Kita semua sedia maklum, kegairahan dalam bidang fotografi ni merangkumi pelbagai aspek. Dari segi penggunaan kamera, lensa, perisian suntingan dan macam-macam lagi yang digunakan oleh seorang jurufoto agar hasil karya mereka kelihatan seperti yang diinginkan. Terdapat perbagai aplikasi ataupun perisian yang digunakan untuk memudahkan tugas-tugas suntingan sama ada percuma mahupun berbayar… atau, berbayar tapi dipercumakan!!!
Seperti mana-mana jurufoto baru, aku pon ade jugak masalah bila nak melakukan susun atur gambar melintang kepada menegak (landscape to potrait mode). Masalah ini berlaku bila seorang jurufoto ambil gambar dalam kedua-dua mod ini secara tidak konsisten. Lepas tu, ketika membuat suntingan, banyak gambar yang perlu diputarkan (tegakkan/potret) terlebih dahulu sebelum proses suntingan dilakukan.
Kalau setakat satu atau dua gambar tu, kira boleh diterima akal lagi untuk buat secara satu persatu. Tapi kalau dah satu folder? Dalam folder tu ade lebih dari 3K gambar…??? Kemudian, semua rojak dalam folder tu. Tunggang-terbalik, ada yang potrait ada yang landscape. Masalah yang berlaku, bila bukak folder semua dalam landscape. Macam mane la nak buat satu-satu edit yang potret ditegakkan dulu? Serabut jugak la kan.
Sebenarnya banyak la tool dalam internet yang boleh buat perkara macam ni. Salah satu tools yang aku pakai adalah: JPEG Lossless Rotator. Aplikasi ni percuma je. Apa yang best, selain dari batch processing menggunakan perisian ini, ianya juga didatangkan dengan menu-pintasan bila kita klik-kanan sebarang folder dalam Windows Explorer.
Tak perlu ragu-ragu. Kepada sesapa yang nak download, boleh klik pada pautan ni. Aku dah cuba semalam.. memang terbaek la. Sebab aku nak kene susun gambar client yang dok ada lebih dari 5000 keping gambar untuk dibuat 1001 Cerita dalam Satu Gambar..
Nota: Aku tak berapa nak gemar ambik gambar dalam keadaan potret. Sebab nampak FRAMING aku terlampau sempit.
Belang tarung
15/10/2015 @ 1:05 pm
bagus benda macam ni tidaklah terpeleot urat leher kalu jenis post gamba yang tunggang terbalik
fariq
04/02/2013 @ 4:36 pm
Saya telah membaca post ini.
fariq
04/02/2013 @ 4:35 pm
fuh terbaik.. walaupun kawan tak berapa sgt bab2 photografi ni tapi bley guna pakai kalau memerlukan..
Muhamad Azman Ishak
12/02/2013 @ 3:05 am
satu masa akan memerlukan. jadi saya catat kat sini untuk kegunaan saya jugak. mana tahu.. kita ni time tanak guna.. tak mencari.. bila dah urgent.. baru sebok geledah sana sini. hehe!
Kujie
03/02/2013 @ 4:10 pm
Saya telah membaca post ini.
akubiomed
03/02/2013 @ 3:38 pm
Amat diperlukan. Kalau patah jari hendak klik mouse. 🙂
Muhamad Azman Ishak
12/02/2013 @ 3:07 am
sebelum ni saya buat manual anda tahu.??? hahaha punye la seksa, ade lebih dari 4K image nak kene inspect.. lepas dah dapat ni.. setel kejap je.. right click je folder.. kemudian, semua auto rotate. mudah!
Sharafie
01/02/2013 @ 10:10 pm
Saya telah membaca post ini.
hazman aka species1980
01/02/2013 @ 4:41 pm
whoaaa…. bagus la nie SOFTWARE…. lepas nie kepala eden takde la teleng lagi tengok gambar dalam folder….
Muhamad Azman Ishak
12/02/2013 @ 3:08 am
hahaha ramai rupanya yang menghadapi masalah yang sama dengan aku. duhhh.. :p
azman
01/02/2013 @ 11:13 am
Tq Man sebab share,aku tak der lah sampai ribu gambar,puluh2 jer,jenuh gak la edit 1 persatu sebelum ni.
Muhamad Azman Ishak
12/02/2013 @ 3:09 am
dalam kepala otak masa tu.. macam mane la nak batch rotate semua gambar.. sekali google.. maka jumpa la yang free version dan tadek limitasi. ade sesetengah tu, cuma boleh rotate 2 3 keping je. selebihnye perlu bayar lesen penuh. yang ni.. konfem.. best!