Perkara ni sudah pon menjadi pekara yang hampir kebiasaan pada masa kini. Tapi alaf perubahan masih juga dalam kategori norma baharu. Ada premis perniagaan yang masih menggunakan pen dan buku log untuk kehadiran. Pakcik cuma nak ingatkan, berhati-hati bila menggunakan perkongsian pen. Seperti kita tahu, virus COVID19 ni boleh berada pada permukaan plastik dalam jangkamasa yang lama. Risau jugak.
Oleh itu, kepada pengusaha apa-apa sahaja perniagaan yang mempunyai premis perniagaan, pakcik nak nasihat, korang pakai la Google Form dan QR Code untuk rekod kehadiran pelanggan. Bende boleh buat free, kenapa kau nak pening kepala. Kalau kau malas sangat, kau upah pakcik. Sila hubungi pakcik dalam ruangan komen.
Ingat, bertindak sebelum premis kau kene tutup sebabkan saspek COVID19. Kalau dah kene tutup, kau nak check satu persatu nombor telefon dalam buku log, kau nangis la sorang-sorang. Pakcik nak main drone. Padan muka kau. Dogil bona!