Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ok… kali ni agak serius (dah macam BlogSerius Obefiend plak).. Jangan marah ye bro. Tak berniat nak curik tag line. Paparan kita pada kali ni adalah tertumpu pada REVIEW fungsi kamera dan rakaman video. Jika 7 dari REVIEWER HTC HD7 ini bersependapat gambar dari HTC HD7 ni sangat tak menarik, tapi untuk saya ianya bukanlah satu masalah yang besar… *GANNNGGGG…..* (pengsan la bodek tak hengat…)
Imej: Nampak tak ke-PINK-kan imej tu. Meskipun papan kekunci bewarna hitam?
Sebenarnya macam ni… Kamera HTC HD7 ini kepekaannya dia terhadap warna PINK sangat ketara. Terutama bila dalam keadaan kekurangan cahaya. Ye betul, saya bersetuju dengan pendapat mereka semua. Tapi macam mana teknik untuk anda memanipulasikan hasil dari kamera ini? Itu sebenarnya yang kita nak bincangkan. Masalah ketara terhadap kepekaaan warna PINK membuatkan sesetengah hasil imej daripada kamera ini nampak macam tak best.
Imej: Hasil teknik Macro, Flickr Adjustment: 60Hz, Flash: No, Metering Mode: SPOT.
Untuk menggunakan kamera ini bagi tujuan merakam imej statik, pengguna perlu prihatin kepada teknik pencahayaan. Saya bukanlah seorang yang pakar fotografi. Tapi apabila menggunakan kamera digital, meskipun murah… sebaik mungkin saya akan cuba aplikasikan teknik pencahayaan supaya hasil karya saya tidak nampak cacat atau ketara ke-BONGEK-kannya. Memang secara jujur, pada permulaan menggunakan kamera HTC HD7 ni, saya rasa agak bermasalah dan kekok dengan perkara tersebut, tapi setelah mahir menggunakan mode yang terbina dalam, beberapa masalah dapat di atasi.
Imej: Saya dah semakin sayang dengan telefon ni… nak terus boleh tak? *DUSSHH…*
Adakah setelah anda perabiskan ribuan ringgit, tapi disebabkan satu kelemahan, lantas anda nak campak ketepi je telefon ini? Bagi saya… anda seorang yang rugi kerana tidak berani memanipulasikan hasil imej statik yang anda rakamkan. Masalah warna PINK tersebut sebenarnya boleh diatasi sekiranya anda mahir menggunakan mode yang sedia ada. Bagi saya, saya jarang menggunakan mode AUTO untuk merakam imej statik, melainkan dalam keadaan cahaya yang sangat cukup untuk hasil yang memuaskan.
Imej: Antara hasil dari HTC HD7. Nampak tak masalah pink kat baby saya tu? Small metter!
Kita ni, kalau nak tunjukkan hasil karya kita kat orang, adakah kita akan pamerkan hasil karya yang tidak menjadi? Cuba fikirkan kembali… adakah orang akan berkata… “Ye betul la.. kamera tu bermasalah…” atau mungkin orang akan cakap… “Dah memang awak tu tak pandai tangkap gambar.. kalau bagi dSLR sekali pon… konfem tak cantik jugak!”. Nampak kan? tanggapan orang terhadap diri kita adalah berbeza. Begitu juga dengan rancangan review pada kali ini. Mungkin ada yang akan kata, saya PRO terhadap memberi penerangan telefon ni. Erk.. terpulang… itu pendapat anda semua. Apa yang penting, saya cuma nak betulkan attitude kita terhadap penggunaan sesuatu teknologi.
Imej: Effect Tilt-Shift HTC HD7 menggunakan applikasi berbayar.
Apabila anda ni nak terjun dalam bidang teknologi… anda sepatutnya mengejar teknologi sebab teknologi tidak akan pernah nak tunggu kita. Anda harapkan sesuatu teknologi itu mesra pengguna, sebaliknya anda bebal untuk memahami penggunaan teknologi tersebut. Kronik dan Ironiknya masalah ni, kita pendamkan tanpa mampu nak diluahkan kat sapa. Pendekatan terhadap masalah ini adalah… perbetulkan MIND-SET kita dulu!
Imej: Satu lagi hasil Tilt-Shift menggunakan applikasi berbayar yang dibeli secara tak sengaja.
Di sini bukanlah saya kata saya ni mahir dengan semua gadget. Tapi ATTITUDE dan sikap masyarakat kita yang kalau boleh, tak nak orang lebih. Hahaha… macam mane bangsa aku nak maju? Perlukah saya tunjukkan semua kelemahan telefon ini yang dalam masa yang sama juga akan mendedahkan kelemahan saya sendiri? Nama pun dah ciptaan manusia, mane ada yang sempurna! Saya tak fikir anda juga akan membuka pekung di dada sekiranya anda diberi peluang untuk membuat REVIEW sebegini. Jika ada… saya akan tunggu sekiranya anda terpilih kelak. Hahaha… Kan dah kene bebel.
Imej: Nampak macam mane saya menutup kelemahan PINK tu? Bukan masalah besar pon.
Cakap saja tak guna… dah berkajang hujah saya kat atas.. Sambil tengok gambar… sambil kene bebel kan? Itu la… Dah lama sebenarnya pendam nak membebel pasal perkara ni. Pendam jer.. kumpul lemak kasik banyak dulu. Ok, sekarang saya cerita apa kelebihan dan kelemahan Kamera telefon ni:-
Kelebihan:
- Rakaman sangat jelas dan memuaskan hati kalau cahaya cukup terang.
- Terdapat 8 Scenes yang boleh dipilih, ini termasuk Backlight dan juga Candlelight.
- Ada 3 pula jenis metering mode iaitu Center, Average dan juga Spot.
- Mempunyai FLICKR adjustment iaitu tetapan frekuensi cahaya (Auto, 50Hz dan 60Hz)
- Mempunyai fungsi AUTO-Focus.
- Kesesuaian kepekaan FLASH terhadap Scenes yang anda pilih.
Kelemahan:
- Terlampau peka terhadap warna PINK, meskipun berlatar belakang warna putih.
- Kelemahan terhadap aspek Anti-Gegaran.
- Gambar kadangkala kabur disebabkan setiap mode/scenes mempunyai auto focus.
- Kelemahan dalam suasana kurang cahaya (low light scenes)
- Butang BACK, HOME dan SEARCH kadang-kala mengganggu sesi rakaman sebab sensitiviti.
Secara ammnya macam tu la. Tapi masalah pasal kelemahan ni sebenarnya boleh diatasi. Saya tidak beranggapan bahawa masalah ni berpunca dari hardware. Sebabnya.. pada keadaan cahaya yang cukup, hasil imej statik dari telefon HTC HD7 ini sangat memuaskan. Tapi sekiranya dalam keadaan kurang cahaya, anda dinasihatkan supaya menggunakan FLASH supaya hasilnya seperti yang anda kehendaki. Kita harap tidak lama lagi akan ada team pembangun yang mengemaskini FIRMWARE HTC HD7 ni.
Sekarang kita teruskan pulak untuk sesi VIDEO. Tiada apa boleh saya perkatakan melainkan hasil rakaman HD daripada HTC HD7 ini sangat memuaskan hati. Jika anda perhatikan dalam video ini, gambar kadang-kala jelas kadangkala kabur. Ini disebabkan mode yang saya pilih adalah SPOT. Mode ini dipilih supaya kamera lebih peka terhadap imej yang lebih dekat berbanding yang jauh. Sekiranya teknik ini digunakan tepat pada tempatnya, maka hasilnya sama seperti rakaman HD dalam siri CSI Miami.
Masalah kengkadang dalam video kali ni sebab saya tak ada orang yang memandu. Ni cuma video percubaan. Kelemahan datang dari diri saya sendiri sebab… “Masa memandu mane boleh FILMING la…” Ni pon curi-curi masa jalan clear. Masa jalan tak clear.. mula la gegar sana-sini. “Kids, please don’t ask your dad drive like this”
Nota tentang video: Kabur tu pasal Metering Adjustment dipilih kepada SPOT seperti dinyatakan. Kamera cuba memfokus terhadap bintik-bintik hujan yang jatuh di cermin kereta. Menarik tak? Kamera videonya sangat peka dalam situasi ni.
ERrrrk… kalau sesiapa yang tertarik dengan telefon HTC HD7 ni, anda boleh dapatkan di cawangan Maxis yang berhampiran. Untuk mereka yang menetap di sekitar Kuala Lumpur, saya sarankan anda dapatkan di cawangan Maxis Center KLCC. Sila datang lepas waktu pejabat sebab kat sana tutup pukul 9.00mlm untuk mengelakkan kesesakan. Ok! Harga seperti print screen di atas ye!
Nota Kaki: Penantian sekian lama… masalah ZUNE dalam Windows7 telah diselesaikan. Begitu juga dengan pencarian Video Editor yang bersesuaian. Tiada sebarang perubahan kualiti video dilakukan. Kalau ade pon, mungkin sebab YouTUBE. Video Editor yang saya gunakan adalah Corel Video Editor Pro3.
HTC HD7 Summary Review | CYRILDASON.COM
08/12/2010 @ 6:21 pm
[…] flymenigel.com, saimatkong.com , hanep.org , msxeroz.com, saffawati.com, sweetsurrender.99.com.my, blogserius.blogspot.com , thebackpackr.com , azmanishak.com […]
FTN
08/12/2010 @ 4:17 pm
whoahh..saya mmg tunggu nak baca semua review2 dari MAXIS10 ni.. masih berkira-kira sama ada nak cuba windows7 atau android.
but agak kecewa masalah pink tint utk camera HTC ini..kenapa masalah kecil ini tak diberi perhatian awal2 oleh HTC..nampak macam obvious sgt..most review bercerita masalah yang sama..
anyway..good review here. thanks sbb kasi penjelasan yang mudah difahami
.-= FTN entri terkini blog ..Mari Belajar Tarian Zapin Songsang =-.
Azman Ishak
11/12/2010 @ 9:26 am
masalah pink boleh di atasi dengan apps. apps percuma pon boleh reduce problem pasal pink tu. tadek masalah la sangat. untuk aku ianya bukan masalah besar pon.
terima kasih sebab datang komen ye 😀 :sengeh:
aizuddin
07/12/2010 @ 3:37 pm
masalah pink yg wat tak best :takut:
.-= aizuddin entri terkini blog ..Contest Blog Pilihan Malaysia 2010 =-.
Azman Ishak
11/12/2010 @ 9:25 am
bukan masalah besar. sebab aplikasi percuma pon boleh reduce masalah pink ni. :sengeh:
mijie
06/12/2010 @ 6:03 pm
nanti lepas ni handphone tu menjadi milik ko, review yang best, hehe
.-= mijie entri terkini blog ..Kelip kelip ku sangka api =-.
Azman Ishak
11/12/2010 @ 9:24 am
hehehe… of kos la bro.. :wek:
mijie
12/12/2010 @ 8:05 am
cantik tu, lepas ni lagi bertambah canggih la nampaknya
.-= mijie entri terkini blog ..Pulang ke kampung =-.
NoktahHitam
06/12/2010 @ 3:57 pm
lawa siot fake tilt shift. aku cukup gemar effect tu. tapi nak best kene ambik dari tempat tinggi
.-= NoktahHitam entri terkini blog ..Harga Barangan Malaysia Terendah =-.
Azman Ishak
11/12/2010 @ 9:24 am
tau tak pe… tapi point of view tak banyak la kat tempat kijer aku ni. space limited. kene naik top roof. :sengeh:
Roslan
06/12/2010 @ 12:58 pm
panjang karangan abg ni.. :bagus:
.-= Roslan entri terkini blog ..Cara Install Hybrid OS6 Pada Blackberry Anda =-.
Azman Ishak
11/12/2010 @ 9:24 am
penat dowh taip pepanjang macam ni.. hang omen 4 perkataan jer. haha :lawak-gile:
Tweets that mention Review 5 – #Maxis10 HTC HD7 – Kamera dan Video | AzmanIshak.Com -- Topsy.com
06/12/2010 @ 12:43 pm
[…] This post was mentioned on Twitter by Effi Obefiend Saharu, Muhamad Azman Ishak. Muhamad Azman Ishak said: RT @azmanishak Review 5 – #Maxis10 HTC HD7 – Kamera dan Video http://bit.ly/htmHgp […]
naimulfirdaus
06/12/2010 @ 12:14 pm
point utamanya kena pandai manipulasi semua kekuatan yang kita ada la..
biasalah, semua orang selalu nak mudah, bukannya bangsa kita ja, tapi mana-mana manusia pun yang jati diri lemah, mesti nak cepat semua benda..
.-= naimulfirdaus entri terkini blog ..Menjadikannya Bermakna =-.
Azman Ishak
11/12/2010 @ 9:23 am
aku lebih suke masa nak snap picture.. masa tu baru adjust imej kualiti same dengan imej enviroment. dengan macam ni baru dapat apa yang kita tengok.. sama macam apa yang dalam gambar,
matjoe
06/12/2010 @ 10:14 am
chun jugak gambar dia. nice reivew
Azman Ishak
11/12/2010 @ 9:22 am
terima kasih bro. xceli bukan semua pengguna HTC HD7 mengalami masalah pink seperti yang diwar-warkan.