Apa lagi yang harus aku buat?

Live Update: 9 Jan ’10, 9.33am MYT PST

Author : Muhamad Azman Ishak – dari Nokia N95

Dikala saat kamu membaca catatan ini, aku dan keluarga mungkin sedang berkemas-kemas untuk keluar dari syurga idaman yang telah aku bina sejak sekian lama. Sedih meratapi nasib aku yang semakin hari semakin kelam. Dah banyak ikhtiar cuba aku lakukan. Namun kesemuanya gagal.

Tika mana kamu sedang enak dibuai mimpi, tika mana kamu asyik melayan karenah anak isteri, tika mana kamu kekenyangan sarapan pagi, aku dan keluarga sedang meratapi keperitan yang sedang dilalui. Bukanlah niatku mengganggu masa cuti dan rehat kamu dengan catatan emosi. Untuk aku, tiada lagi tempat untuk mengadu selain dari yang Maha Esa. Aku betul-betul buntu.

Selang beberapa jam dari sekarang, aku terpaksa berpindah keluar dari kediaman aku sekarang. Masalahnya, ke mana akan aku bawa anak isteri aku. Dalam keadaan aku yang kesempitan wang, taraf kesihatan yang teruk terjejas ekoran dari dengki khianat sesama manusia… aku kehilangan pekerjaan ekoran dari kesihatan aku yang tidak menentu ini. Owh… Sekali lagi aku menitiskan air mata.

Ku renung kembali wajah-wajah anak isteriku. Mereka sahajalah pengubat segala kepedihan dan keperitan yang kami lalui. Lebih pilu dan hiba bila mengenangkan sekarang ni… untuk menjamah makanan pun aku tak mampu untuk sediakan kepada mereka. Duit yang ada… aku simpan dan berjimat sebaik mungkin untuk perbelanjaan sekolah anak-anakku. Aku tak mahu mereka berasa malu ketika di sekolah bila mana waktu kanak-kanak lain sedang berehat dengan makanan yang lazat, tetapi anakku murung dengan perut yang berkeroncong.

Aku benar-benar menjerit menangis bila mengenangkan semua ini. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Aku benar-benar tersepit. Aku malu untuk meminta-minta. Jauh sekali merayu… Tapi jauh di lubuk hati aku memang perlukan sumbangan ikhlas kamu.

Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas jasa baik kamu semua. Sekali lagi aku dan keluarga memohon maaf sekiranya catatan pada kali ini mengganggu masa rehat kamu. Aku cuma mengharapkan sedikit simpati supaya anak dan isteriku mampu ku beri tempat menginap dan sesuap nasi.

Aku ucapkan jutaan terima kasih terdahulu kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan. Dengan harapan mendapat tempat berteduh dan makan minum anak isteriku, sekiranya kamu ikhlas, kamu boleh menyumbangkan kepada:

Akaun CIMB.
Faisal Amirul Othman.
0123 0015 4575 21.

L attest UpdateAkaun Maybank.
Faisal Amirul Othman.
1010 7541 8124

Terima kasih semua. Aku sekeluarga amat terharu.

P/S: Entri ini adalah kisah benar dari apa yang kamu mungkin jangka dan kebanyakkannya sudah pun mengetahui… Rakan kita En. Megat sedang dilanda masalah. Sumbangan ikhlas amat dihargai. Terima kasih kawan-kawan semua.




Anda mungkin meminati:

Tags: , , , , , ,

Cerita bertajuk: Apa lagi yang harus aku buat?
Ditulis dibawah kategori: Jiwa Kacau, Motivasi & Peribadi

63 Responses to “Apa lagi yang harus aku buat?”

  1. paeh 09. Jan, 2010 at 9:43 am #

    InsyaAllah, ada rezeki aku, aku bantu semampu yg mungkin =) Harap bro tabah menghadapi dugaan.

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    ye ye.. bantu semampu yang mungkin.
    kalau tak berkemampuan.. kita boleh jugak
    buat entri seperti di atas kat blog. ini jugak
    kira membantu. ok! terima kasih. semoga
    kita dapat membantu rakan kita. :bagus:

    [Reply]

  2. Si Naga 09. Jan, 2010 at 9:46 am #

    betul ke ni bro?
    apsal aku baru tau?
    insyaAllah akan membantu..
    tp atas tu betul ke no akaun beliau?
    takde nama megat pun..
    juz nak clarification..
    nanti aku masukkan duit skit..
    tak byk laa sebb aku ni pun bukan kaya sgt..
    semoga dapat membantu..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    megat tuh adalah nama nickname dia.
    itu memang nama sebenar dia. tak caya
    boleh check kat facebook. series… sebab
    kebanyakkan blogger yang aku kenai, aku
    ada contact number.. series tak tipu.

    dia tak mau citer kat semua orang kat blog.
    sebab takut orang cop dia meraih simpati.
    tapi entri kat atas adalah cerita sebenar
    yang korang tak tau pasal en. megat.

    sudi-sudi lah sumbang ye.. kesian kat dia
    nak kene pindah umah.. tapi tak tau
    nak duduk kat mane. sumbangan yang sedikit
    pon insyaallah dapat membantu.. amin.. :bagus:

    [Reply]

    Kujie Reply:

    kisah betul ini
    kak jie boleh sah kan… kami kenal bukan semata2 dari catatan di blog
    dah tau no tel, alamat rumah sekali pun

    sabar ye megat

    tgh tunggu check nuffnang sampai, insyaallah…adalah bahagiannya

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    terima kasih kak jie sebab buat
    pengesahan. biasa lah perkara macam
    ni kekadang orang anggap kita memain.
    tapi aku tak kate la Jaws kate macam tuh.
    depa cuma nak kepastian.

    thanks Jaws dan Kak jie~ :bagus:

    [Reply]

  3. ejam 09. Jan, 2010 at 10:22 am #

    InsyaAllah andai ada rezeki lebih akan aku bantu.
    aku dapat rasa apa yg berlaku tu mmg amat membebankan, moga tabah yer…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    memang… aku buat entri pon rase macam nak nanges.. aku bayangkan kalau keluarga aku plak lepas ni macam tuh, kat sapa aku nak ngadu. :takut:

    [Reply]

  4. norsaritanaini 09. Jan, 2010 at 12:44 pm #

    doakan moga kesusahan dan dugaan yang dialami tidak berterusan..
    Allah takkan uji hambaNya dengan ujian yang tak mampu ditanggung…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    insyaallah… semoga doa kita dimakbulkan.. amin~ :bagus:

    [Reply]

  5. syin 09. Jan, 2010 at 12:51 pm #

    entri kat atas tu ko buat sendiri ke utk megat…? memang halus gila seni…hehehe….

    ok, bro…dlm minggu depan aku try bank in..minggu ni sibuk sikit…setakat mampu, insyaAllah.

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    a`ah buat sendiri. nape eh? halus… hehehe xceli aku juga pernah alami situasi macam ni. jadi cuma perlukan sikit hint penceritaan, aku dah tau apa sebenarnya yang berlaku.

    terima kasih kerana sudi membantu. aku juga turut rasa terharu sebab ada kengkawan blogger yang pemurah macam nkorang semua. semoga kita dapat meringankan bebanan keluarga en. megat. insyaallah.. .amin~ :bagus:

    [Reply]

  6. topo 09. Jan, 2010 at 12:53 pm #

    aku pon tau pasal benda ni.. lama dulu.. ingatkan sekarang ni dah pulih dah.. erm

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    masih belum pulih topo. kalau tak boleh dengan wang ringgit, mungkin kita dapat membantu dengan memanjangkan entri sebegini di blog. sapa tahu blog hang yang cukup top mempunyai pembaca yang amat prihatin. kita usahalah ye.. untuk bantu en. megat. :bagus:

    [Reply]

  7. aman 09. Jan, 2010 at 1:00 pm #

    sama-sama kita membantu megat~

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    insyaallah… thanks bro

    [Reply]

  8. julietANNA 09. Jan, 2010 at 1:03 pm #

    Harap bro megat tabah hadapi smua masalah ni.anna yg bce ni pn dah rse berat,ini kn bro megat yg nk tggung sndri.tp sorry xdpt nk bg sumbangan.maklumlah,student.duit sndri pn ckup mkn.sumbangan doa jelah blh anna bg.

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    kalau hang baca rase berat… aku yang menulis entri ni plak dah berjurai air mata. tiba tiba terpikir apa akan jadi pada aku bila dalam keadaan macam ni.

    P/S: doa juga satu sumbangan. sama-sama kita doakan kesejahteraan en. megat dan keluarga.. begitu juga dengan sekelian muslimin dan muslimah. amin~ :bagus:

    [Reply]

  9. zaryl 09. Jan, 2010 at 1:54 pm #

    aku dh buat draft smlm tp sbb lewat sgt aku tido.
    aku x abih karang lg..
    lagipun aku kebuntuan ayat.. :cry:

    nnt aku publish artikel pasal ni…

    harap bro Megat dapat bertahan :???:

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    tak pe bro.. buat pelan-pelan.. setidaknya dapat diceritakan pasal masalah yang di alami kepada rakan pembaca yang lain. mane tahu ade silence reader yang sudi membantu. insyaallah… kita cuba sebaik mungkin ye~ :bagus:

    [Reply]

  10. mrkay 09. Jan, 2010 at 2:41 pm #

    aku tak tahu yang megat di landa satu lagi masalah. insyaAllah, kalau ada rezeki akan aku bantu semampu yang boleh. semoga megat dan keluarga terus tabah menghadapi dugaan dari Yang Maha Esa.

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    thanks mr Kay. semoga tuhan melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada keluarga tuan. amin~ :bangge:

    [Reply]

  11. x-po 09. Jan, 2010 at 8:20 pm #

    insyaallah aku akan try hulurkan sedikit sumbangan..tp kalau ada maybank, sng skit

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    ye betoi.. aku dah dapatkan no akaun maybank
    encik megat aka en. faisal. aku baru update.
    terima kasih ye :bangge:

    [Reply]

  12. Incik RestNrilekS 09. Jan, 2010 at 10:17 pm #

    Salam Azman,

    InsyaALLAH, incik RestNrilekS akan sumbang semana yang mampu.

    Dah tweet juga entri ini.

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    wsalam, terima kasih kerana sudi membantu sesama kita :bagus:

    [Reply]

  13. Irnie 09. Jan, 2010 at 10:39 pm #

    salam.. semoga allah mudahkan segala urusan. termasuk urusan kita untuk membantu saudara megat.. aminn..

    membaca coretan hati saudara megat dan anda, membuatkan saya lebih hargai hidup..

    semoga setiap dugaan yg diturunkan, menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya.. amiinnn..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    wsalam… semoga Allah memudahkan urusan untuk kita semua jugak. amin~

    terima kasih kerana sudi membaca. aku cuma ingin membantu sebagai penulis. harap ramai yang tampil membantu en. megat. ini masa keluarga dia susah. semoga hari yang dilalui nya semakin dipermudahkan

    [Reply]

  14. hydir 09. Jan, 2010 at 11:09 pm #

    Salam,

    Support kempen saya dan setiap support akan menyumbang RM1 kepada En. Megat. Itu yg mampu kita buat secara bersama

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    wsalam en hydir.
    saya dah support dan letakkan di sidebar.
    tak pe ke main copy paste baner tuh?
    karang takut bandwidth plak blog en. hydir :kompius:

    [Reply]

  15. iradinar 09. Jan, 2010 at 11:19 pm #

    Tau dari Denaihati.com…
    Skrng juga saya bank-in…nnt nak kira berapa untung klik dapatwang masa join Berani Gagal Network dulu…modal saya ambil balik, untung saya salurkan bantuan…InsyaAllah klu ada rezeki KLIK lagi saya akan bank-in lg…sesiapa nak beri sumbangan boleh KLIK ni…
    http://www.dapatwang.com/?id=iradinar

    [Reply]

    denaihati Reply:

    Alhamdulillah semuga ALLAH membalas kebaikan dengan kebaikan.

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    timer kasih… aku dah letakkan kempen denaihati kat sidebar aku. timer kasih ye. sama sama kita bantu en. megat.

    [Reply]

  16. Ichigo 09. Jan, 2010 at 11:36 pm #

    tiada kata-kata yang mampu aku luahkan..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    hanya doa dari kita pon amat membantu meringankan tekanan yang dia dan sekeluarga alami. semoga keluarganya bertambah baik :bagus:

    [Reply]

  17. farahaznil 10. Jan, 2010 at 11:51 am #

    InsyaAllah..farah pun klu ada rezeki lebih..ada la sedikit utk megat nnt…sama2lah kita membantu…mcm farah ckp..hr ni hari kita..esok lusa kita tak tahu…jgn la hanya baca dan simpati aje…klu boleh ditolongkan la skali..

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    alhamdulillah.. nampaknya dah ramai yang tampil
    membantu keluarga en. megat sekarang ni. :bangge:

    [Reply]

  18. Precious 10. Jan, 2010 at 6:20 pm #

    Adus … nanti aku tulis kat blog. Mula2 rasa malu juga, dahlah tak kenal dan blog akupun tak femes langsung, tp kalau tak buat maknanya tak kisah, tak perihatin. Aku pun nak tolong setakat terdaya …

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    tak pe.. yang penting kita support beb. lagi banyak yang menyertai kempen Blogger – We Care lagi bagus. :bagus:

    [Reply]

  19. dilot 11. Jan, 2010 at 6:43 am #

    dilot pun ada letak link ke denaihati dan hydir…sama2la kita membantu sebagai rakan blogger. walaupun takla kenal secara mendalam macam kak jie dan bro.

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    anda memang seorang penulis yang prihatin. bangga betoi punya rakan blogger yang amat prihatin. :sengeh:

    [Reply]

  20. zuls 11. Jan, 2010 at 10:47 am #

    Entry pasal ini juga belum sempat lagi saya siapkan. Internet problem sikit dalam 2,3 hari ni. InsyaAllah esok menyusullah entri ini.

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    nanti bile internet dah ok… jangan lupe buat ye.. kita tak tau yang kita ni sebenarnya ramai silence reader. mungkin ramai juga yang akan tampil membantu nanti :bye:

    [Reply]

  21. Roslan 11. Jan, 2010 at 4:34 pm #

    aku juga dah turut serta dalam mebantu encik megat…

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    aku memang respek nko. dalam bab ni nko memang cukup prihatin. :bangge:

    [Reply]

  22. lisa lisot 11. Jan, 2010 at 5:38 pm #

    salam, ini bukanlah satu bebanan,.. tp ujian dari yang maha Esa.
    bg kita yg sihat dan berkemampuan ni, kita tolonglah sedaya upaya.

    saya dah syorkan en megat untuk cuba minta tolong
    dari Dato’ Harun Din.

    insyaAllah, akan sembuh.. tapi kita hanya manusia, selebihnya kerja Allah yang Maha Esa.

    ye! saya akan membantu

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    wsalam.. betoi lisa. ini dugaan.
    aku dengar encik megat sekarang ni dalam proses menjalani rawatan. kita tunggu perkhabaran gembira dari beliau nanti ok.

    tugas seterusnya adalah untuk dapatkan en megat kerja. kita kene promote plak. masalah kesihatan dia menyebabkan pergerakan dia amat terbatas untuk kerja berat.. kita boleh sama-sama pikirkan yang bersesuaian nanti.

    [Reply]

  23. diden 06. Feb, 2010 at 3:33 pm #

    ak simpati
    tp kata2 saje blum cukup huhu

    [Reply]

  24. chempaka 19. Mar, 2010 at 1:36 pm #

    owh aku tak tau plak sampai macam ni.. kesian… semua angkara perbuatan khianat orang lain….

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    memang macam tu la citernye cempaka.
    blog hang macam mane?

    [Reply]

    chempaka Reply:

    kenapa dengan blog aku… Macam biasa jer la… baru tergedik2 nak update balik… ehehhehe….

    [Reply]

    Azman Ishak Reply:

    aku kan suke subscribe RSS Feed. baca kat henpon masa dalam toilet.
    hahaha… syok sikit. kalau zaman dulu bace paper dalam toilet.
    sekarang ni dah canggey :lawak-gile:

    [Reply]

  25. hyprobulksms 26. Aug, 2010 at 3:32 pm #

    Sekarang keadaan keluarga megat sekarang? Sudah stabil ke sekarang ini. Dah lebih setengah tahun berlalu, takkan taknak update berita. :sengeh:
    hyprobulksms entri terkini blog ..Maksud program affiliate HyprobulkSMS No1 di Malaysia! My ComLuv Profile

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tangisan Aku, Isteri Dan Anak-anak | MEGAT - 09. Jan, 2010

    [...] kamu dalam kedudukan aku, apa yang kamu lakukan? Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi aku atau tinggalkan pesanan di twitter. [...]

  2. Tabung Sumbangan Untuk Saudara MEGAT | Denaihati - 09. Jan, 2010

    [...] sungguh tragis Tangis Aku, Isteri dan anak oleh Saudara Megat dan kemudian diikuti dengan entri Apa lagi yang harus aku buat? oleh Saudara Azman Ishak. Sungguh tersentuh hati aku tapi aku yakin Allah sangat sayangkan Saudara [...]

  3. Bantuan Kemanusiaan Di Perlukan | Orange 4 Kay - 09. Jan, 2010

    [...] hari tadi aku baca entry khas di blog azmanishak.com. Aku terkedu. Aku minta maaf pada Megat kerana aku sangkakan dia sedang [...]

  4. [Entri Khas] Kempen Blogger We Care oleh OHMalaysiaKu.COM! - 11. Jan, 2010

    [...] Saya mungkin tidak kenal secara peribadi saudara Megat ini, namun beberapa penulis blog lain seperti Kak Jie, adalah salah seorang yang mengenali saudara Megat. Jadi, mungkin timbul soal kekeliruan ataupun pertanyaan mengenai sumbangan ini. Walaubagaimanapun, seperti yang saya nyatakan diatas, Megat itu hanyalah nama samaran, nama sebenar beliau adalah seperti mana yang dinyatakan dalam maklumat akaun bank diatas. Mungkin paparan skrin dibawah mampu dijadikan pengesahan. Paparan ini diambil di blog Azman Ishak dalam entri ini. [...]

  5. Blogger Perihatin, Bantuan Kemanusiaan Diperlukan | Roslan Nazri - 12. Jan, 2010

    [...] makluman mengenai beliau anda boleh rujuk di entri megat sendiri disini atau blog kawan-kawan aku azmanishak, hydir, denaihati, azizwan, mohdisa dan ramai lagi yang turut serta dalam misi ini. Jika anda turut [...]

  6. Bloggers, We Care Each Other by IzzatRuslan.com - 12. Jan, 2010

    [...] knows Megat personally, but some of other bloggers do. So, you can check some verifications from AzmanIshak.com and OHMalaysiaKu.com for verification purposes of Faisal Amirul Othman. I hope these links are [...]

  7. Hidup Berani Untuk Gagal | Saat Kamu Bergembira, Masih Ada Yang Berduka - 15. Jan, 2010

    [...] tertanya². Sekaligus terbayangkan entri Tangisan Aku, Isteri dan Anak-anak catatan beliau dan juga Apa Lagi Yang Harus Aku Buat, entri khas AzmanIshak.com yang ditujukan kepada saudara Megat. Apa khabar beliau sekarang ini? [...]

  8. Tangisan Aku, Isteri Dan Anak-anak | mohdfaiz.co.cc - 17. Jan, 2010

    [...] kamu dalam kedudukan aku, apa yang kamu lakukan? Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi aku atau tinggalkan pesanan di twitter. [...]

  9. Izinkan Aku Pergi | MEGAT - 17. Jan, 2010

    [...] AzmanIshak.Com » Apa lagi yang harus aku buat? [...]

  10. Mari merendek dengan baju-T “Blogger We Care” - 18. Mar, 2010

    [...] iaitu En. Megat pada tempoh hari. Kepada sesiapa yang nak baca kesah tersebut, anda boleh terus ke sini dan juga ke sini. Alhamdulillah.. meskipun tidak pulih sepenuhnya… apa yang kami harap, En. [...]

Leave a Reply

Nota: Ini adalah IP-Address anda: 38.107.191.102

CommentLuv Diaktifkan