Samyang 14mm f2.8 - Ultra Wide Angle Lense.
Samyang 14mm f2.8 – Ultra Wide Angle Lense.

Alhamdulillah… ini nak kata obses pon aku tak tau la nak cakap ape lagi. Tapi keinginan untuk mensudut-dongakkan setiap artwork tu sebenarnya dah lama terpahat di hati. Cuma masalah sebelum ni masih tak mampu nak memiliki. Sekarang, satu lagi asset telah aku invest untuk AI MEDIA NETWORK berupa lense manual Samyang 14mm f1.8 ED AS IF.

Maksimum bukaan Aperture lense ini adalah f2.8
Maksimum bukaan Aperture lense ini adalah f2.8

Nak beli yang auto, boleh bayangkan je la harga dia kalau dah APERTURE sampai f2.8 tu kan? Lagi-lagi dari kategori ULTRA WIDE ANGLE. Buat masa ni hanya mampu memiliki lense dari kategori manual. Sebabnya, hobi ini masih belum di utilize sepenuhnya. Insyaallah jika dah stabil, teknik pon dah betul, baru boleh invest kepada Auto-Focus lens.

Seperti biasa, siri review aku adalah dari gambar dan caption. Sila baca dengan teliti kepada mereka yang berminat untuk memiliki lens ni. Kene faham, ini adalah manual lense. Ianya tidak ada motor elektrik, tiada kawalan aperture automatik… lupekan semua tu… Semuanya manual. Maknanya… kalau nak aperture besar, sila putarkan aperture-ring pada badan lense ni.

Sebelum saya terlupa, mungkin ada rakan yang bertanya, “Saya tak paham la short-term pada body lens ni. Contohnye: Samyang 14mm f1.8 ED AS IF, jadi boleh tolong terangkan tak?”. Untuk mendapat maklumat yang lebih tepat dan terperinci, aku cadangkan kamu membaca kod-kod tersebut di sini, untuk dibuat rujukan.

Lens hud untuk Samyang 14mm f2.8 ni adalah fixed. Tak boleh cabut
Lens hud untuk Samyang 14mm f2.8 ni adalah fixed. Tak boleh cabut
Ada tak yang masih keliru antara focusing ring dan juga zooming ring. Lain tahuu.. hehehe...
Ada tak yang masih keliru antara focusing ring dan juga zooming ring. Lain tahuu.. hehehe…
Lens Samyang 14mm f2.8 ni, kanta depan dia agak gembung, Jadi memang tadek
Lens Samyang 14mm f2.8 ni, kanta depan dia agak gembung, Jadi memang tak letak filter la.
Sample Imej 1 - Secara jujur, aku masih tak pandai bermain angle untuk lense ni.
Sample Imej 1 – Secara jujur, aku masih tak pandai bermain angle untuk lense ni.
Sample 2 - Masih terkial-kial untuk mensudutkan gambar.
Sample 2 – Masih terkial-kial untuk mensudutkan gambar.
Sample 3- Wide Angle and Panning? Sebenarnya tak tersengaja... bila buat lagi sekali.. tak jadi dah. lol~
Sample 3- Wide Angle and Panning? Sebenarnya tak tersengaja… bila buat lagi sekali.. tak jadi dah. lol~
Pemandangan ke luar jendela. Dari pandangan workstation aku kat rumah.
Pemandangan ke luar jendela. Dari pandangan workstation aku kat rumah.
Ok.. Sample "Pengelas" - Amirul Azhar... kekeke... geram pipi dia!
Ok.. Sample “Pengelas” – Amirul Azhar… kekeke… geram pipi dia!

NOTA: Banyak rakan yang suggest supaya aku ambik lens second-hand. Masalahnye bukan berlagak tanak guna lens second-hand, tapi bile memikirkan same je nak kene keluar duit pon lebih kurang sama dengan lense manual yang baru. Baik ambik baru.. manul pon ok la. Janji ada ART . Kekekeke… Tapi yang sebenarnya… LENS AUTO MAHAL NAK MAMPUS KAU TAHU!!!!