Sama macam aku… dah bertahun-tahun pakai komputer… aku paling renyah nak uruskan perisian antivirus. Antara faktor pertama adalah, sesetengah antivirus ni, bukan menyenangkan hidup aku.. malah merumitkan pengurusan aku menggunakan komputer. Manakan tidak.. kalau kita ni dah kaki keygen, cracking tools, remote backdoor dan sebagainya.. memang sah-sahlah antivirus ni block semua perisian macam tu.
Kita semua tahu yang anti virus memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan komputer terutamanya sistem operasi daripada dijahanamkan oleh anasir-anasir karut marut yang berkeliaran dalam internet. Banyak contoh la kita boleh perhatikan pasal anasir-anasir karut marut yang ada dalam internet ni contohnye seperti virus, cecacing, spyware, adaware, ransomware and bermacam-macam jenis ware lagi termasuklah tapi bukan tupperware tau.
Zaman sekarang ni, anti virus pon berkejar-kejar mencari populariti kalau kita tengok. Ada yang guna pelakon untuk promote produk diorang dan ada juga nama yang gah kerana telah bertapak di dunia internet sejak sekian lama.
Oleh kerana hampir semua perisian anti virus dijalankan secara masa nyata, kadang kala pemasangan anti virus boleh mengganggu gugat prestasi komputer anda kerana setiap fail yang dimuat turun atau dilarikan (run) pasti akan melalui proses saringan anti virus bagi memastikan fail atau aplikasi itu bebas dari anasir anasir yang tidak diingini.
Mengikut pengalaman aku, aku telah menggunakan pelbagai jenis anti virus. Ada yang percuma, ada yang berbayar dan ada juga yang dibayarcuma… cuma pakai je. hahaha. Sampai dah terlampau tahap bosan… aku format komputer.. dan jalankan Windows, tanpa perlu antivirus pon. Kalau rosak, format semula. Habis cerita.
Anti virus je tidak cukup untuk menangkis segala anasir yang muncul bagaikan cendawan tumbuh. Pasal itulah, kebanyakan perisian anti virus pada zaman sekarang ni dilengkap dengan dinding api (firewall), anti-spyware dan anti exploit mereka sendiri.
Kalau nkorang la… Nkorang pakai brand ape pulak kat komputer nkorang? Percuma ke…. berbayar ke…? Cer cube share sikit yang mane nkorang rasa macam best pasal antivirus yang nkorang pakai tu boley?
NOTA: Rasa macam nak buat kontest… ANTI-VIRUS GIVE AWAY la… sape mau?
BestRodrigo
18/08/2018 @ 9:51 am
I have noticed you don’t monetize your website,
don’t waste your traffic, you can earn additional cash every month.
You can use the best adsense alternative for any type of website (they
approve all websites), for more details simply search in gooogle:
boorfe’s tips monetize your website
BestReagan
09/05/2018 @ 12:30 pm
I see you don’t monetize your website, don’t waste your traffic, you can earn extra cash every month because you’ve got high quality content.
If you want to know how to make extra $$$, search for: Ercannou’s essential adsense alternative
John
12/02/2013 @ 7:36 am
saya xpakai antivirus..win7 pekak je..hehehe
tasin
24/01/2013 @ 4:44 pm
assalamualaikum, saya pakai avast free edition. dulu masa zaman kenal mengenal komputer, macam2 antivirus pernah cuba..masa tu jugak la kenal keygen, crack, patcher dan mcm2 lagi yg ada dlm kategori warez..serta melayari web2 yang berisiko…hehe..bg sy terpulang kepada individu dan cara penggunaan komputer. wlaupun skrg cuma pakai avast free. so far ok sbb dah x buat kerja2 yang berisiko kena virus…
Syafiq ?omo????
21/01/2013 @ 3:23 pm
windows aku, aku sumbat avast. free sodah. tu pun aku rasa nyampah dengan beberapa filter free yang dia kasi. aku rasa tak perlu pun
Muhamad Azman Ishak
21/01/2013 @ 4:22 pm
hahaha same la dengan aku. aku pernah gak hidup bertahun dengan komputer.. sampai la virus bersarang.. lepas tu, format.. dan masih tak pakai lagi antivirus.
macam aku.. aku asingkan data dan os. dari C:\ jadi, tadek la masalah bila format HDD.
auc
21/01/2013 @ 10:08 am
bagi auc x kisah antivirus mana pun
janji dia sentiasa update
Muhamad Azman Ishak
21/01/2013 @ 4:20 pm
tu la pasal. ade kalanya macam saya, bila time nak update.. time tu la idea mencurah2 nak taip blog. tapi bila update bermula.. segala-galanya jadi lembap. tu yang maleh tu hehehe
daddydee
20/01/2013 @ 11:33 pm
Anti Virus giveaway menarik juga tu.
Saya biasa pakai kaspersky je. Lain AVG dan Norton penah pakai yang free.
Muhamad Azman Ishak
21/01/2013 @ 4:17 pm
boleh dikatakan banyak juga la saya menggunakan perisian antivirus sebelum ni.. tapi semua macam makin perlahankan komputer..
sampai sekarang, saya masih pakai MSE je. mudah, tak banyak karenah.
nubieo
19/01/2013 @ 3:31 pm
saya guna avira free je.hehehe
Muhamad Azman Ishak
19/01/2013 @ 6:49 pm
nanti nak buat contest, kasik full licence subscription ok kot?
Kak Long Mawar Merah
19/01/2013 @ 9:44 am
Saya telah membaca post ini.
Kujie
19/01/2013 @ 9:33 am
Saya telah membaca post ini.
MyJourneyMyPhoto
19/01/2013 @ 1:36 am
zaman ber’window’ dulu biasa pakai Norton AV, Panda dan Kapersky.. tapi kena gak virus..
skang ber’epal’ tak bubuh pun antivirus.. nak kena biaq pi kat depa 🙂
Muhamad Azman Ishak
19/01/2013 @ 6:53 pm
ye la.. hahaha sekarang orang tu orang buah-buahan la katekan. :p
MyJourneyMyPhoto
19/01/2013 @ 10:25 pm
hahahaa.. semua tu hasil tuaian stock photo tu bro.. anda bila lagi?
Muhamad Azman Ishak
19/01/2013 @ 10:32 pm
Hahaha ok demn… saya sangat jeles… tunjuk ajar ku sifu 10 teknik gambar untuk memenuhi kriteria itu!!!!
azman
18/01/2013 @ 3:31 pm
“Ada yang percuma, ada yang berbayar dan ada juga yang dibayarcuma… cuma pakai je. hahahaha” comppanya punya ker? hehehe
Aku pakai avira free (home edition) kena rajin update jer itu yg penting.
Muhamad Azman Ishak
19/01/2013 @ 6:50 pm
buat masa ni saya masih lagi percaya kat MSE… belum terbukak hati nak pakai 3rd parti
cikgu naman
17/01/2013 @ 10:18 am
saya tak pakai dah sekarang..
harap² tak terjangkitlah ‘tupperware’ bagai tuh..hehe
Muhamad Azman Ishak
17/01/2013 @ 10:45 pm
lebih selesa tak pakai ape ape kan..? Tapi kalau ade nak kasik free lesen antivirus.. nak tak pakai?
sharafie
17/01/2013 @ 3:18 am
Saya telah membaca post ini.
sharafie
17/01/2013 @ 3:17 am
Baca entri ni terus cek antivirus..saya menggunakan antivirus yang telah tersedia sejal membeli laptop. Tren Micro Titanium Internet Security. Setakat ni tak ada masalah. Gangguan update masa main game pun tak ada sebab dia tunggu laptop dalam keadaan idle baru dia buat update.
Muhamad Azman Ishak
17/01/2013 @ 10:47 pm
hahaha, pastikan antivirus sentiasa dikemas kini. tapi kalau terlampau ketat sangat sekuritinye.. pening kepala jugak.. semua mende dia nak block
ohcikgu
17/01/2013 @ 1:52 am
Saya telah membaca post ini.
ohcikgu
17/01/2013 @ 1:51 am
sekarang pakai yang percuma gak. kira bagus gak. Kingsoft. Simple dan kuat. Tapi backup pakai trojan remover dan ace utilities. CUkup untuk laptop. Yang berbayar boleh. Tapi fungsi sama aje. Yang penting, tak masuk website bukan-bukan.
Muhamad Azman Ishak
17/01/2013 @ 10:50 pm
setakat ni saya pakai MES je. lepas tu pastikan pakai Google DNS untuk pastikan url yang kita masuk tu selamat dimata Google.
Ladfe Amir
17/01/2013 @ 1:48 am
saya menggunakan avast versi percuma pada tahun ni
tahun lepas dapat avg internet security percuma,
tahun 2011 guna KIS.
tahun 2010 guna BitDefender
tahun 2009 guna Panda Internet Security. kesemuanya adalah versi original
Anarm
17/01/2013 @ 9:06 am
avast pun terbaik.. pernah guna tahun lepas
Muhamad Azman Ishak
17/01/2013 @ 10:51 pm
Wahhhh encik Ladfe, siap dengan tahun ye. terima kasih atas maklumbalas. dalam kesemua tu, agak-agak pada pendapat en Ladfe, yang mane paling best?
Anarm
17/01/2013 @ 12:56 am
aku guna semua yang free.. Microsoft Security Essentials (MSE) + Malwarebytes Anti-Malware (MBAM) + SUPERAntiSpyware (SAS).. MBAM dan SAS aku run sekali seminggu scan seluruh system
Muhamad Azman Ishak
17/01/2013 @ 11:38 pm
Wahhh anarm sekarang tak pakai crack dah ke? hehehe… thanks for the survey input anarm. kalau ade orang nak kasik lesen langganan secara percuma mau tak?
puanbee
17/01/2013 @ 12:52 am
tak pakai apa2 antivirus dah , dulu pakai tp laptop tetap kena virus ..
Muhamad Azman Ishak
18/01/2013 @ 12:06 am
ni serik tahap macam mane nak kata ye? hahaha
nubieo
19/01/2013 @ 3:33 pm
ni teramat serik kot..hehe
zaryl
17/01/2013 @ 12:50 am
kaspersky.aku risau gak sbb sebelum ni banyak fail2 penting yg pernah dijangkiti korup huhuhu tak mau berulang beb… lagi pulak pc kat opis kebanyakkannya umpama ladang ternakan virus yg aktif… even pc aku kat opis sanggup aku beli kaspersky install. nak harap IT punya department? hmmm… biasa la gomen 😛
topo
17/01/2013 @ 8:48 pm
setuju.. aku pakai kapersky dengan bitdefender dulu banyak file aku kena delete -.- sekarang pakai MSE je setakat ni ok
Muhamad Azman Ishak
18/01/2013 @ 12:11 am
hahahah aku kat rumah pon pakai MSE. tak banyak ragam. sebab dia memahami OS dia sendiri.. berbanding 3rd party antivirus.
Muhamad Azman Ishak
18/01/2013 @ 12:09 am
stended beb. kat opis aku memang OS ori, jadi setiap pc masa 1st setup aku akan install MSE siap siap. jadi jimat la lesen kaspersky. untuk pc kritikal contohnye macam manager.. baru install antivirus pawer.
masalah user ni.. bila kasik antivirus pawer.. keluar virus alert pon depa panik.. cakap pc dah kene virus.. padhal keluar warning untuk remove virus je kot. tensi jugak la aku kalau mai datang panik depa tu.
Anarm
17/01/2013 @ 12:49 am
Saya telah membaca post ini.
zaryl
17/01/2013 @ 12:46 am
Saya telah membaca post ini.