Releven lagi ke blog peribadi untuk tatapan pembaca?
Releven lagi ke blog peribadi untuk tatapan pembaca?

Yeee… yessir! Selamat Hari Raya. Tajuk agak sikik panas untuk dikupaskan oleh minda yang sarat dengan lemang dan ketupat. Baru saja Ramadhan meninggalkan kita. Tidak akan menunggu… Kita la yang perlu berharap agar dapat diketemukan pada tahun hadapan. Amin… Insyaallah.

RELEVAN?

Kembali kepada persoalan dalam tajuk yang ingin kita kupaskan pada hari ini. “Masih RELEVAN-kah lagi blog peribadi untuk bacaan umum.” Dunia blog ni ada pasang surutnya kalau tuan-tuan nak tahu. Setiap hari nak bercerita pasal dalam kelambu rumah tanggakah? Memang tidak sesuai.

Bila berlebihan bercerita pasal diri kau kat internet ni… nanti orang kata kau macam bagus. Apa kau pikir kau RETIS sangat? Semua benda kau cerita orang nak ambil kesah? Ada aku kesah? Lantak lah kan… ni blog aku. Aku bayar sewa hosting… aku selenggara sendiri? Dah kau pasal ape dowh nak tersentap?

Macam tu la soalan dia.. balik-balik sapa yang membaca atau memberi nasihat jugak terkena. Sekarang ni kan dah masuk zaman boikot. Zaman Selfiesh.. eh? Tak terikut aku dengan trend GENERASI Y sekarang ni. Aku memang tak nafikan, yang aku tak berapa nak bergenetik-Y. Mutasi barang kali. Kau orang GENETIK ape ye?

Bolehkah kita hidup tanpa barang Israel?
Bolehkah kita hidup tanpa barang Israel?

SOLAT DAN BOIKOT

Orang boikot, dia pon nak boikot. Maaf kalau aku tegur… ini adalah teguran untuk diri sendiri jugak. Dah solat? Kalau belum… pergi solat sekarang. Tak salah kau nak zahirkan rasa tidak puas hati pada Zionis, tapi perangai kau tu biar la comey sebagai muslim.

Solat pon kelaut… tapi lantang nak boikot. Adoi ai… Tengok ada post kat Facebook, bukan main lancang kau komen… siap sumpah seranah. Bagus ke? Owh tak tak… aku tak kata sesiapa… kalau nkorang terasa…. maka hentikanlah perkara tak berfaedah. Pergi kesat air mata, jangan menangis kalau kene marah.

Suara seolah terpekik kat Facebook. Macam bergegar ZIONIS dia jerit maki hamun. Kau ingat istihar perang semudah kau menilis kat facebook? Aku suruh kau berpikir, bukan suruh kau argue statement aku! Perang sebenanrnya dah lama tercetus. Barangkali nkorang je yang tak sadar.

Alim.... waro' dan luas berpengetahuan dalam bidang agama... kan? ke macam mana?
Alim…. waro’ dan luas berpengetahuan dalam bidang agama… kan? ke macam mana? Sila klik kalau nak baca.

RAJIN BERDOA TIDAK KENE TEMPAT

Satu hal perkara yang jadi aku tak paham. Alkesah berdoa kat Facebook. Aku tak kata salah. Tapi cume kita dah menghilangkan trend berdoa seperti dahulu. Sebab apa? Mudah kan berdoa kat Facebook atau kat sosial media ni? Lepas tu… orang akan kata kita ni WARO‘ dan TAWADDU‘ kot… Ok ape? Ini la masalah dia.

Apa kata, nkorang berdoa sambil tadah tangan? Boleh? Masalahnye nkorang lagi berbangga taip/copy/paste doa panjang-panjang, dan minta orang aminkan ramai-ramai. Tulis kat WALL. Tak kurang juga yang dok copy hadis dari tak tahu mana punca. Nampak alim kan? Tak boleh ke berdoa seperti biasa?

Dengan alasan: “Ustaz kata………. (sila isi tempat kosong)”

“Awak jangan nak kritik orang sangat… kami tengok awak pon ada berdoa di Facebook ape?” – Nampak dak? Ayat tersentap dia? Kan kan? Dia mula nak korek salah orang. Itu juga lumrah bangsa aku. Dah biasa dah ni.

GOLONGAN PEMBACA FACEOOK

Timbul persoalan, sekarang ramai ustaz facebook. Aku tak pasti mana datangnye sumber dalil yang mereka perolehi lantas di copy paste dengan secantiknye tanpa cacat ayatnye. Kau tau, terdapat 3 golongan yang membaca kat timeline kau:

  • Mereka percaya apa yang kau tulis atas sebab mereka kawan kau
  • Mereka sangsi akan apa yang kau tulis, entah betul entah tidak
  • Mereka yang tak ambil peduli langsung apa yang kau tulis.
  • Bonus : Kau sendiri tak pasti, adakah apa yang kau tulis tu benar-benar SOHEH/GENUINE?

Kau tau… ini lah yang disebut fitnah Dajjal. Dimana manusia itu kembali bingung akan kebenaran sekeliling. Manusia mula sangsi, apa yang mereka amalkan selama ini betul ataupon tidak. Apa yang mereka baca itu betul atau pon tidak? Apa yang mereka dengar itu, betul atau pon tidak. Apa yang mereka lihat itu betul ataupon tidak. Kita sedang diuji kawan… sedang diuji.

NOTA: Dah lama tak jadi tok-nenek macam ni. Sekali-sekala, layan jugak.