Usaha untuk mendapatkan pingback di TOPSY

Salam ceria dan salam bahagia untuk rakan-rakan pembaca dan juga rakan-rakan penulis semua. Baru-baru ini seperti yang anda semua sedia maklum, saya ada bercerita mengenai projek terbaru saya iaitu Blog Aggregator. Dasar dan tujuan blog ini adalah untuk mendapatkan satu atau dua pingback berguna kepada penulis dari kalangan WordPress mahupun rakan-rakan blogspot.

Alhamdulillah, hari ini saya dah dapat melihat hasil keberkesanan daripada teknik yang saya gunakan. Meskipun saya usaha saya ini telahpun dihasilkan oleh rakan-rakan kita yang pakar, namun bagi saya ianya adalah satu proses pembelajaran yang amat bermakna untuk saya lebih memahami mengenai fungsi PingBack & TrackBack. Ada sesetengah Blog Aggregator tidak melakukan ping terhadap tajuk blog yang telah berdaftar kepadanya, sebaliknya hanya memaparkan tajuk serta catatan ringkas mengenai kontent anda.

Saya bukanlah hadir untuk memburuk-burukkan sesiapa. Di sini saya cuma mencari apakah punca blog saya tidak mendapat PING setelah berdaftar dengan beberapa Blog PING tempatan. Ini menjadi tanda tanya kepada saya. Dari pemahaman saya, Pingback akan hadir ke blog anda sekiranya sesuatu blog menggunakan Hot Linking atau permalink anda didalam catatan mereka. Manakala TrackBack pula akan muncul sekiranya anda berkomen ke blog rakan-rakan terutamanya WordPress, anda memasukkan URL entri terbaru anda dalam kotak butir diri di ruangan komen.

Bergantung begitu banyak faktor yang mempengaruhi akan PingBack dan TrackBack, apa yang anda perlu faham adalah blog yang di komen atau blog yang menulis sesuatu kemudian mengaitkan Hot Linking blog anda mestilah sebuah blog yang DoFollow. Sekiranya blog tersebut dalam kategori NoFollow, maka fungsi Aggregator untuk mewujudkan PING adalah mustahil untuk terjadi sama sekali.

Sila betulkan fatwa saya sekiranya tersalah, Setiap kali anda paparkan/lepaskan (publish) satu catatan yang baru, enjin blog anda (WordPress atau Blogger) akan secara automatik PING apa yang terkandung di dalamnya. Mengena atau tidak PING tersebut itu pula berkaitan dengan linking yang digunakan. Terlampau teknikal sekiranya saya menerangkan di sini.

Jadi untuk tatapan pada kali ini, saya rasa puas, meskipun PING yang hadir ke dalam blog utama saya ini bukan datangnya dari blog Aggregator yang saya wujudkan, tapi blog aggregator tersebut sebagai satu faktor penyumbang PING kedalam Website TOPSY. Jadi apakah itu TOPSY? Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di sini.

Nota: Saya masih bergiat secara separuh masa dalam pembikinan Blog Aggregator. Dari masa ke masa, saya akan tambah senarai RSS Feed rakan-rakan yang lain ke dalam blog tersebut. Sekiranya saya rasa blog anda mampu menjadi Tajuk Utama Akhbar Blogger, mengapa tidak kita kongsikan bersama rakan kita yang lain? Sila ikut perkembangan Blog Aggregator saya di twitter pada akaun KakiKomplen.




Anda mungkin meminati:

Tags: , , , , , , , , , , ,

Cerita bertajuk: Usaha untuk mendapatkan pingback di TOPSY
Ditulis dibawah kategori: Iklan & Promosi

12 Responses to “Usaha untuk mendapatkan pingback di TOPSY”

  1. TMUkmkd 24. Jul, 2010 at 11:30 am #

    kadang2 dapat pingback dari topsy kadang2 tak. selalunya kalau dapat mesti bukan aku yang pingkan dalam twitter :lawak:
    TMUkmkd entri terkini blog ..Chrome Baru Setiap 6 Minggu My ComLuv Profile

    [Reply]

  2. Nadri 24. Jul, 2010 at 9:59 pm #

    plugin utk topspy nie aku ada activate dkg blog..tp pingbacks inie kdg2 masuk dkt spam…tak paham aku dibuatnya :mrgreen:
    Nadri entri terkini blog ..Kampus UiTM Kini Di Bandar Seri Alam Pasir Gudang- Johor My ComLuv Profile

    [Reply]

  3. x-po 25. Jul, 2010 at 3:52 am #

    tak penah dgr lg ni, nk bc2 smpai faham dlu k..hehe :shock:
    x-po entri terkini blog ..NIAT JADI PLAYBOY-PLAYGIRL SEMATA-MATA MAHU DAPATKAN YANG TERBAIK KE My ComLuv Profile

    [Reply]

  4. denaihati 25. Jul, 2010 at 9:41 am #

    Alhamdulillah boleh kata semua entri baru akau dapat pungbacks topsy ni
    denaihati entri terkini blog ..Nun di sana cita-cita kita dan keluarga akhirnya My ComLuv Profile

    [Reply]

  5. zik 25. Jul, 2010 at 11:28 am #

    ada dapat gakla bro…tapi jarang2 sekali… hehe

    [Reply]

  6. mijie 25. Jul, 2010 at 1:50 pm #

    dulu selalu dapat topspy ni, tapi skrg ni semenjak dua menjak macam dah tak dtg dah topspy ke blog aku, tak tahu la apa mslhnya
    mijie entri terkini blog ..A firemans prayer My ComLuv Profile

    [Reply]

  7. ishak 27. Jul, 2010 at 2:58 pm #

    aku tak pernah dapat ping back :nanges:
    ishak entri terkini blog ..Profile pelakon my fair lady korean drama My ComLuv Profile

    [Reply]

  8. Bang Iwan 03. Aug, 2010 at 7:41 am #

    Aku belum tahu cara seperti ini.
    Makasih banyak.
    Bang Iwan entri terkini blog ..Download Video Keong Racun Sinta dan Jojo Melejit My ComLuv Profile

    [Reply]

    Bang Iwan Reply:

    Moga dengan petunjuk ini, aku bisa belajar banyak. Makasih bro.
    Bang Iwan entri terkini blog ..Polemik Wacana Redenominasi Rupiah My ComLuv Profile

    [Reply]

  9. Ali ridha 24. Aug, 2010 at 11:23 am #

    jarang aku dpt ping ni……..
    Ali ridha entri terkini blog ..Tolong update WordPress 301 My ComLuv Profile

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tweets that mention Usaha untuk mendapatkan pingback di TOPSY | AzmanIshak.Com -- Topsy.com - 24. Jul, 2010

    [...] This post was mentioned on Twitter by Muhammad Marzuki, Muhamad Azman Ishak. Muhamad Azman Ishak said: Usaha untuk mendapatkan pingback di TOPSY http://tinyurl.com/2auzh5w [...]

  2. Kaki Komplen Malaya » Contest: Hidup Seorang Blogger - 22. Aug, 2010

    [...] Usaha untuk mendapatkan pingback di TOPSY [...]

Leave a Reply

Nota: Ini adalah IP-Address anda: 38.107.191.103

CommentLuv Diaktifkan