
Salam ceria dan salam hujung minggu. Dah dua tiga hari tak dapat nak online. Memang internet terjejas teruk buat masa ni. Minggu depan saya akan bertukar ISP. Rasanya dah tak sanggup nak maki hamun kat Twitter. Kalau boleh nak secepat mungkin terminat. Bengang gile. Nak buat kerja semua tertangguh. Mana tak kalau tengah nak upload gambar, tiba-tiba modem boleh blinking pulak. Sapa tak panas hati kan?
Owh ye.. sempena hujung minggu ni ade sedkit perkongsian bahan bacaan. Kiriman email dari rakan sepejabat. Agak khusyuk jugak saya membaca semalam. Rasanya, mungkin ada di antara kamu yang pernah terbaca mengenainya. Soal manusia mempertikaikan akan kewujudan Tuhan. Kalau orang suruh kita buktikan kepada mereka yang tuhan itu wujud macam mana kamu nak tunjuk? Ahaa… kompius? Macam ni citer dia…
Tunjukkan dimana Tuhan!
Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.
Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
- Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
- Apakah yang dinamakan takdir
- Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah…Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti..
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu > > ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda: (terkebil-kebil…)
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama…kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.
Nota: Lepas ni kalau sapa yang tak percaya tuhan itu wujud, pelempang je. Kerana pelempang ini menjawab segala persoalan mereka. Hehehe.
Nota 2: Terpaksa online menggunakan Nokia N95 sebagai modem. Dihubungkan terus kepada komputer. “Eh.. En. Azman.. kata ISP dulu pawerrr?” Saya nak terminat ok… customer service bagus tapi line kerap terputus, lepas tuh tadak tindakan selanjutnya. Ni baru nak balas semula komen-komen rakan untuk entri yang lepas. Hadoi ai~






ada hikmahnya line semua slow…bagai tu…
cuba fikir dari sudut positif?
cik adik boleh tolong jawapkan…eee…tahu maksud kak jie

Kujie entri terkini blog ..H1N1 – Sayang… Kalau U Sayang I U Kena Pakai
[Reply]
Azman Ishak Reply:
April 13th, 2010 at 6:28 pm
hehehe… memang dia suke sesangat kalau internet tadek. hahaha..
erm.. hujung bulan ni nak pergi honeymoon. syoknyeee
[Reply]
selamat menyertai kelab tak rasmi streamyx
sbb tu dari dulu aku tak guna broadband wireless sbg cara utama..
walaupun aku ada maxis bb utk bantu aku online bila bergerak.
aku guna streamyx kat umah je ke umah..
broadband wireless aku bimbang tidak stabil dan ada betulnya kan?
[Reply]
Azman Ishak Reply:
April 13th, 2010 at 6:29 pm
aku dapat pakai 1mb jer bro. maxis bb cuma utk liveblog
dan tweet ketika bergerak jer. (gravity)
[Reply]
hmmm … potong jgn tak potong
teknologi tu semua asal dr TM juga .. tak tahu lak kalo P1 tu ada buat kabel dasar laut utk internet :p
baguih je pelempang orang .. lebih kurang sama macam cerita Atheis dan ahli sufi

hydir entri terkini blog ..Kenapa blogger tak guna nama sendiri untuk blog peribadi?
[Reply]
Azman Ishak Reply:
April 13th, 2010 at 6:30 pm
kabel dasar laut per nye.. hahaha backbone tetap dari TM.
ade rumors cakap… dalam bangunan P1 sendiri pon
tadek signal P1!! so macam mane tuh?
[Reply]
Lepas ni nak juga belajar bagi pelempang orang.. terutamanya yg selalu bagi problem..

kulanz entri terkini blog ..Demam, Blog Terpaksa Dilupakan
[Reply]
Azman Ishak Reply:
April 13th, 2010 at 6:31 pm
jangan tersalah lempang anak orang sudeh..
zaman sekarang ni semua main jenis nazi dan hitler jer
[Reply]
cerita yang berulang kali diulang, tapi malang.
masih ramai yang buat-buat lupa wujudnya Tuhan
haish……
na’uzubillah rakan2 blogger macam pemuda tu.
Zala Wajik entri terkini blog ..ex-Classmates =)
[Reply]
Azman Ishak Reply:
April 13th, 2010 at 6:31 pm
itu lah.. nauzubillah kan… ish ish ish.
[Reply]
TM bodoh.
aku nk merajuk ngn tm.
aku nk potong streamyx tak lame lagi.
tunggu je laa..
pakai wireless bband lagi baek, utk rumah…
bodoh tm.
hahaha
bengang gile ngn tm…
chekguBH entri terkini blog ..Transformasi + 2 Stori Mori…
[Reply]
Azman Ishak Reply:
April 13th, 2010 at 6:32 pm
uh plak dah… abis lepas ni nak pakai per plak
kat umah? tak komple ke? cube test komplen
kat blog.. mungkin depa nak bukak mate sikit.
then komplen kat harian metro. tapi prove kene
betoi la. kalau tak sendiri yang malu nanti.
[Reply]
pergilah langgan Unifi yang en. Najib lancarkan aritu..nampak mcm murah ajer..tp tak taulah mcmana performancenyer..
nadri entri terkini blog ..Perginya Seorang Pelawak & Penghibur
[Reply]
Azman Ishak Reply:
April 13th, 2010 at 6:33 pm
unifi? malahnye umah aku ni 4mb pon tak support.
tah mende la tm ni. kate peneraju dunia telekomunikasi
Malaysia. hadoi ai~
[Reply]
penah dgr cite ni dulu. haha lempang saje..
zida entri terkini blog ..Kata Kunci Yang Tak Berapa Nak Munasabah
[Reply]
Azman Ishak Reply:
April 13th, 2010 at 6:33 pm
keh keh keh… jangan nanti pelempang makan tuan sudeh~
[Reply]
Sabar2 bro

zikr entri terkini blog ..Pamela Anderson dan Dot Dot Dot
[Reply]
Azman Ishak Reply:
April 13th, 2010 at 6:33 pm
tension bile internet tadek neh.
[Reply]
huhu.. lama tak on9 dan lama tak berblog.. hehe.. aku pernah baca citer ni dan ia sangat best untuk dijadikan teladan..
[Reply]
Azman Ishak Reply:
April 13th, 2010 at 6:34 pm
aku suke kesah hari kiamat hang tuh.
tapi tak sempat lagi nak komen. hari tuh khusyuk
baca dalam handpon jer.
[Reply]
syahirul Reply:
April 13th, 2010 at 7:39 pm
nanti baca la ngan bini sebelum tdo.. baru syok

syahirul entri terkini blog ..Ahmad Memalukan orang Islam?
[Reply]
dah terfikir sapa calon-calon yang layak untuk di tampar…haha..awas mereka!
Piston Pecah entri terkini blog ..Drama K.I.T.A Carefree selepas berakhirnya Awan Dania
[Reply]
Azman Ishak Reply:
April 13th, 2010 at 6:34 pm
huhuhu… ni mesti kes kat skolah la ni
[Reply]
1st time here..
leh la tampar org ek pasni.. hehe..tima kasih share..
mana2 provider mesti de masalah kan.. cuma kena cari yg the best kot.. tu pun kena tgk kawasan gak..
fiezaradzi entri terkini blog ..Redbull Tawan Sepang
[Reply]
Azman Ishak Reply:
April 13th, 2010 at 6:35 pm
hi fieza, time kasih kerana berkomen.
masalahnye… tenpat aku ni macam dalam hutan.
tapi 10 minit je kalau naik motor nak ke KLCC.
owh.. dem… TMNut Screamyx 4mb pon tak support.
per cer? P1??? herm…
[Reply]
suka cerita kat atas tu… sy kadang2 gun iphone sbg modem kalau xde internet.
Amir entri terkini blog ..ABPBH 2009: Siti Nurhaliza Bintang Paling Popular
[Reply]
Azman Ishak Reply:
April 13th, 2010 at 6:36 pm
iphone bateri paweer bro. tak pe la. nokia ni
bateri capat haus la..
[Reply]
Bro satu jawapan yang bernas. Jawapan dengan satu tamparan untuk semua pertanyaan. Memang bijak. Sebab tu dia tu Kiyai…
Shaffik entri terkini blog ..Masalah Jerking Pada Perodua Kenari.
[Reply]
Azman Ishak Reply:
April 13th, 2010 at 6:37 pm
shaffik… dulu masa skolah dulu kerap jugak
kawan berbangsa asing mempermainnkan perkara ni.
bagi mereka agak remeh. kalau zaman aku dulu dah ade
internet canggih.. munkin aku dah jumpe jawapan ni.
dan mungkin jugak kawan aku tu dah makan pelempang ketika tu
[Reply]
dah lempang baru tersedar dari tidur kot…Siapa suruh tanya soalan macamtu..
Tapi tak berani nak lempang orang..

serol entri terkini blog ..Anugerah Terhormat Top Blogger 2010, 1st Time Serol Dapat Award
[Reply]
Azman Ishak Reply:
April 13th, 2010 at 6:37 pm
berani la jugak. tengok orang kot
[Reply]
sangat suka baca benda2 macam ni..genius!
Azizuan entri terkini blog ..Beautiful Blogger Award From Yatie
[Reply]