P1-Wimax – Apa yang kamu perlu tahu.

Ramai yang tertanya-tanya macam mana dengan perkembangan P1-Wimax yang aku gunakan sekarang. Adakah memuaskan hati? Adakah kelajuannya sudah bertambah? Bagaimana pula dalam keadaan hujan? Owh.. macam-macam lagi. Soalan yang sama datangnya juga dari rakan pejabat aku sendiri. Terlebih dahulu aku jelaskan ini bukan entri untuk membodek. Sebaliknya aku menerangkan apa yang perlu kamu tahu sebelum bertukar kepada ISP ini.

P1-Wimax didatangkan dalam dua jenis sambungan. Untuk yang pertamanya adalah dari jenis P1-Wimax Desktop Modem + Wifi dan yang kedua pula adalah P1-Wiggy. Aku masih belum berpeluang untuk menggunakan P1-Wiggy. Mungkin sikit masa lagi aku akan buat REVIEW di sini sekiranya diberi kesempatan untuk mencubanya.

Untuk pengetahuan semua, tajuk di atas datangnya daripada search engine (keyword) yang telahpun menyelinap masuk ke blog ini. Sekiranya kamu ingin mengikuti perkembangan liputan kawasan P1-Wimax, kamu boleh ikut perkembangan tersebut melalui akaun Twitter mereka di:- @P1Media, @P1Cares dan @P1W1max. Kalau kamu mahukan laman peta liputan, kamu juga boleh terus ke capaian yang telah disediakan oleh pihak P1-Wimax di sini.

Dalam kes aku di sini, aku mempunyai dua stesyen pemancar yang membolehkan aku bertukar-tukar signal penerimaan sekiranya terjadi gangguan. Untuk pengguna di tempat yang lain, aku tidak arif mengenai masalah ini. Seperti juga dengan pengguna lain, kekerapan terputus dari capaian internet adalah amat memeritkan. Aku juga sering membuat aduan kepada khidmat pelanggan P1-Wimax, sama ada menggunakan twitter ataupun melalui telefon. Apa yang pentingnya, pihak P1-Wimax ini akan menghantar teknisyen mereka untuk sites-survey sekiranya masalah yang dialami berlanjutan.

Kekerapan terputus dari capaian internet kadangkala terjadi apabila waktu hujan. Oleh itu, kena pandai-pandailah sendiri membuat talaan modem tersebut kepada pemancar lain yang berdekatan. Bukan sahaja P1-Wimax, malah sebelum ini juga aku menggunakan Celcom, U-Mobile dan Izzi. Keadaan yang sama juga terjadi sekiranya hujan lebat. Apa yang kamu perlu tahu, aku juga terpaksa membuat talaan modem sama seperti mencari siaran radio pada zaman Perang  Jepun.

Jadi apakah yang membezakan antara mereka semua? Bagi aku adalah kerana khidmad pelanggan mereka yang patut diberi pujian. Masalah sekarang ni yang aku nampak… pihak P1-Wimax sudah mula kurang melayan karenah pengguna mereka menggunakan Twitter. Mungkin ada sesuatu alasan yang kita di sini patut tahu. Harap ianya dapat penerangan ringkas dari mereka di sini.

Secara ringkasnya apa yang aku boleh rumuskan mengenai perkhidmatan ini, ianya amatlah baru. Tetapi mempunyai tahap perkembangan yang amat pesat jika dibandingkan dengan pembekal yang lain. Buat masa ini, P1-Wimax sedang menaik-taraf tahap capaian pengguna mereka berperingkat-peringkat keseluruh Malaysia.

Nota Ringkas Admin Panel P1-Wimax Desktop Modem + Wifi Router.

1. Untuk penerimaan yang signal yang jelas, sila halakan modem kamu dengan mukanya menghala ke tempat terbuka sebagai contohnya keluar tingkap. Pastikan kamu mengikuti panduan talaan modem seperti yang tertera pada laman peta pemancar mereka.

2. Meskipun kamu menerima signal penuh yang berwarna hijau, ini tidak bermakna tahap kelajuan yang kamu terima adalah sama seperti di dalam perjanjian yang telah ditandatangani. Kerana apa? Adakah kamu nampak TX-Power dalam rajah di atas? Sekiranya signal TX adalah melebihi 10dBm, ini amatlah tidak bersesuaian. Sepatutnya ianya kurang daripada 10dBm untuk mecapai tahap kapasiti kelajuan yang dilanggani. (berdasarkan pengalaman aku)

3. Untuk kes seperti di atas, kamu perlu buat talaan mikro atau “Fine Tuning” dengan memusing kekiri atau kekanan sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kualiti yang memuaskan hati. Meskipon Frekuensi diukur dalam bentuk Hertz (Hz), tapi aku tak paham kenapa P1-Wimax mengukurnya dalam Desibel (dB).

Image from: www.sciencescope.co.ukImage from: www.sciencescope.co.uk

4. TX-Power adalah Transmit Power. Semakin besar POWER yang  Transmit, semakin jauh sebenarnya kamu berhubung dengan sesuatu pemancar itu. Berbalik kepada asas DESIBEL atau denyutan atau Frekuensi atau Hertz, untuk menghubungkan sesuatu pemancar kepada pengguna yang jauh maka semakin tinggi antena pemancar akan digunakan dan semakin tinggi juga kuasa pemancar turut terlibat. (sila betulkan aku kalau aku silap ye)

5. Sama seperti kamu menjerit. Untuk bercakap dengan orang yang berada di hadapan kamu, kamu tidak perlu menjerit (kecuali orang itu pekak atau kurang pendengaran) untuk menyampaikan sesuatu maklumat tetapi untuk mereka yang jauh, kamu memerlukan tenaga yang kuat untuk menjerit supaya suara dan maklumat yang hendak disampaikan diterima dengan jelas.

6. Dalam proses perjalanan menyampaikan maklumat yang jauh melalui jeritan itu, maklumat atau suara itu tadi akan diganggu oleh bunyi-bunyi asing yang dikenali sebagai NOISE. Sila buat rujukan kembali nota Electronic Communiacation yang telah kamu pelajari pada Semester 3. Hehehe…

Harap sekarang kamu faham kenapa tahap penerimaan berbeza antara Modem P1-Wimax dan juga modem broadband yang lain dipasaran. TX dan RX adalah signal pemancar dan signal penerimaan. Ditengah-tengahnya terdapat NOISE atau gangguan. Sekiranya pihak pembekal meningkatkan Power Transmit, ianya juga akan menaikkan frekuensi tersebut supaya boleh dicapai dalam kadar yang jauh. Tetapi dalam masa yang sama, kos yang berhubung kait dengan POWER Transmit (antena pemancar dan kuasa pemancar) itu tadi terpaksa juga dinaikkan. Inilah yang menyebabkan kamu di charge dalam pelbagai pakej bayaran.

P/S: Jangan nak gebang cakap aku dibayar loyalty untuk entri ni ye.. hehehe… Aku sekadar ingin berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat dengan kawan-yang sering bertanyakan mengenai P1-Wimax. Bagus atau tidak, kamu yang menentukan kerana yang membayarnya adalah kamu. Segala salah dan silap harap dapat tunjuk ajar dari kamu yang pandai. Terima kasih Malaysia~ :sengeh:

P/S2: Dah lama tak taip entri panjang macam ni. Ambik masa dalam 4 jam sambil layan tv dan mencarik maklumat terperinci. *kononnya




Anda mungkin meminati:

Tags: , , ,

Cerita bertajuk: P1-Wimax – Apa yang kamu perlu tahu.
Ditulis dibawah kategori: Broadband, Komputer & Informasi

54 Responses to “P1-Wimax – Apa yang kamu perlu tahu.”

  1. Khai 21. Dec, 2009 at 9:16 pm #

    best nye ko eh man dah jadi blogger sambil ada isteri hidangkan air… duduk sebelah nengok2… tolong urut2 ape yg patut.. tido leh buang bantal peluk jauh2 dah.. hehehe..

    yg no 4 tu, lagi tinggi rumah lagi slow dari rumah yang jauh.. sebab pemancar pancar ke bawah kan.. so rumah yg lebih dari tingkat 15 ni slalunya akan tension.. hehehe

    neway aku sayang gile ngan w1max.. berbanding 5 tahun aku guna streamyx.. kekadang kalau aku sokong w1max, orang kondem aku macam aku x pernah guna pulak streamux tu ye? hehehe..

    apapun, w1max ni bukan nak kata ikut nasib.. tapi lebih tepat dikatakan mengikut area. rumah korang area best, maka best lah.. x best, maka x best lah..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hehehe.. tapi aku jadi blogger tak sepenuh masa
    macam hang. kalau hang tak pe la.. sepanjang mase
    bleh lepak dengan wife sama-sama kat rumah.

    memang rumah flat menghadapi masalah kalau apa
    jenis broadband pon. susah betoi la. :tention:

    [Reply]

    deennasour Reply:

    orang2 dok belah ampang belah korang ni mmg untung sket bro.

    belah2 damansara ni terseksa batin you ollss

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    eh betoi ke belah damansara problem?
    sebab member aku kata dia pakai dah berapa
    bulan dah neh… berdesup jer~ :sengeh:

    tapi macam tempat aku kekadang laju
    kekadang macam gampang :tention:

    [Reply]

    Taufik Dato Mansor Reply:

    :lawak-gile:
    Taufik Dato Mansor entri terkini blog ..(Video) Sharifah Amani sedang Merokok? My ComLuv Profile

    [Reply]

  2. Piratz 21. Dec, 2009 at 9:23 pm #

    Caya lah man… Pasal TX power tue baru aku tau.. Skarang tx power aku -8dBm..
    aku setuju pasal frekuensi yang ko cakap… makin jauh, makin banyak power.. tue betul.. satu g pasal noise tue.. aku pun setuju. mestila ade resistance… banggunan, angin, cuaca, dll…

    p/s: man.. banyak lor typing error…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    aku sekarang ni dah jarang sangat dapat connection
    bawah daripada 10dBm. Haram betoi.. tak tau la
    apersal entah.

    Note: typo dah diperbetulkan. mintak maap jer.
    kalau ade lagi sila lah jangan malu bagi tau. :wek:

    [Reply]

    Piratz Reply:

    satu la yang aku pasan…

    Khidmad = Khidmat :lawak:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    ye ke? hehehe… kire boleh lah tuh
    halalkan jer la eh. hehehe.. thanks
    sebab hang sangat sporting~ :bagus:

    [Reply]

  3. paeh 21. Dec, 2009 at 9:36 pm #

    nak tny lagi. P1 ada bandwidth limit gak ke… bila dah capai bandwidth limit. kelajuan akan slow. betul kan….

    [Reply]

    Piratz Reply:

    meh abang jawab..
    takde la slow sangat…
    benda2 nie depend kat ko gak…
    jangan la ko download, surfing in 1 time.. memang la slow…
    signal pun low, lagi la slow tenetnye…
    paling tinggi aku buat speedtest bile dah limit bandwidth 700++kbps

    [Reply]

    paeh Reply:

    eaa… mksd aku bandwidth setiap bulan. cam celcom bb bandwidth limit die 5gb setiap bulan. bila ckup 5gb die kurgkan kelajuan. kat p1 cmtu gak ke

    [Reply]

    Piratz Reply:

    owh.. menurut promoter yang aku jumpa die cakap speed akan turun 10%.. Tapi aku rasa lebih.. tapi takde la slow sangat…
    still ok..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    betoi betoi… xceli tak de la drop sangat pon.
    tapi lagi terux TM-Nut sebab dengar rumors nak
    blok macam macam.. P2P paling bermasalah lepas ni
    kalau nak pakai TM-Nut :sengeh:

    [Reply]

  4. megat 21. Dec, 2009 at 11:19 pm #

    wah info yang mantap! aku ingat man dah lupa pasal cerita teknikal (ha3).

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    owh hoo… jiwa aku masih lagi teknikal.
    kekadang terpikir nak terjun semula
    ke dalam bidang teknikal. bosan plak kijer
    pegang pen dan kertas.. rindu pada test pen
    ngan multimeter :sengeh:

    [Reply]

  5. kruel74 21. Dec, 2009 at 11:56 pm #

    Kalau nak ko boleh je pinjam Wiggy aku tapi dalam seminggu boleh lah kut. Jarang pakai pun sbb suka lpk Setabak…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    amboih siap offer tuh yang tak tahan tuh.
    abis kalau kat rumah plak macam mane
    nak online? pakai Steamix ke?

    P/S: tak reti lepak stabak sebab tak pandai
    order air. hahaha :hehe:

    [Reply]

  6. KedaiRejek 22. Dec, 2009 at 1:12 am #

    NICE BLOG,Helo,nak promote skit bleh ? ingin mengetahui tips terkini,sila lawati blog ini http://kedairejek.blogspot.com, ok thanks a lot…. :lawak: :lawak: :grin:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    ye ye promote lah. tapi kalau nak di ikutkan
    ini satu tindakan yang amat kurang sopan.
    tak pe… sila belajar dari keasalahan ye.

    jangan buat kat blog orang lain plak.
    sesetengah blogger akan rasa kurang selesa
    dengan tindakan yang seperti ini. :tunggu:

    [Reply]

  7. chekguBH 22. Dec, 2009 at 9:09 am #

    size equipmt utk dptkan signal tu bagaknye…
    takpe laa..

    aku kekal dgn streamyx dan celcom nih dulu…

    dulu streamyx ok, tapi skg kaput pulak…katenye dlm proses upgrade…
    skg aku hrp pada celcom je laa…

    takpayah la potong…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    erk.. modem P1-wimax kan besar.
    sebab tuh kot.. kalau wiggy tuh slim jer..
    kecik cenonet. sama jer macam modem usb yang lain.

    P/S: potong ke tak mau ke.. terpulang je chekgu.
    kita yang bayar, jadi kita berhak memilih. jangan
    terpengaruh dengan iklan atau janji manis. :hehe:

    [Reply]

  8. deennasour 22. Dec, 2009 at 12:20 pm #

    aku tetap nak kata AZMAN KENA BAYAR WEH BUAT ENTRY NI!!!!

    kau dgn khai dok puji je p1w1max ni kan!! :marah:

    padahal slow gile babrenk!!!
    aku pakai lan wire cocok kat laptop baru ok sikit.
    harapkan wifi nye.. kuuuuusss semangat mak cik.

    mak aku masak kek lapis pun belum tentu dapat nak load website maybak2u. grrr..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    ah mencik ah nko deen.. hahah :lawak-gile:
    mane ade kene bayar dowh. kalau down.. aku complain
    jer.. so depa bagi waived satu bulan. itu jer.
    janji kene ade proved la. then aku buat complain
    dalam blog siap print screen berbagai.

    erk.. rasenye aku tadek pon cakap aku sayang P1-Wimax
    macam khai.. haha.. khai lain la.. P1-wimax sponser.
    memang deen kalau pakai wifi dia kureng skit.
    aku mujur ade wireless router.. so aku dua kali sambung la.

    P/S: aku nak merasa kek lapis serawak perisa keladi + keju.
    nak deen.. bila nak hantar kat umah aku neh? :sengeh:

    [Reply]

    Piratz Reply:

    ko sebut pasal waived ni aku nak tnye skit…
    dapat free ke pe?
    kalau aku dapat waived satu hari camne plak?
    ko siap sebulan plak tue.. jeles aku..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    macam ni citernye… aku adalah pengguna
    broadband dari celcom, meksis, izzi dan jugak
    P1-Wimax. jadi satu ketika dulu aku adalah pengomplen
    broadband yang tegar.. sekiranya aku tak puas hati..
    aku akan print screen berserta buat aduan, telepon
    email, twitter sebarang rasa ketidak puasan hati.
    tapi tadek lah sampai mencarut-carut. biarlah
    orang kata cara komplain kita tuh nampak fact dan matang.

    dalam masa yang sama juga, base station aku (P1-Wimax) selalu congested atau terputus. jadi depa dah buat sites survey.. memang masalah berpunca dari pihak mereka. pasal tu lah aku dapat waived sekiranya aku buat aduan.

    [Reply]

  9. Roslan 22. Dec, 2009 at 1:59 pm #

    dah jadi cam khai la plak..puji dpt lebih..hahaha…streamyx the most stable ISP walalupun agak fakap..haha..tggu la hsbb yg aku tulis kat blog tu jadi kenyataan..hahaha….

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    rasenye aku tadek pon ayat memuji kat atas ni.
    apa yang aku tulis semua berkaitan dengan
    teknikal. kompius la kenyataan nko ni.

    [Reply]

  10. Kujie 22. Dec, 2009 at 6:34 pm #

    kak jie dok kat ulu banat ni..guna Snailmyx je lah…

    lagi pun bukan keperluan sgt pun…blogging gitu2 je…lebih banyak membaca dari donlot2 bagai2 tu

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    xceli saya ni mendownload ikut musim.
    kekadang rajin. kekadang malas. apa yang
    penting selepas entri berbaur komplain
    di atas ni.. aku telah di waived lagi
    sebulan. :sengeh:

    [Reply]

  11. NoktahHitam 22. Dec, 2009 at 6:38 pm #

    Point no 3. Hertz (Hz) adalah dlm bentuk frekuensi, 1/saat. Lagi laju frekuensi, lagi lajulah kadar putaran die. Contoh lain, RPM dekat kerete. Decible pulak adalah amplitude (dB). Lagi tinggi lagi kuat. Selalunya kite nak achieve -ve dB. Dalam erti kata lain, dB ini macam horsepower kereta.

    Point no 4. Desible lebih tinggi disebabkan halangan alam dll. contoh, pokok, hujan. Namun di atas tanah lapang sekali pon, kita perlukan dB yg tinggi berbanding di dalam dewan. Ini kerana, dinding mampu memantulkan semula signal.

    Man di sogok sebenarnye :D

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    owh macam tuh eh.. nampak sangat aku ni
    memang tak score electronic com dulu.
    hahahah.. tapi seronok gak bile study balik
    mende macam ni. kenapa lah zaman aku tadek
    kemudahan sumber internet macam ni. kalau ade pon
    mase tuh bermula dengan RM12.00 sejam.. giler lebam!!!

    P/S: Janji bulan ni aku waived lagi. hahaha..
    sape suruh signal dia congested. congested = frusted la

    [Reply]

    NoktahHitam Reply:

    Confirm ko tido time kelas dulu :D

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    aku tak tidok.. tapi aku time elec com jer
    sah sah aku melukis kartun dowh :lawak-gile:

    [Reply]

  12. Anarm 24. Dec, 2009 at 12:56 am #

    tala baik2.. jgn salah tala plak.. :lawak:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    aku dah tak pernah salah tala dah.
    nko plak aku tak tau la… :hehe:

    [Reply]

    Anarm Reply:

    aku x try lg bende ni.. tp aku rasa 1st time gune mesti x salah tala.. sbb sume ko dh ajar kn.. huahahaha :lawak:

    [Reply]

  13. KNizam 25. Dec, 2009 at 10:05 pm #

    aku dah give up ngan semua broadband provider kat malaysia :twisted:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    aku ikut kire pon dah giveup. nak pakai yang pawe takut tak mampu plak. :tention:

    [Reply]

  14. P1 Buddy 14. Jan, 2010 at 7:27 pm #

    Hi there,

    i’m from p1 online social media team. Just to drop by and say hi :)
    if you guys require further assistance please do not hesitate to drop by or leave a comment over here :)

    THANKS FOR CHOOSING P1W1MAX : D

    have a nice day!

    best regards,

    P1 Buddy
    Digital Care Team
    talktous@p1.com.my

    care line 1300 800 888

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hello there.. thanks for hop in.
    really appreciate that you’re alert
    in social media, especially for local blog.

    I’ll try my best to keep updating your services
    here as long as I’m satisfied with your
    customer service. Hopefully my congested
    issue gonna solved asap.

    P/S: sometime I was unable to uploading files
    even with approx 89% of green meter Wimax
    signal strength. Might be minor for you,
    but major for me. :bye:

    [Reply]

  15. ana 26. Feb, 2010 at 12:47 pm #

    a kum…
    saya nak tnye…
    macam mane kt nak mengguna kan p1 ni pada laptop?
    kan ade 1 USB Port die bg skali..
    ke kene cucuk USB Port tu pada laptop kan?
    tp…boleh x?
    en. tlg ajar kan macam mane utk membuat nye pd laptop?
    tlg ajar satu2…
    xrugi klu kt berkongsi ilmu kan…
    jage baik en. amat dihargai..
    jika ada cara2 nyer.. sila email kan pd email saya..
    terima kasih….

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    P1 pada laptop? sekiranya anda menggunakan modem jenis desktop
    dan ianya model terbaru, kebiasannya dan sepatutnya ia datang bersama
    dengan wifi USB. anda perlu melakukan konfigurasi terlebih dahulu
    supaya laptop anda boleh menggunakan P1 secara Wifi. Jangan lupa untuk
    setup wifi password ok. kalau tak nanti orang free2 jer pakai P1 anda.

    lubang usb tuh adalah lubang untuk Wifi USB Doggle. Ianya didatangkan
    sekali bersama-sama dengan modem. Cucuk Wifi usb yang dia bagi dibelakang
    modem port. dan kemudian… lakukan konfigurasi menggunakan LAN terlebih dahulu.

    untuk mengakses router/modem anda, bukak browser kemudian taip alamat:- http://10.1.1.254 kebiasannya default username adalah admin dan password adalah admin1234. Sila semak dengan pembekal anda berkenaan perkara ini. atau anda boleh cari kala laluan dan username pada buku panduan yang disediakan.

    setelah berjaya akses ke modem anda. barulah anda setup tetapan wifi.
    selamat mencuba ye~

    [Reply]

  16. Omar 04. Mar, 2010 at 2:01 am #

    peh…nasib baik P1 aku punya tx power 4db sahaja…dan signal aku pun takde la hijau camtu…cuma sesekali balik kampung (kampung di AU3/1) Ampang..line clear la..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    kirenye kat area au3 ni line pawer la P1 eh?
    ini tak adil nih

    [Reply]

  17. deshtroy 05. Mar, 2010 at 12:09 pm #

    free p1 wimax access

    ramai orang yang beli n pakai p1 wimax ni tak pernah tukar default wifi password so disini aku nak bagi korang formula macam mana nak dapatkan access from jiran-jiran yang pakai menatang ni. (only berkesan kat end user yang malas nak edit wep password diorang, but for the last 6 months, whenever aku lepak condo member aku, aku dapat *pinjam* jiran dia punya account.

    step 1 – scan available network….
    step 2 – p1 wimax biasanye network ssid dia macam ni

    03A446 3A446

    step 4 – tambah 1FFB0

    3A446 –> 3A4461FFB0 (kosong ye bukan o)

    step 5 – sekarang anda telah berjaya memformulate password 10 angka untuk account itu –> connect and enjoy your free wifi.

    aku ada jugak wifi hacking kit…. sape nak beli murah je

    huff109@gmail.com

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    wow… thanks for the info. boleh save dalam nota kegemaran ni. :sengeh:

    [Reply]

  18. deshtroy 12. Mar, 2010 at 9:05 pm #

    pergh soya cincau dah buat coverage….

    ni sebenarnye aku stumble over lepas manually crack wifi account guna aircrack in linux… dekat 4-5 account aku dapat and buat cross reference baru perasan pattern 1FFB0 tu… terbalikkan mac address je…. ala, kalau owner tukar password pun bukan susah pun… wep kachang…. wpa mau makan dua hari, tapi wordlist aku hebat hehehe… ;-)

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    wow beb.. berminat nak tau. brilliant idea siot.
    pakai per generating? pawer tuh beb… SALUTE siot!!

    WEP boleh decript ke? fuuuhhhh… pakai per bro?

    [Reply]

  19. deshtroy 12. Mar, 2010 at 10:39 pm #

    nak kata susah pun tak la jugak. nak kata senang.. hmm mencabar gak la. wordlist tu generate manual, kamus dewan jadikan .txt oxford n miriam webster + random alphanumerical generator. tapi untuk wpa je la… jarang orang guna wpa ni pasal leceh.

    wep in the other hand is quite vulnerable. tak payah wordlist. 2 minit kalau attack pakai lebih dari satu laptop. (kadang2 attack dengan 1 laptop dan 1 pocket pc. pocket pc untuk generate fake data traffic laptop untuk capture data packet. lepas cukup data packet, kita decript la 64,128 atau 256bit wep incription. biasanye the whole process less than 10 minutes…

    lepak kl sekarang wifi bersepah, so tak payah rely on mcdonalds, stabucks n stuff. lepak kedai mamak pun dapat wifi… kekddang dapat tap in streamyx 4mbps punye line… sweet. movie 1.3gb setengah jam je…

    nak info boleh beb tapi not here, not in public la…
    mcm mane aku personal msg ko ha? :?:

    [Reply]

  20. Ella Robinson 03. Aug, 2010 at 11:24 pm #

    Wimax would be the solution to the ever congested bandwidth of 3G-”,

    [Reply]

  21. astra 08. Aug, 2010 at 10:28 pm #

    do not
    steal
    somebody else
    wifi
    it
    cost
    them
    a
    lot
    of
    money
    to
    pay
    monthly…..pity them… :mrgreen:
    astra entri terkini blog ..Glarry Utilities 226 My ComLuv Profile

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. P1 Wimax, Bila Mahu Sampai Kota Tinggi? | MEGAT - 06. Jan, 2010

    [...] itu ada baiknya aku dan kamu ketahui lanjut mengenai servis yang diperkenalkan oleh P1 Wimax dan ketahui lanjut apa yang perlu kamu tahu mengenainya. Persoalan seperti ada apa dengan P1 Wimax perlu [...]

  2. P1 DV 230 WiMAX Modem Security Flaw allows WiFi Stealing | SoyaCincau - 12. Mar, 2010

    [...] SOURCE [...]

Leave a Reply

Nota: Ini adalah IP-Address anda: 38.107.191.101

CommentLuv Diaktifkan