Horay… penyertaan telah diterima.

Pagi tadi, ade la jugak berkesempatan membelek aktiviti terbaru mengenai Social Media Award kat Facebook. Kali ni, seperti biasa, aku mencalonkan diri sendiri untuk bertanding. Bukan hasrat nak menang.. (walaupon dalam hati tu, memang nak menang pon), sebaliknya adalah untuk dengan menjadikan platform ni sebagai matlamat utama untuk seboleh mungkin cuba menaikkan penjenamaan diri sendiri ke peringkat seterusnya.

Membuat pendaftaran agak lewat tengah hari tadi. Bila dah sampai rumah, check email. Tengok-tengok, pencalonan dah diterima dan dipaparkan di laman Social Media Award 2013 untuk kategori Favourite Photography Blog. Bagi rakan-rakan yang berminat untuk mencalonkan sesiapa sahaja yang berbakat dalam industri Social Media ni, ataupon nak mencalonkan diri sendiri, anda semua sudah boleh mula berbuat demikian sekarang. Tapi sebelum tu, pastikan mendaftar terlebih dahulu di Social Media Award 2013.

Selamat bertanding dengan sihat!