naik 5 sen kepada rm190 =-.
Azman Ishak
07/12/2010 @ 8:13 am
haip… jangan sebut di khalayak ramai.. hahaha..
techtalk res-q
03/12/2010 @ 4:57 pm
wowww.. teras keras.. macam tajuk lagu metal pulak..
penin gak nak explore htc hd7 ni ye.. macam2 hub ada..
font title untuk setiap page hub tu mmg besar gedabak ke? boleh adjust tak size dia?
.-= techtalk res-q entri terkini blog ..Pelan Data Maxis untuk Apple iPad =-.
Azman Ishak
07/12/2010 @ 8:12 am
hehehe.. ini bukan lagu metal eh… font dia tak bleh adjust la. dah fixed. tapi aku sangat selesa dengan font yang besar gedabak! :sengeh:
fikri91
03/12/2010 @ 2:26 pm
teras keras…hehehe
istilah yg sedap gak ney..
.-= fikri91 entri terkini blog ..TAG HEUER GRAND CARRERA CARBON LIMITED RM255 =-.
Azman Ishak
07/12/2010 @ 8:09 am
alih bahasa kan.. haha.. kata nak buat review dalam BM. tapi tak semua perkataan tu sesuai diterjemahkan. bergantung pada keadaan la.
wazy
03/12/2010 @ 9:42 am
Perghhh
walaupun panjang,best gak baca dari A-Z
tq tq bro
.-= wazy entri terkini blog ..E-Book Komputer SayaCom =-.
Azman Ishak
07/12/2010 @ 8:07 am
hahah… terima kasih.. terharu…
matjoe
03/12/2010 @ 9:35 am
bro, drolll jadinya tgk review ngko!!
.-= matjoe entri terkini blog ..Probably Her Happiest Moment =-.
Azman Ishak
07/12/2010 @ 8:07 am
jangan gelak sampai terkencing ye… hahaha :lawak-gile: