Bertemu lagi kita untuk siri review seterusnya dalam SIRI: REVIEW 6 – #Maxis10 HTC HD7. Pada kali ini, apa yang saya nak cuba sampaikan di sini adalah dari sudut pandangan peribadi mengenai telefon ini. Apa yang saya harapkan dengan pendedahan kali ini, akan berlaku satu keajaiban dalam pembangunan FirmWare akan datang. Kalau tak untuk semua masalah yang dinyatakan… mungkin satu dua perkara pon dah kira bersyukur la.
Bercerita masa mula-mula dapat HTC HD7 ni, hati saya agak bercampur baur antara gembira dengan ke-TONGONG-an kepala untuk bercerita mengenai Windows Mobile versi 7. Sebelum ini, saya juga pernah menggunakan Windows Mobile iaitu HTC Touch. Alah… HTC yang ade pakai stylus pen tu. Kepala otak masa tu dah pikir.. bapak la payah kalau pakai pen stylus macam tu. Windows Mobile versi sebelum ni lebih kurang la macam Windows dalam komputer, tapi yang bezanya ianya agak ringkas tetapi padat serta stylus pen yang agak “annoying”.
Kemudian dalam masa yang sama, disebabkan diri ni dah terbiasa dengan Nokia N95, maka bermula la era saya membuat perbandingan itu dan ini tentang HTC HD7 ni. Banyak kelemahan yang diperolehi jika nak dibandingkan dengan Nokia. Oleh itu catatan ini duwujudkan bagi membuat beberapa perbandingan dari segi penggunaan serta perubahan yang saya harapkan dalam FIRMWARE HTC HD7 Januari 2011 akan datang.
Tiada Video Output
Tak paham kan…?? Kenapa perkara ni boleh tertinggal. Salah satu kriteria utama dalam SMART Phone untuk diri saya adalah Video Output. Sangat kecewa jugak la dengan perkara ni. Mana silapnya? Sedangkan rakaman video dari HTC HD7 ni adalah dalam bentuk HD. Jadi untuk saya menguji kualiti video di Sony Brivia kat rumah tu… agak bermasalah. Nak kene pindahkan file la pulak. Baru boleh tengok. Kan melecehkan tu… Saya harapkan lubang USB ini boleh di cucuk terus di TV Sony Brivia, dan terus membolehkan tv saya mencari FILE VIDEO/IMEJ di dalamnya. Bukankah itu perkara yang agakk GEEK yang perlu dipertimbangkan dalam FIRMWARE akan datang???
Paparan MENU
Sebelum ini saya menganggap paparan menu amat kurang la selesanye bhaiii…. Meskipon ada sesetengah tu berkata ianya seperti effect macam tengok cerita Minority Report. Uhhh.. masa tu masih belum lagi teruja. Rasa macam nak cakap… hek alahaii… Tapi disebabkan entri ini dari Obefiend dan vidoe ini oleh Amanz Network… saya terus jatuh cinta kali kedua dengan telefon ni. Sila tengok tayangan video ye… same macam menu HTC ni. (Ini PRO atau Contra ni??? mbuahahaha *belot*….)
Media Storan Bergerak (Removable Media Storage)
Kalau masa saya menggunakan Nokia N95, saya mempunyai pilihan sama ada nak menjadikan sambungan USB ke telefon tu sebagai Media Setoran Bergerak, Pengurusan Telefon dan sebagainya… Tapi dengan HTC HD7 ni agak terkejut sebab keupayaan sebegitu telah disekat. Jadi, saya tak boleh lagi menjadikan telefon bimbit saya sebagai pendrive. Sayang la… Untuk diri saya, telefon kalau setakat main atau simpan MP3, simpan Video… tapi tak boleh nak jadi Media Storan… maka nak perluaskan lagi fungsi telefon bimbit era masa kini akan terhenti setakat tu.
Papan Kekunci
Saya tak ada masalah dengan susunan papan kekunci QWERTY pada skrin sesentuh, tapi mintak la para pembangun Windows Mobile terutamanya untuk HTC HD7 ni… tukarkan layout papan kekunci apabila ditegakkan (Potrait) kepada NUMERIC Keypad. Masalah yang timbul apabila anda nak membalas SMS sebelah tangan. Susah bukan main. Kalau boleh masa kemaskini FIRMWARE pada bulan Januari 2011 ni, perkara ini diberi perubahan. Jadikan keyboard kepada keypad bila ditegakkan (portait)
Masalah papan kekunci juga melibatkan aplikasi seperti Internet Explorer Mobile. Katakan… kalau telefon ni diletakkan pada posisi mendatar (landscape), papan kekunci ini masih juga tegak QWERTY dan tidak mengikut putaran skrin. Sangat-sangat bermasalah sebab nak menaip URL dalam keadaan menegak (Potrait) disebabkan QWERTY pada paparan menegak terlalu kecil dan rapat.
Kelantangan Pembesar Suara (Speaker)
Perlahan sangat… (atau telinga saya yang dah pekak?). Memang tak sesuai nak dijadikan jam loceng. Eh eh eh… kata nak pelbagaikan fungsi kan tadi??? Jadi ini salah satu fungsi yang saya rasa… saya amat memerlukan. Dah la nak bangun pagi agak liat… Jam loceng pon bunyi tersangat-sangat la merdu… maka makin bertambah lena la jawabnya. Bila mana menggunakan “Loud Speaker” semasa buat panggilan…. pon same jugak, perlahan sesangat. Tapii… ade tapinya, kalau pakai Headset… perghhh… memang kualitinya lagu yang dimainkan agak kagum jugak la.
Capaian Internet
Kalau saya bandingkan dengan telefon NOKIA dah tentu ramai yang paham macam mana yang dikatakan Internet Connectivity on demand. Untuk HTC HD7, segalanya LIVE. Sebab telefon ini akan diintegrasi bersama akaun LIVE anda. Saya paham akan kebaikan perkara ni. Masalahnya adalah, jika anda mematikan fungsi GSM Connectivity (Data Connection – Internet) maka, tiada lagi capaian internet untuk anda melainkan menggunakan WIFI. Apa yang anda perlu lakukan adalah tetapkan/hidupkan semula sekiranya anda nak menggunakan Internet di bahagian tetapan.
Potong dan Tampal (Cut & Paste)
Perkembangan positif apabila perkara ini telah diberi pertahatian oleh pihak pembangun FIRMWARE di mana pada tahun akan datang juga akan ada kemaskini mengenai CUT & PASTE. Jadi harapnya kepada pengguna HTC HD7 ni bersabar menunggu kemaskini secara live dari mereka semua. Buat masa ini, masih tiada fungsi potong dan tampal (Cut & Paste) yang boleh dilakukan.
Peta dan Pandu Arah Bersuara
Perkara ini sepatutnya di-HIGHLIGHT-kan untuk pembangun aplikasi berbayar. Tadek masalah kot kan? Tapi kebanyakkan aplikasi peta yang berada di Market Place, kesemuanya tiada satu yang boleh digunakan tanpa perlukan bantuan internet (Map Application). Maksudnya tiada aplikasi Offline Map seperti GARMIN dan sebagainya. Ni satu hal juga yang saya tak paham… Kalau aplikasi macam mencari kedudukan kereta tak tau parking letak tang mana… map tracker anda berjalan kehulu-kehilir… tah hape-hape tu banyak la. Perkara ini juga turut diberi perhatian dalam kemaskini FIRMWARE tahun hadapan.
Twitter dan Masalah Sosial
Ahh… yang ni sangat tak berkenan. Twitter dianak-tirikan. Tiada integrasi seperti FaceBOOK menggunakan LIVE ID sama sekali. Sama ada ini masalah dalaman politik antara TWITTER atau Microsoft. Okk… ini bukan masalah kita. Kita bagi peluang pada mereka untuk selesaikan secara bijak. Dah la dengar cerita ura-ura FACEBOOK akan di BAN di Malaysia… Jadi apa guna lagi kita integrasi FACEBOOK di HTC HD7? (itu kalau betul la RUMORS ni…)
Masalah dalaman KAMERA (Imej statik)
Masalah keputihan… eh… silap.. masalah PINK yang ketara untuk sesetengah keadaan cahaya. Tak semua. Kalau dalam 10 orang… 7 orang memperkatakan perkara yang sama. Saya antara 3 orang yang terkecuali kot dari masalah keputihan… eh salah lagi… Masalah PINK ini. Selain daripada itu, apa yang membuatkan saya rasa tak selesa adalah mode AUTO-FOCUS yang diletakkan pada setiap SCENES. Sehinggakan mode SPORT pon ade auto-focus. Ini menyebabkan gambar yang sepatutnya SPORT… menjadi kabur akibat kegagalan kameranya untuk memfocus pada kelajuan tinggi. Masalah lain juga adalah, sensitiviti jika berlaku gegaran kecil (shaking) dalam MODE SPORT pada keadaan kurang cahaya yang sepatutnya tidak berlaku.
Bila bercakap keadaan kurang cahaya… memang banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Perkara ini banyak diperkatakan oleh rakan-rakan #Maxis10 HTC HD7 yang lain. Anda boleh ikuti preview mereka tentang perkara ini pada pautan yang saya sediakan di akhir rancangan ini… ok!!!
Akhir kata….
Saya harap saya bersifat adil dalam membuat review untuk tatapan anda semua. Sekali lagi saya ingin perkatakan… pandangan di atas ini adalah hasil dari segi penilaian dan penelitian peribadi. Perkara tersebut merupakan kriteria yang saya inginkan untuk sesebuah SMART Phone. Sebenarnya kalau nak korek kelebihan yang dibawa dalam HTC HD7 ini terlalu banyak, ini termasuklah Mencari Telefon Saya ataupun menulis Agenda di LIVE.Com Calender, secara automatik ianya muncul di telefon HTC HD7 ni. Macam MAGIKA… tapi itu adalah realiti teknologi yang diperkenalkan dalam HTC HD7 pada kali ini. Memang jujur saya katakan…. saya dah mula SERASI dan sayangkan telefon ni.
Kebanyakkan kelemahan-kelemahan yang saya bincangkan di atas ni adalah cuma disebabkan PERISIAN (software). Untuk PERKAKASAN (hardware), ianya tidak membawa sebarang masalah. Semua tugasan dan proses daripada perkakasan di proses oleh prosessor dan juga adunan perisian. Masalah tersebut datangnya di sini. Saya harap beberapa aspek yang disentuh di atas ini dapat diberi perhatian semasa kemaskini FIRMWARE pada Januari 2011 yang akan datang.
Sekiranya terdapat apa-apa kesilapan sepanjang sesi REVIEW saya selama mana hampir mencecah 2 Minggu ni… saya memohon maaf atas kelemahan diri. Seperti yang telah saya nyatakan pada perenggan kat atas-atas tu, jika anda berminat untuk membaca siri REVIEW #Maxis10 HTC HD7 oleh REVIEWER yang lain, anda boleh klik pada pautan di bawah.
- Flymenigel – http://blog.flymenigel.com/random-rants/maxis10-htc-hd7-hidden-features/
- Obefiend – http://obefiend.blogspot.com/2010/12/maxis-htc-hd7-review-part-v-hd7-not.html
- Saimatkong – http://blog.saimatkong.com/index.php/2010/12/09/htc-hd7-windows-phone-7-people-hub/
- Hanep – http://www.hanep.org/2010/12/maxis10-htc-hd7-and-its-connectivity/
- MsXeroz – http://www.msxeroz.com/2010/12/htc-hd7-camera.html
- Cyrildason – http://cyrildason.com/2010/12/10/the-htc-hd7-battery-life-comparison-test/
- TheBackpackr – http://thebackpackr.com/cloud-storage-rocks/
- Sweet Surrender – http://sweetsurrender.99.com.my/?p=9038
- Saffawati – http://saffawati.com/other-things-on-htc-hd7/
Anda juga ingin membaca REVIEW saya yang lepas:-
- VBLOG – #Maxis10 HTC HD7 – The Unboxing & 1st Impression.
- Review 1 – #Maxis10 HTC HD7 – Cinta Pandang Pertama
- Review 2 – #Maxis10 HTC HD7 – Cubaan Live Blog
- Review 3 – #Maxis10 HTC HD7 – Mencari telefon saya
- Review 4 – #Maxis10 HTC HD7 – “Teras Keras”
- Rercubaan Tilt-Shift menggunakan apps di HTC HD7 #Maxis10
- Review 5 – #Maxis10 HTC HD7 – Kamera dan Video
Nota: Saya Kakikomplen… tapi bukan KakiBodek. Kalau nak komplen… kene ade bukti… Anda diberi peluang untuk semak kesalahan ejaan. hehehe Terima Kasih.
Morocco Day Trips Desert Tours from Marrakech
15/12/2017 @ 8:24 am
I read this paragraph fully regarding the comparison of most recent
and previous technologies, it’s awesome article.
TUTOR: Bagaimana nak import contact dari Nokia ke Telefon HTC HD7 @ Kaki Komplen Malaya
12/12/2010 @ 11:04 am
[…] Tutorial ini juga mungkin berguna untuk rakan-rakan #Maxis10 HTC HD7. Selamat […]
amirulfaiz
12/12/2010 @ 10:26 am
uh, bagus review ni, jujur sekali. 🙂
.-= amirulfaiz entri terkini blog ..Highland Towers Selepas 17 Tahun =-.
Azman Ishak
18/12/2010 @ 11:13 am
harap saya berlaku adil. review ni supaya pembangun Windows Mobile
buat sedikit pembaharuan dalam keluaran firmware akan datang.
wazy
11/12/2010 @ 10:58 pm
banyak gak yang contra pasal HTC ni
hmm macam tak jadi sambar satu la
hehe
.-= wazy entri terkini blog ..Giveaway Domain dari Sumijelly & Sekilass =-.
Azman Ishak
18/12/2010 @ 11:12 am
kekeke… kalau nak citer kebaikan plak.. lagi banyak bro.
penggunaan telefon sebagai alat komunikasi depends
pada penggunaan. aku tak paksa orang beli pon.. lol~ :sengeh:
fikri91
11/12/2010 @ 10:16 pm
best r bro punya review..
tak berat sebelah2..
jujur…
walaupun ada ‘sedikit’ kelmehan ada dekat HTC…
aku still bermint dengan model HTC ney..
.-= fikri91 entri terkini blog ..HUBLOT GENEVE BIG BANG KING POWER F1 RM335 =-.
Azman Ishak
18/12/2010 @ 11:12 am
model ni sesuai untuk kaki facebook dan pencinta user interface, semua cakap UI dia sangat smart clean dan cun.
EiNS
11/12/2010 @ 2:23 pm
Orang US xkan guna alphanumeric keyboard mcm nokia tuh…so memang takde harapan kot nak tgok firmware baru nie muncul
nak guna sebagai pendrive? ada kena ubah registry skit…senang gila kot…iphone pun x boleh guna sbagai pendrive melainkan guna third party apps
Kamera? Memang HTC dari dulu punya kamera sucks…tak kira la berapa MP kamera diorang letak dan HD ke tak HD tetap kualiti buruk…
Btw Kamera dan Speaker nokia terbaik…GPS pun nokia (OVI Maps terbaik)…setakat aku guna iPhone smua gps apps cacat dan buruks, dah la berbayar
Azman Ishak
18/12/2010 @ 11:11 am
eins. thanks for feedback!
aku lagi suke keyped numeric masa potrait tu. sesah la nak live blog macam ni. hahaha.. kalau pakai keyboard style leceh. tak bleh nak liveblog sebelah tangan.
untuk registry hack tu aku dah buat, tapi rasanya tak perlu kot. aku cuma nak dia bleh jadi macam removal drive bila kita nak. maknanya aku boleh cucuk cable kat TV pakai USB. so bleh terus layan movie yang aku tangkap pakai tepon ni.
Kamera ok la.. tadek worst sangat. tapi masalahnye perkiraan WB dia macam suck. mungkin strategi perniagaan.. bila dia buat weak macam ni, so ramai developer boleh create apps. dengan cara ni… sapa nak jual apps.. kene masuk under microsoft. BOLOT betoi kan..
Speaker memang slow. tapi aku tak layan sangat dah mende macam ni. since dah bukan zaman aku kot. kalau nak layan lagu pon sekali sekala. pakai earphone sudah, memang bunyik best. msalah nye kalau loudspeaker masa nak sembang tanpa pegang. itu jadi masalah bila terlampau slow.
map… tak mencapai stended. tak same macam android map atau OVI map. aku dah tengok android map yang HTC Desire Z Roslan Nazri.. memang menangis dowh… siap dengan view 3D. then gps detection cepat giler. even offline.
tengah tunggu apps yang crack. lol~
akois
11/12/2010 @ 12:35 pm
baru nak sambar satu..tp bila baca review nie.. patah hati la rasanya.. so ada apa2 cadangan tak phone mana yang sesuai utk dibeli..buat masa nie..
Azman Ishak
18/12/2010 @ 11:05 am
jangan tak tau. kelemahan ni sebenarnya dalam peringkat naik taraf windows mobile. update terkini akan dilakukan pada bulan january 2011. update dilakukan secara automatik dan percuma. jadi tak perlu nak cable dan berbagai bagai perkara yang peningkan kepala.. semua online. cuma pastikan kekal dalam talian masa melakukan kemaskini tersebut. :sengeh:
marrakech desert tours 1 day
23/03/2017 @ 10:43 pm
Hi everybody, here every one is sharing these kinds
of familiarity, so it’s fastidious to read this weblog, and I used to pay a
quick visit this blog all the time.
dnoBiz
11/12/2010 @ 11:44 am
aku memang tak suka HTC, mungkin sebab dah terbiasa dengan norkiah op silap… Nokia :sengeh:
.-= dnoBiz entri terkini blog ..HandPhone & SMS – Pernah Periksa Talifon Bimbit Pasangan Anda =-.
Azman Ishak
18/12/2010 @ 11:04 am
aku pon dah terbiasa dengan nokia. tapi so far untuk HTC HD 7 ni sangat la bestnye. mungkin sebab os kot.
Tweets that mention Review 6 – #Maxis10 HTC HD7 – Perkara yang perlu diperbaiki untuk FIRMWARE akan datang. | AzmanIshak.Com -- Topsy.com
11/12/2010 @ 11:01 am
[…] This post was mentioned on Twitter by Ikhwan Nazri and Merpati Putih, yonna. yonna said: RT @azmanishak: Review 6 – #Maxis10 HTC HD7 – Perkara yang perlu diperbaiki untuk FIRMWARE akan datang. http://tinyurl.com/2d6yj5t […]