Erk.. kenapa? Keywords macam kenal eh? Hehehe… secara jujur saya cakap, untuk entri Contest Hidup Seorang Blogger yang lepas, saya sudah pon jatuh beberapa anak tangga dalam sesi bermain KeyWords. Dari sini ada beberapa kesilapan dalam menghadam (extract) kata kunci yang diberi. Tahniah kepada anda yang menggunakan Kata Kunci Hidup Seorang Blogger sebagai permulaan ayat untuk tajuk catatan anda.
Owh tapi tak mengapa… pertandingan ini masih lagi terbuka.. sekarang ni adalah peringkat saringan. Nak kata pandai bermain SEO, memang saya tak tahu haper… saya lebih suka menulis secara terbuka. Tak perlu nak pecah kepala dalam merialisasikan Skop Hidup Seorang Blogger. Kerana apa yang saya paparkan dalam blog ini merupakan kesah hidup seorang blogger iaitu kesah saya sendiri.
Hehehe… ada tak anda nampak ape yang pelik pada tajuk di atas? Baiklah.. di sini saya terangkan mengenai pemahaman saya mengenai SEO. Konsep SEO untuk saya… (saya ulangai…) Konsep SEO untuk saya amat mudah. Perkataan SEO itu adalah SEO-nya sendiri. Pantang tulis tajuk SEO… maka berderu la orang terbit kat blog anda kan??? Jadi kalau tak tulis SEO, manakan nak datang SEO tu kan? (ada datang… tapi tak la sehebat kalau ia di tulis) Pikir logik kembali. Anda nak menulis tentang kontes Hidup Seorang Blogger, tapi menggunakan kata kunci Kitaran Hidup Seekor Lalat… nah.. mana mungkin SEO kamu tu akan tertapis masuk ke Hidup Seorang Blogger.
Konsep SEO ni bukan konsep bahasa kiasan. Ianya adalah straight to the point. Permainan kata kunci dalam penulisan dengan hotlinking… jangan pula di salah paham. Walaupon ade 1000 hotlinking atau backlink yang anda buat dalam catatan anda, tapi pemilik LINK tersebut tidak akan menerima 1000 pingback atau trackback kembali. Untuk satu catatan di WordPress yang mempunyai HotLinking/Pingback/TrackBack catatan blog rakan anda, (dalam contoh ini adalah Kontest Hidup Seorang Blogger), pemilik LINK tersebut akan menerima hanya satu sahaja PingBack/Trackback.
Ada sesetengah peserta yang bermain kata kunci tersalah paham akan konsep ini. Dengan harapan dia akan menjadi referer terbaik dalam penyenaraian indeks di GOOGLE, mereka menyumbat kebanyakkan kata kunci yang berkaitan dengan permalink tajuk yang dipertandingkan. Pada tanggapan saya, ianya tidaklah salah. Tapi itu cuma pada satu catatan.. macam mana pula dengan catatan yang lain? Larat ke nak buat semua tu? Nampak agak tak efficien dan terlampau berseloroh bak kata orang tu…. atau pada kata lain TAK SENONOH…
Untuk itu saya tak perlu berahsia dengan anda teknik dengan anda, kerana saya sentiasa berpegang, “Siapa rajin dalam dunia ni terutama dunia INTERNET, maka dia lah yang akan maju”. Saya berkongsi satu lagi plugin untuk kebaikan anda iaitu RSS Footer dan Popular POST. Kebaikan RSS Footer adalah ianya membantu anda untuk menulis semula Permalink tajuk catatan anda pada RSS Feed. Dengan cara ini anda mendapat 1 pingback secara automatik sekiranya laman anda tersenari secara penuh di laman Aggregator sebagai contohnya #KakiKomplen.
Dengan menggunakan Plugin ini, anda boleh merangka bentuk macam mana RSS Footer anda akan dipaparkan. Sekaligus ianya membenarkan anda untuk memasukkan sebarang kod HTML lain. Di sini lah anda boleh masukkan Permalink Kontest Hidup Seorang Blogger. Mudah bukan???? Tak perlu nak masukkan sampai berjuta-juta TAG dalam satu catatan anda. Pantang ade perkataan Hidup dan juga memberi… habis semua kene TAG. Kekeke… TAG yang terlampau banyak itu juga mempengaruhi minat pembaca anda. Jadi perkara sebegini kena lah prihatin.
Dah saya cakap tadi.. saya ni tak pandai dalam bermain SEO. Dan memang terbukti saya akui saya dah kalah dalam saringan pertama. Sebab tu la saya wujudkan sendiri untuk peringkat cabar, mencabar dan dicabar. Kali ni saya harap tajuk ini akan tersenarai dalam carta Papan Utama GOOGLE untuk kata kunci Hidup Seorang Blogger.
Kepada rakan blogger yang turut sama menjadi peserta, saya tidak harapkan anda berpeluk tubuh dan hanya tunggu masa keputusan diumumkan. Masih ada masa lagi untuk memperbetulkan kesilapan anda. Kaji dulu faktor kata kunci anda di Google. Kemudian rangkakan kembali catatan peribadi anda yang selari dengan Kontest Hidup Seorang Blogger.
Nota: Jadi apa pulak cabaran 100 hari? Isteri saya sedang berpantang di kampung. Rindunya… hanya tuhan yang tahu kat anak dan isteri. Minggu ni saya akan pulang ke Kedah. Memandu berseorangan untuk bawak mereka pulang ke Kuala Lumpur. Saya cuma harapkan anda dapat mendoakan keselamatan perjalanan saya pergi dan balik. Amin… Terima Kasih Malaysia.
puanbee
04/08/2012 @ 3:15 am
Saya telah membaca post ini.
Hidup Seorang Blogger
25/08/2010 @ 11:10 am
Pandangan yg menarik dari bro.. maybe ada pelung entry nak naik ni..
.-= Hidup Seorang Blogger entri terkini blog ..Cabaran Hidup Seorang Blogger Melalui Aktiviti Online =-.
mohdisa
25/08/2010 @ 9:07 am
nice, pandangan yang tah senonoh. hehe, acah jerk. aku punya dah jatuh ke mana tah, tak silap dah masuk page 3 gara-gara g upgrade thesis theme. hehe, tp masih belum terlewat kot. 🙂
.-= mohdisa entri terkini blog ..HIDUP SEORANG BLOGGER =-.
Hidup Seorang Blogger
25/08/2010 @ 11:08 am
Baru lepas upgrade.. so, baru nak start enjin tu.. hehe
.-= Hidup Seorang Blogger entri terkini blog ..Cabaran Hidup Seorang Blogger Melalui Aktiviti Online =-.
Azman Ishak
25/08/2010 @ 11:23 am
Hehe.. salam, terima kasih datang singgah.
sila tunjuk ajar kalau salah. :sengeh:
Azman Ishak
25/08/2010 @ 11:23 am
salah main keywords la masa entri pembukaan hari tu. hadoi ai.. sekarang ni nak kene siapkan draft untuk 29/08/2010. Pasal masa tu aku dah ade kat kampung. Masih ade masa nak perbetulkan kesilapan ni. :wek:
denaihati
25/08/2010 @ 4:56 am
Ni lah salah satu mengapa contest SEO di buat adalah untuk berkongsi ILMU bukan sekadar hadiah sahaja. apa kata bro re write balik untuk aku publishkan di denaihati.com sebagai penulis undangan…. ok ke???
.-= denaihati entri terkini blog ..Melayu Buang Bayi yang lebih Jahiliah daripada Jahiliah =-.
Azman Ishak
25/08/2010 @ 10:18 am
erk.. tak paham.. rewrite balik? segan la bro.. aku ni tak pandai bab bab SEO ni. segan plak kalau orang lain baca kat blog bro. hehehe.. kalau blog aku ni tak kesah la.. blog tah ape ape je blog ni. merapu merepek sorang pon tak kesah.
series segan. tapi kalau bro berminat, aku tadek hal kalau bro nak copy terus artikel ni termasuk dengan image.. tadek masalah.. sebab image aku hosting kat luar.
terima kasih bro.
Kaki Komplen Malaya » SEO Hidup Seorang Blogger dan Misi cabaran 100 hari.
25/08/2010 @ 2:16 am
[…] oleh: AzmanIshak.Com URL: Home Nota: Anda akan dibawa ke laman pemilik asal dalam masa 15saat dari sekarang. […]
mrnamie
25/08/2010 @ 2:14 am
aku pun tak reti gak nak main SEO ni. Rasanya setiap entry aku aku main bantai je tulis. *tapi dalam hati ada gak nak applykan cara-cara SEO nih* hehe
.-= mrnamie entri terkini blog ..Mouse kegemaran aku rosak =-.
Azman Ishak
25/08/2010 @ 11:21 am
ye betoi.. kita same la.. main bantai jer kan… tapi SEO ni nak kene kait kait gak.. contohnye perkataan Hidup Seorang Blogger kene lah bagi tebalkan…
itu satu teknik yang amat mudah dan simple. :sengeh:
mijie
24/08/2010 @ 10:30 pm
satu pandangan yang cukup ikhlas, akan aku take note dengan nota bro, thanks dan sudah sampai masa untuk aku kaji kembali blog aku tu
.-= mijie entri terkini blog ..Hidup seorang blogger part 1 =-.
Azman Ishak
25/08/2010 @ 11:20 am
ye bro.. ade beberapa lagi kesalahan aku perhatikan termasuk lah dalam entri ni. nanti aku cube huraikan dalam entri yang akan datang.. insyaallah… kalau berkesempatan la. :wek:
Anarm
24/08/2010 @ 10:26 pm
tak ganggu theme ke rss footer tu? :kompius:
.-= Anarm entri terkini blog ..Kongsi link dengan Tweet Button Bookmarklet =-.
Azman Ishak
25/08/2010 @ 10:19 am
RSS Footer akan duduk dalam RSS la.. bukan duduk kat main.
x celi nko takkan nampak pon dia duduk kat main… yang hang tengok
dalam blog aku tu pasal aku customize template… :wek: